Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Apa Syarat Keluar Berdua PKP Fasa Keempat Ini?
Auto Terkini

Apa Syarat Keluar Berdua PKP Fasa Keempat Ini?

Han OthmanBy Han Othman29/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETUA keluarga yang keluar membeli makanan atau barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Keempat yang bermula hari ini kini boleh membawa seorang lagi ahli bersama.

Kebenaran itu diberikan Kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.

Peraturan itu diterbitkan dalam warta Kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, yang berkuat kuasa hari ini, 29 April hingga 12 Mei depan.

Seksyen 4(1)(a)(ii) memperuntukkan seseorang individu:
  • BOLEH disertai seorang anggota keluara yang tinggal serumah – Untuk keluar beli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain.
Seksyen 4(1)(b)(ii) memperuntukkan seseorang individu:
  • BOLEH disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah – Untuk keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan

Bagaimanapun, pada masa sama, peraturan terdahulu dikekalkan, iaitu:

  • Pergerakan tidak lebih 10km dari kediaman – Jika keluar membeli makanan, barangan keperluan harian, perubatan, rawatan dan lain-lain
  • Boleh bergerak lebih 10km – Jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak berkenaan dari rumah.
Seksyen 5 memperuntukkan:
  • Perlu dapat KEBENARAN BERTULIS dari balai polis berhampiran jika mahu melakukan pergerakan jarak jauh atau sebab selain keperluan harian dan perubatan.
  • Mana-mana pihak yang melanggar peraturan boleh DIDENDA maksimum RM1,000 atau DIPENJARA hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Auto Terkini Covid-19 Ketua Keluarga Boleh Keluar Berdua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP Fasa Keempat Warta Kerajaan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.