Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Helikopter Kawasaki K-RACER Guna Enjin Supercas Ninja H2R
Auto Terkini

Helikopter Kawasaki K-RACER Guna Enjin Supercas Ninja H2R

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI Heavy Industries (KHI)
mengumumkan kejayaan penerbangan helikopter tanpa juruterbang, dipanggil K-RACER, iaitu akronim kepada Kawasaki Researching Autonomic Compound to Exceed Rotorcraft (Kompaun Autonomik Penyelidikan Kawasaki untuk Mencapai Rotorkraf).

Helikopter itu, yang diterbangkan di kawasan Taman Udara Pelbagai Guna Taiki-cho di Hokkaido, Jepun, nampak seakan dibina untuk tujuan penerbangan berkelajuan tinggi dan sukar ditandingi model konvensional.

BACA >>> Yamaha Thailand Lancar Khidmat Sembur Racun Guna Dron

Ini kerana trenkuasa helikopter K-RACER menggunakan enjin hyperbike Kawasaki Ninja H2R. Malah, video dikongsi di atas menunjukkan ujian penerbangan helikopter dibangunkan syarikat Aerospace Systems itu berjalan lancar dan stabil sekali.

K-RACER ialah jentera ujian istimewa yang tergolong dalam kategori helikopter kompau (compound helicopter). Pesawat kategori ini memiliki propeler tambahan untuk menolak pesawat ke depan. Ia ada bilah utama (atas bumbung) berdiameter 4 meter dan sayap utama berserta propeler di kedua-dua bahagian.

Helikopter ini tiada rotor pada bahagian ekor. Ia nampak lebih kepada sejenis jet ringan dengan propeler helikopter. Propeler kiri-kanan itu akan ‘menarik’ kuasa tork daripada bilah utama (atas bumbung) ketika terbang untuk menarik helikopter itu untuk terus maju ke depan (macam jet ringan).

Apabila penerbangan ke depan, sayap utama K-RACER berfungsi mengurangkan beban pada bilah utama selain membantu ia kekal terapung di udara. Konsep ini membolehkan pesawat terbang lebih pantas berbanding helikopter konvensional.

KHI bukan pemain baharu dalam segmen helikopter kerana sebelum ini pernah menghasilkan helikopter dalam skala besar seperti siri utiliti BK117 untuk kegunaan doktor, anggota bomba dan petugas penyelamat lain. Mengenai K-RACER, KHI tidak mendedahkan bagaimana enjin H2R dipasangkan pada helikopter berkenaan atau menunjukkan teknologi kawalan jarak jauh.

BACA >>> Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!

SUMBER: Young-Machine

Aerospace Systems Auto Terkini Helikopter Helikopter K-RACER K-RACER Kawasaki Kawasaki Heavy Industries (KHI) pesawat udara
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.