Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Haval Raptor Bakal Masuk Malaysia 2026? SUV Rugged Hibrid dengan Kuasa 750Nm
Auto Terkini

Haval Raptor Bakal Masuk Malaysia 2026? SUV Rugged Hibrid dengan Kuasa 750Nm

SyafieBy Syafie02/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GWM Malaysia baru-baru ini mengadakan lawatan khas ke Baoding, China bagi memperkenalkan teknologi hibrid terkini mereka yang dijangka bakal ditawarkan kepada pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Dalam delegasi itu, GWM turut memperlihatkan sebuah model SUV rugged yang mencuri perhatian dan dikatakan antara calon kuat untuk memasuki pasaran Malaysia pada tahun depan – dikenali sebagai GWM Haval Raptor, atau menggunakan nama asalnya di China, Haval Menglong.

Model ini diposisikan sebagai SUV off-road ringan 5-kerusi dalam segmen C, menawarkan gabungan reka bentuk lasak, teknologi elektrifikasi serta praktikaliti untuk penggunaan harian.

Bayangan H9, Tapi Bukan Kembar

Haval H9
Haval Raptor

Walaupun secara visual Raptor tampak seperti versi lebih kompak kepada Haval H9, hakikatnya kedua-dua model ini dibina atas asas yang berbeza.

Jika H9 menggunakan casis ladder-frame untuk keupayaan off-road berat, Haval Raptor pula dibina menggunakan struktur monocoque (unibody), menjadikannya lebih sesuai untuk:

  • Keselesaan harian
  • Pemanduan on-road
  • Off-road ringan dan gaya hidup adventure

Pendek kata, Raptor bukan SUV ekstrem hardcore seperti H9, tetapi satu model crossover rugged yang seimbang antara praktikaliti bandar dan penjelajahan santai.

Reka Bentuk: Kotak Tapi Garang

Haval Raptor tampil dengan rekaan tipikal SUV off-road moden – berbentuk kotak serta kelihatan ‘tough’ dari setiap sudut, menampilkan:

  • Gril menegak besar
  • Lampu LED bulat dalam housing berbentuk kotak
  • Fender dan wheel arch segi empat
  • Lampu belakang berbentuk petak empat unit
  • Tayar simpanan bersaiz penuh di pintu belakang
  • Pintu tailgate buka sisi (side-opening)

Gaya ini jelas mengikut trend SUV rugged global yang boleh disamakan dengan model seperti Land Rover Defender dan Suzuki Jimny 5-pintu, namun tampil lebih moden serta bersaiz lebih besar.

Saiz: Kecil Dari H9, Tapi Praktikal

Jika dibandingkan dengan Haval H9, dimensi Raptor adalah sekelas lebih kompak:

  • Jarak roda: 2,850 mm (112 mm lebih pendek dari H9)
  • Panjang: 5,070 mm (270 mm lebih pendek)
  • Lebar: sedikit lebih sempit
  • Tinggi: lebih rendah

Walaupun lebih kecil, ruang simpanan masih besar, dengan kapasiti:

  • 586 liter (normal)
  • 1,404 liter apabila kerusi belakang dilipat

Ia menjadikan Raptor antara SUV paling praktikal dalam kelasnya untuk kegunaan keluarga dan kembara.

Pilihan Trenkuasa

Petrol
PHEV

Haval Raptor hadir dengan dua pilihan trenkuasa utama – petrol konvensional dan versi Hibrid Plug-in (PHEV) Hi-4.

Versi Petrol

  • Enjin 2.0L turbo
  • Output 238 PS dan 385 Nm
  • Transmisi 9-kelajuan dual-clutch
  • Pilihan pacuan:
    • FWD (pacuan hadapan)
    • AWD (pacuan semua roda)

Versi PHEV Hi-4

Gabungan sistem hibrid berprestasi tinggi:

  • Enjin 1.5L turbo – 167 PS dan 243 Nm
  • Motor elektrik hadapan – 95 PS
  • Motor elektrik belakang – 204 PS dan 350 Nm
  • Output gabungan:
    • 378 PS dan 750 Nm (bateri 19.1 kWj)
    • 383 PS (bateri 27.5 kWj)

Spesifikasi Prestasi dan Penggunaan

Bateri 19.1 kWj

  • Jarak EV: 102 km
  • 0-100 kmj: 6.0 saat
  • Penggunaan: 1.68 L/100 km (hibrid)
  • Mod petrol: 6.0 L/100 km

Bateri 27.5 kWj

  • Jarak EV: 145 km
  • 0-100 kmj: 6.2 saat
  • Penggunaan: 1.15 L/100 km
  • Mod petrol: 6.1 L/100 km

Sokong pengecasan pantas DC sehingga 33 kW

Kabin: Moden dan Futuristik

Raptor PHEV
Raptor Petrol

Bahagian dalaman Haval Raptor tampil moden dengan kemasan premium serta fokus kepada penggunaan praktikal ketika aktiviti off-road.

Antara ciri utama kabin:

  • Meter digital 12.3 inci
  • Skrin infotainmen 14.6 inci (Coffee OS)
  • Pengecas wayarles 50W
  • Deretan butang fizikal kawalan off-road
  • Rotary drive mode – sehingga 9 mod pemanduan
  • Gear shifter di stereng column
  • Kerusi elektrik dengan fungsi memori
  • Kerusi dengan ventilasi dan pemanas
  • Sunroof panoramik
  • Sistem audio 10 pembesar suara

Nama ‘Raptor’ di Malaysia – Kekal atau Berubah?

Setakat ini, penggunaan nama “Raptor” bagi pasaran Malaysia masih menjadi tanda tanya berikutan jenama itu amat sinonim dengan trak pikap Ford Raptor.

Namun dari segi reka bentuk, teknologi serta trenkuasa, versi Malaysia dijangka hampir 90 peratus sama seperti Haval Menglong di China.

Bakal CKD atau CBU?

Persoalan utama menjelang potensi pelancaran tahun depan:

  • Harga jualan sebenar di Malaysia?
  • Status pemasangan – CKD tempatan atau CBU import dari China?

Maklumat lanjut dijangka didedahkan GWM Malaysia menjelang 2026.

Haval Raptor Jadi Pencabar Baru SUV Hibrid di Malaysia?

Jika benar dibawa masuk, Haval Raptor bakal mengisi kekosongan unik dalam pasaran tempatan – SUV rugged bergaya adventure dengan trenkuasa PHEV serta prestasi luar biasa, tetapi masih selesa digunakan sebagai kenderaan harian.

Dengan kuasa sehingga 750 Nm, kemampuan EV murni sehingga 145 km, dan reka bentuk off-road yang menarik, Raptor berpotensi menjadi pencabar serius kepada SUV hybrid sedia ada di Malaysia.

Raptor Petrol

Petrol
Raptor Petrol

Raptor PHEV

Haval Raptor
PHEV
Raptor PHEV
Auto Terkini GWM Haval Raptor GWM Malaysia Haval Menglong Kenderaan Utilisi Sukan (SUV) SUV off-road
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.