BERMULA esok (27/06), harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lagi sebanyak 10 sen, manakala diesel naik 9 sen berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini 27 Jun hingga 03 Julai 2020.
Ini bermakna harga bahan api RON95 naik daripada RM1.59 seliter kepada RM1.69 seliter. Harga RON97 pula daripada RM1.89 seliter kepada RM1.99 seliter, minggu lalu. Harga diesel pula naik daripada RM1.77 seliter kepada RM1.87 seliter.
Sebagai makluman, ini merupakan minggu kelima berturut-turut harga bahan api dan petrol naik dengan rekod terendah RM1.25 seliter bagi RON95 sebelum ini.
SENARAI HARGA MINYAK [27/06/20 - 03/07/20]
- RON95: RM1.69/liter (naik 10 sen)
- RON97: RM1.99/liter (naik 10 sen)
- Diesel: RM1.86/liter (naik 9 sen)
BACA >>> RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Nozel Pam Minyak Boleh Berhenti Sendiri?
Leave a Reply