Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Harley-Davidson Sedia Lancar Model 2-Silinder 338cc ‘Baby Harley’
Roda2

Harley-Davidson Sedia Lancar Model 2-Silinder 338cc ‘Baby Harley’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARLEY-Davidson bersedia memulakan pengeluaran model motosikal bersesaran kecil dalam usaha menguatkan kehadiran jenama itu dalam pasaran Asia Tenggara, termasuk China dan India.

Pada Jun lalu, Harley-Davidson mengesahkan akan memperkenalkan enjin 338cc yang juga model paling mampu milik pernah dikeluarkan pengeluar dari Amerika Syarikat itu. Rancangan itu akan menjadi kenyataan selepas berganding bahu dengan Qianjang Motorcycle Company Limited di China untuk pengeluaran model ‘baby Harley’.

BACA >>> Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2020 untuk Malaysia, Harga Mula RM62.8k

Malah, kedua-dua pengeluar menandatangani dokumen mengenai rekabentuk ‘baby Harley’ atau nama projeknya, HD350. Namun, tiada gambar atau maklumat tambahan didedahkan setakat ini.

Qianjiang ialah subsidiari Geely dan turut terbabit dalam pengeluaran jenama Benelli di China. Ada kemungkinan Harley-Davidson edisi mampu milik itu akan menggunakan enjin dwi-silinder Benelli.

Lakaran model HD350 juga dijangka mengambil ilham model Benelli 302S dengan menggunakan frem trellis sama. Malah HD350 itu mungkin menggunakan banyak komponen Benelli.

Bagaimanapun, tiada maklumat rasmi diumumkan bilakah ‘baby Harley’ akan memasuki pasaran mana-mana negara. Khabarnya akan dilancarkan di China pada 2020 sebelum diperkenalkan ke pasaran India menjelang 2021. Pengeluar itu juga dikatakan akan membawa model HD350 ke Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2020 sebagai debut.

Setakat ini, Harley-Davidson dan Qianjang Motorcycle belum mengumumkan sebarang rancangan untuk memasarkan HD350 ke pasaran luar Asia.

BACA >>> Harley-Davidson FXDR 114 – Cruiser Kuasa Tinggi Lancar di Malaysia, Harga RM123k

SUMBER: Financialexpress | Zigwheels | Businessinsider

Auto Terkini Baby Harley Harley-Davidson Qianjang Motorcycle Company Limited roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.