Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Helmet Shoei GT AIR II Versi Touring dengan Visor Baharu dan Ciri Komunikasi Moden
Aksesori

Helmet Shoei GT AIR II Versi Touring dengan Visor Baharu dan Ciri Komunikasi Moden

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SHOEI memperkenalkan helmet muka penuh GT-Air II touring dengan visor gelap dalaman dan bakal berada di pasaran Jepun, April ini. Produk itu akan mendapat kemas kini baharu dengan visor matahari dibesarkan, dan kini ada ruang untuk memuatkan sistem komunikasi selain menampilkan rekabentuk lebih aerodinamik.

Helmet tersebut ditawarkan dalam 5 saiz, bermula S hingga XXL dan ada 6 warna: Luminous White (putih), Black (hitam), Matte Black (hitam kusam), Matte Deep Gray (kelabu kusam), Anthracite Metallic (kelabu cerah), Matte Blue Metallic (biru metalik).

BACA>>>Bell ProTint Perkenal Teknologi Visor Fotokromatik yang Boleh Berubah Ikut Cahaya

GT-Air II mengalami fasa evolusi daripada DNA, fungsi dan keselesaan yang ditawarkan model terdahulu. Kelahiran semula helmet tersebut memberikan nilai sebenar bagi helmet muka penuh jenis touring. Model ini akan dijual pada harga ¥51,000 (RM1,876).

CIRI-CIRI UTAMA GT-AIR II

1. REKABENTUK GARANG

Mewarisi rekaan GT-Air terdahulu, helmet ini didatangkan dengan ventilator di atas yang  berfungsi mengalirkan udara dari depan ke belakang. Garis dagu tajam dan ruang sistem komunikasi memberikan penampilan aerodinamik.

2. QSV-2 VISOR DENGAN RUANG DALAMAN LUAS

Visor gelap boleh buka-tutup dengan pantas menggunakan satu tuil khas. Walaupun visor gelap diturunkan dan masih mengekalkan visor cerah di luar, ia boleh memberikan tindak balas segera mengikut perubahan sekeliling. Contohnya, ketika menunggang memasuki laluan terowong.

BACA >>> Salahkah Pasang Helmet Visor Gelap? Ini Jawapan JPJ…

GT-Air II dilengkapi visor QSV-2 dengan panjang 5mm untuk mengurangkan panahan masuk cahaya matahari  hujung bawah visor gelap dan mata. Visor juga dibesarkan untuk mengelakkan gangguan terhadap hidung, bentuk bahagian hidung kini direka lebih dalam  5mm.

3. FABRIK DALAMAN

Bahagian dalaman menggunakan fabrik ‘HYGRA (R)’, iaitu material yang bagus untuk pengeringan pantas higroskopi, terutama bahagian pipi dan dahi supaya tidak melekit. Pada bahagian berhampiran mulut, material fabrik lembut digunakan untuk memudahkan kerja-kerja memakai dan menanggalkan helmet, manakala kemasan kulit digunakan untuk bahagian hujung pipi yang dijahit benang merah.

*HYGRA (R) nama produk bagi syarikat Unitika Ltd.

4. SISTEM PERISAI DEPAN

Sama seperti GT-Air, bahagian cermin perisai depan menggunakan suntikan CNS-1 bagi mengurangkan gangguan. Asas perisai itu menetapkan posisi bukaan. Peringkat pertama perisai dibuka dalam keadaan tertutup sepenuhnya dengan bukaan kecil, manakala bahagian gear dari pangkalan perisai direka supaya perisai itu tetap berada pada kedudukan tersebut.

Pada situasi angin tidak memukul muka secara kuat, kedudukan bukaan itu cukup untuk membolehkan aliran pengudaraan. Apabila visor depan mula berkabus cukup hanya membuka sedikit bahagian visor dan anda boleh mendapatkan penglihatan yang jelas.

BACA>>>Helmet: Open Face vs Full Face, Mana Lebih Selamat?

Getah tingkap juga memastikan lekatan yang mencukupi dengan perisai dan dilengkapi pengedap udara tahan lama.

※ Jangan gunakan kedudukan bukaan kecil apabila menunggang pada kelajuan tinggi kerana boleh menyebabkan perisai terbuka dan berbahaya.

5. SISTEM PENGUDARAAN

Ruang pengudaraan GT-Air II bahagian atas direka untuk menangkap lebih banyak angin dengan hujung pengatup menghadap ke atas, selain mudah untuk dikawal menggunakan sarung tangan. Outlet udara atas yang disusun di sebelah kiri dan kanan belakang kepala sentiasa terbuka tanpa penutup dan jumlah lubang outlet meningkat dari 2 hingga 4 untuk meningkatkan anjakan. Pengambilan udara yang lebih rendah juga membesarkan bukaan, menguatkan prestasi pengudaraan di seluruh helmet.

6. RUANG SISTEM GABUNGAN KOMUNIKASI

GT-Air II dilengkapi sistem komunikasi rekaan khas SENA SRL2. Disebabkan direka secara eksklusif, ia boleh dipasang tanpa mengganggu pemasangan. Sistem komunikasi rekabentuk khas ‘SRL 2’ ialah produk SENA. Ia tidak didatangkan secara berasingan dan perkhidmatan pemasangan dan sokongan disediakan SENA.

BACA >>> Feher ACH-1: Helmet Pertama Dunia dengan Sistem Penyaman Udara Kini di Pasaran

7. EQRS (SISTEM CABUT PANTAS KECEMASAN)

GT-Air II dilengkapi reben khas untuk pad pipi. Apabila reben ditarik, helmet akan mudah ditanggalkan dan dapat  meminimumkan beban ke atas leher penunggang.

GALERI

SUMBER: BikeBros

aksesori helmet helmet full face helmet shoei shoei Shoei GT-Air II topi keledar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Siri Plat P-P Cecah 6,000 Pembida – JPJ Sasar Sambutan Luar Biasa

    24/04/2026
    Aksesori

    TuneBoss Perkenal ECU Untuk Honda NSS 250

    24/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    21/04/2026
    YOHE Helmets rasmi tembus pasaran Malaysia
    Auto Terkini

    YOHE Bukan Jenama Baharu, Rasmi Tembus Pasaran Malaysia

    21/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.