Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Harga Nissan Fairlady Z (2022) JDM Diumum, Paling Murah RM177k
Roda4

Harga Nissan Fairlady Z (2022) JDM Diumum, Paling Murah RM177k

Abang HirataBy Abang Hirata02/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEBETULAN menarik, Nissan Motor  mengumumkan harga Fairlady Z (2022) pada hari gaji sesetengah pekerja negara kita, iaitu 25 haribulan.

Sebenarnya, tarikh gaji tersebut diamalkan di Jepun dan pengumuman tersebut dibuat sebelum Fairlady Z (2022) diedarkan secara rasmi di Jepun musim panas nanti. Mengikut perancangan, Nissan mahu mengedarkan model itu penghujung Jun nanti, tetapi terpaksa ditunda akibat masalah bekalan komponen dihadapi industri automotif masa kini.

BACA >>> Nissan 370Z 50th Anniversary Edition, Ilham Jentera Lumba BRE 70-an

Fairlady Z (2022) ialah model ikonik dengan sejarah panjang dan mempunyai peminat serata dunia. Jualan pula sudah lebih 1.8 juta unit! Model terbaharu ini pula istimewa kerana rekabentuk menawarkan elemen generasi terdahulu dan sudah sedia menarik tanpa aksesori tambahan.

Lebih lagi, Fairlady Z (2022) diperkenalkan menjelang era elektrifikasi yang mana banyak model dijana trenkuasa elektrik. Berikut ciri menarik model berkenaan versi pasaran Jepun:

  • Enjin VR30DDTT 3.0L V6 turbo kembar berkuasa 403hp dan tork 475Nm, manakala transmisi manual 6-kelajuan dengan cakera klac dan pacuan gear dipertingkat bagi menampung tork tinggi enjin. Enjin ini turut menggunakan sistem segerak (synchronizer) baharu.
  • Transmisi automatik 9-kelajuan pula didatangkan dengan julat gear lebih besar untuk respon pantas dan langsung (direct).
  • Mod Standard dikhaskan untuk pemanduan harian dan pemanduan jauh di lebuh raya.
  • Mod Sport pula untuk pemanduan agresif di jalan berliku yang berfungsi meningkatkan respon enjin dan transmisi, termasuk mengoptimumkan reaksi stereng dan kawalan VDC.

  • Kali pertama untuk kenderaan pacuan belakang (RWD) Nissan, Fairlady Z (2022) dilengkapi kawalan mula pandu (launch control).
  • Rekabentuk ditributkan sempena model terdahulu seperti Fairlady Z (S30) dengan bahagian depan panjang dan belakang pendek.
  • Rekaan lampu utama LED mengikut bentuk dua separuh bulatan seperti Fairlady Z (S30).
  • Rekaan lampu belakang ala Fairlady Z32.
  • Ada sembilan warna, termasuk pilihan baharu, Ceylan Blue dan Ikazuchi Yellow.
  • Ruang kabin dihiasi kluster instrumen kecil seperti Fairlady Z (S30) dengan meter boost, kelajuan turbo dan volt yang membangkitkan elemen dan fiil kereta klasik.
  • Walaupun retro, meter digital Paparan Bantuan Pandu Termaju (Advanced Drive Assist Display, ADAD) bersaiz 12.3 inci dengan tiga mod paparan.
  • Mod Sport mempunyai takometer di tengah dengan indikator anjakan gear atas yang memaparkan pemasaan tukaran gear ke atas dan dibuat mengikut saranan pemandu Super GT500, Tsugio Matsuda.
  • Kerusi direka berdasarkan pengalaman dalam pembangunan NISMO yang menambah baik pegangan dan cengkaman (holdability and fit).
  • Ada dua pilihan warna dalaman, hitam dan merah.

Mengenai harga, Nissan membahagikan Fairlady Z (2022) kepada beberapa varian seperti berikut:

Pacuan
Enjin
Varian
Transmisi
Harga Yen (RM)
2WDVR30DDTTFairlady Z6MT5,241,500 (177,690)
Fairlady Z Version S6,063,200 (205,550)
Fairlady Z Version ST6,462,500 (219,090)
Fairlady Z Proto Spec6,966,300 (236,160)
Fairlady Z9MT-ATx5,241,500 (177,690)
Fairlady Z Version T5,687,000 (192,790)
Fairlady Z Version ST6,462,500 (219,080)
Fairlady Z Proto Spec6,966,300 (236,160)

Dengan pengumuman itu, ditambah pula UMW Toyota menawarkan GR Supra, adakah Fairlady Z (2022) bakal dibawa masuk ke Malaysia?

ETCM bukan baharu, syarikat itu sudah beroperasi puluhan tahun, seiring model Fairlady itu sendiri yang pernah dijual di negara kita. Model terakhir dibawa masuk ialah 370Z dan dilancarkan pada 2010 pada harga RM354,000, manakala tahun berikutnya 370Z Roadster pula dibawa masuk pada harga RM382,520.

Apapun, kita tunggu pengesahan model terbaharu itu.

BACA >>> Nissan Z Proto – Kereta Sport Bayangan Masa Depan Ilham Warisan Sejarah Lampau
BACA >>> Nissan Sylphy e-POWER Debut di China, Guna Petrol 3.9 Liter Sahaja untuk 100km!

Fairlady Fairlady Z Nissan Nissan Fairlady Z Nissan Motor Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.