Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Harley-Davidson Tayang Skuter Elektrik Konsep, Rancang Masuk Segmen Moped
Roda2

Harley-Davidson Tayang Skuter Elektrik Konsep, Rancang Masuk Segmen Moped

AryonBy Aryon11/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOPIK hangat dunia dua roda awal tahun ini ialah motosikal elektrik pertama Harley-Davidson, Livewire yang kini sudah dibuka tempahan pada harga taikun AS$29,799 (RM122,640). Namun nafsu pengeluar Amerika Syarikat itu bukan terhenti setakat Livewire saja.

Pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2019 yang dibuka Isnin lalu, Harley-Davidson mempamerkan dua daripada empat motosikal konsep jenama itu. Pertama, dirt bike, dan dua, moped!

BACA >>> Harley-Davidson Livewire dengan Gear Menderum Kini Boleh Ditempah, Harga RM122k!

Pernahkah anda dengar tentang Topper? Sekarang ingat dan ketahuilah, Topper ialah satu-satunya skuter yang pernah dihasilkan Harley-Davidson pada 1960 hingga 1965 dengan rekabentuk yang tidaklah cantik sangat (baca: hodoh). Model tersebut gagal di pasaran selepas kalah teruk kepada moped Jepun yang lebih reliabel dan praktikal.

Kini selepas 60 tahun berlalu, Harley mahu menghidupkan semula segmen moped (baca: skuter) jenama itu di pasaran, tetapi kali ini dalam versi elektrik.

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

Konsep moped itu ialah sebahagian pelan besar Harley-Davidson yang didedahkan pada musim panas tahun lalu. Dan pengeluar itu nyata tidak main-main kerana selain Livewire, ada juga prototaip motosikal elektrik yang ditayangkan sempena CES 2019. Namun, tiada sebarang perincian didedahkan mengenai motosikal konsep berkenaan. Nama pun tidak dimaklumkan.

Rekabentuk konsep skuter (gambar atas) itu dibina dengan frem trapezoid yang dipasangkan tayar dan pelana. Peg kaki seakan papan luncur ski dan kelihatan juga tali sawat pacu. Tiada lagi kemasan krom yang sinonim dengan model-model cruiser Harley-Davidson. Model konsep skuter ini betul-betul minimalis!

KONSEP DIRT BIKE

Konsep dirt bike (gambar atas) pula nampak seperti sebuah basikal, lebih kurang sama seperti motosikal elektrik NOVUS berharga jutawan yang pernah kami siarkan. Cuma ‘basikal Harley-Davidson’ ini tiada pedal. Mungkin inilah fantasi Harley tentang rupa motosikal elektrik masa depan yang mahu dibina mereka. Sekurang-kurangnya jauh lebih menarik daripada Topper 60-an yang aneh.

BACA >>> NOVUS – Motosikal Elektrik yang Elegan dan Penuh Seni, dengan Harga Taikun – RM162k

Adakah model konsep Harley-Davidson ini akan terlaksana dan memasuki barisan pengeluaran sebelum dijual di bilik pameran dalam masa terdekat?

 

Auto Terkini CES 2019 dirt bike EV Harley-Davidson Harley-Davidson Topper Kenderaan Elektrik (EV) Moped motosikal elektrik motosikal konsep Pameran Elektronik Pengguna (CES)
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.