• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / NOVUS - Motosikal Elektrik yang Elegan dan Penuh Seni, dengan Harga Taikun - RM162k

NOVUS - Motosikal Elektrik yang Elegan dan Penuh Seni, dengan Harga Taikun - RM162k

January 10, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA pameran elektronik CES di Las Vegas, Novus Motorcycles mendedahkan motosikal elektrik NOVUS yang cukup cantik walaupun sekali pandang nampak seperti sebuah basikal. Rekabentuk motosikal itu dibina menggunakan material gentian karbon dan paling mengejutkan, harganya AS$39,500 (RM162,167), sama seperti harga sebuah model kereta mewah jika di Malaysia.

Kelihatan lubang besar di tengah frem yang jelas menyerlahkah ciri ringan motosikal elektrik ini yang cuma seberat 38.5kg. Banyak komponen terselindung di sebalik frem monokok karbon itu sendiri. Sistem suspensi menggunakan absorber jenis monoshock di depan dan belakang dengan fork dan swingarm gentian karbon, manakala unit bateri diletakkan di bawah untuk memberikan lebih kestabilan tunggangan.

BACA >>> Vigo Cari Dana untuk Motosikal Elektrik Prestasi Tinggi yang Mampu Gerak Sejauh 640km

Bateri 14.4kWh mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 100km dengan kelajuan maksimum hingga 100kmj. Walaupun mungkin bukan angka menakjubkan bagi sebuah motosikal elektrik, tetapi bateri dibekalkan mampu dicas hingga 80 peratus penuh dalam masa sejam saja.

PEMBUATAN RAPI DAN REKABENTUK CANTIK

novus-4
novus-3
novus-10

NOVUS juga disepadukan dengan begitu rapi, iaitu sebagai hab roda belakang. Menurut Novus, motor elektrik tersebut mampu menjana tork sekuat 200Nm, tetapi angka itu sebenarnya boleh dipertikaikan kerana di luar ada banyak motosikal elektrik dengan tork pantas. Misalnya Curtiss Zeus, mensasarkan tork 196Nm daripada motor besar berkuasa 140kW. Apapun, tunggu saja demonstrasi rasmi di dunia nyata nanti.

Tentang harga pula, sebelum ini ramai mendakwa harga Harley-Davidson Livewire terlalu melampau, iaitu AS$29,799 (RM122,340) yang boleh mendapatkan sebuah jentera elektrik Zero S. Dalam kes NOVUS ini pula, bukankah akan timbul isu kenyataan sebegini, lebih baik beli Harley daripada Novus.

Akhir sekali, kenapa pula perlu beli salah-satu model mahal itu (Harley dan NOVUS) sedangkan kita boleh jimat puluhan ribu dolar dengan membeli motosikal Zero.

BACA >>> Zero Motorcycle Umum Barisan Model Baharu 2019

Malah model asas Zero S menawarkan jarak perjalanan hingga 143km dan juga lebih pantas, 160kmj. Ini termasuk model atasan, Zero SR yang berharga kurang separuh daripada Novus dengan keupayaan lebih hebat.

NOVUS memang nampak hebat, tetapi pada harga AS$39,500 (RM162,167), semestinya ia sudah menjadi mainan orang kaya.

GALERI
1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CES, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Las Vegas, motosikal elektrik, motosikal EV, NOVUS, Novus Motorcycles, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Dalam Tempoh Sehari!
    Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Dalam Tempoh Sehari!
  • Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
    Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
  • 34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
    34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
  • Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim
    Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my