• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bell ProTint™ - Teknologi Visor Fotokromatik yang Boleh Berubah Ikut Cahaya

Bell ProTint™ - Teknologi Visor Fotokromatik yang Boleh Berubah Ikut Cahaya

May 28, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAMI fikir selamat untuk mengatakan Bell ialah antara jenama helmet terbaik di pasaran. Dengan sejarah inovasi dan gaya yang cukup lama, Bell diakui berada di barisan depan dalam teknologi perlindungan motosikal.

Terbaharu, Bell memperkenalkan teknologi ProTint™, iaitu inovasi pencahayaan baharu berupa visor helmet fotokromatik yang akan membuatkan gaya lama, menunggang sambil memakai cermin mata sebagai tidak lagi relevan.

Selain menawarkan dwi visor seperti helmet sedia ada, Bell menemui satu lagi penyelesaian baharu yang diilhamkan daripada rekacipta cermin pandang belakang kereta dengan ciri elektrokromatik yang akan malap sendiri apabila kenderaan belakang menyalakan lampu tinggi.

BACA >>> HJC RPHA 11 Mike Wazowski - Helmet Tema Filem Animasi Monster Inc

Teknologi sama itu kemudian dikembangkan pasukan jurutera Bell menerusi kajian dan penyelidikan (R&D) selama bertahun-tahun yang akhirnya menghasilkan teknologi fotokromatik ProTint™.

Menerusi teknologi tersebut, penunggang tidak perlu lagi memakai cermin mata gelap, ataupun dwi visor untuk berdepan situasi perubahan cahaya mendadak, sama ada siang atau malam.

Teknologi perisai adaptif ProTint™ menawarkan kejelasan luar biasa dalam cahaya rendah, dan dengan cepat pula menjadi malap apabila terdedah kepada cahaya terang. Tindak balas tersebut membolehkan penunggang menyesuaikan penglihatan berdasarkan perubahan cahaya sekeliling sepanjang hari.

Selain itu, ProTint™ menawarkan perincian dengan kanta khas yang direka untuk memberikan kontras dipertingkat. Ini membolehkan penunggang membezakan bentuk dan warna dengan lebih cepat, serta pada masa sama mengurangkan ketegangan mata disebabkan refleks cahaya.

BACA >>> Shoei Ex-Zero - Helmet Full Face Khas untuk Penunggang Scrambler, Bobber

Naib Presiden Bell Helmet, Chris Sackett berkata, ProTint™ ialah teknologi perisai laras sendiri pertama dibangunkan penunggang untuk penunggang, dan pelengkap ideal kepada pemandangan paparan Panovision yang lebih luas.

"Hampir setiap penunggang mengalami cabaran tersebut, dan potensi bahaya dikaitkan dengan perubahan situasi cahaya yang cepat, dan ProTint™ menanganinya, serta penunggang kini lebih tenang untuk kekal fokus sepanjang tunggangan," katanya.

ProTint™ sesuai untuk semua helmet keluaran Bell dengan paparan Panovision, termasuk siri SRT Modular serba baharu, dan semua barisan Star seperti Star MIPS, Race Star FLEX dan Pro Star FLEX. Pelindung ProTint™ kini boleh didapati di pusat jualan Bell terpilih atau atas talian, BellHelmets.com pada harga AS$149 (RM593).

SUMBER: RideApart

Related

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, autotainment, bell, Bell Helmets, Bell Protint, helmet, helmet Bell, ProTint™, Provision, roda2, Teknologi Perlindungan Penunggang, Visor, visor gelap, Visor Helmet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev