Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Harley-Davidson Fat Boy dalam Terminator 2 Dilelong Hampir RM2 Juta
Roda2

Harley-Davidson Fat Boy dalam Terminator 2 Dilelong Hampir RM2 Juta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DENGAN pelbagai reboot dan sekuel yang dilakukan kepada francais filem Terminator, kemungkinan besar ramai yang melupakan Terminator 2: Judgement Day yang ditayangkan pada 1991.

Muncul sebagai sekuel yang lama tertangguh sejak filem pertama (1984), filem fiksyen itu nyata tidak mengecewakan dengan menghidangkan pelbagai aksi hebat dan salah satunya ialah adegan kejar mengejar kenderaan yang diiktiraf sebagai paling berani dalam sejarah perfileman.

Bintang dalam adegan kejar mengejar itu pula tidak lain dan tidak bukan ialah Harley-Davidson FLSTF Fat Boy (1991) yang ditunggang watak utama, Arnold Schwarzenegger. Motosikal tersebut terlibat dalam banyak aksi mendebarkan daripada babak burnout, donat hingga melompat tinggi ke bawah Sungai LA, termasuk detik dramatik bergelut dengan trak gergasi.

Semua adegan tersebut diingati ramai penunggang motosikal kerana itulah kali pertama model Harley-Davidson dalam barisan Fat Boy baharu diberikan peranan sebagai watak utama. Malah, kredit harus diberikan kepada filem tersebut yang bertanggungjawab meningkatkan populariti Fat Boy, sekali gus menjadikan motosikal itu antara model Harley paling laris di pasaran.

MODEL SEBENAR FAT BOY

Motosikal yang dilelong ini ialah model sebenar yang digunakan dalam banyak adegan filem tersebut dan jelas menunjukkan beberapa bahagian yang sudah lusuh dengan catatan perbatuan 644km pada odometer. Jentera itu ialah sebahagian daripada barangan rumah lelongan, History’s Icons & Legends of Hollywood yang diadakan di Amerika Syarikat pada 5-8 Jun lalu.

BACA >>> Triumph dalam ‘Ant-Man and the Wasp’ Marvel Berpisah dengan Harley-Davidson?

Harley Terminator itu disenaraikan bersama beberapa barangan, prop dan kenderaan ikonik filem, termasuk bas (Speed), kapal angkasa (Aliens), dan motosikal Lawmaster yang digunakan Sylvester Stallone (Judge Dredd).

Mulanya, rumah lelongan tersebut menganggarkan harga jualan antara AS$200,000 (RM806,780) hingga AS$300,000 (RM1,210,170). Bagaimanapun, motosikal itu melebihi anggaran dan dijual pada harga AS$480,000 (RM1.93 juta) kepada seorang pembida yang tidak didedahkan identiti.

Kepada anda yang rindu adegan ikonik Fat Boy dalam Terminator 2: Judgement Day, kita layan dulu sedutan klip video di bawah:

SUMBER: MotoPinas

Arnold Schwarzenegger autotainment filem Harley-Davidson Harley-Davidson FLSTF Fat Boy Harley-Davidson FLSTF Fat Boy (1991) Hollywood lelong roda2 Terminator 2 Terminator 2: Judgement Day
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.