Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Honda Dream Ini RM17k Bukan Sebab Edisi Terhad, Tapi Nombor Plat Spesial
Auto Terkini

Harga Honda Dream Ini RM17k Bukan Sebab Edisi Terhad, Tapi Nombor Plat Spesial

AryonBy Aryon12/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAGAM atau kegilaan orang Vietnam dengan motosikal memang pelik-pelik. Selain gilakan kapcai dan motosikal import dari luar negara, orang sana juga sukakan nombor plat dengan kombinasi angka tertentu (macam sama saja dengan orang Malaysia 🤔). Jika digabungkan motosikal dan nombor pendaftaran tersebut, jangan terkejut kalau harganya mampu mencecah puluhan ribu ringgit.

Misalnya Honda Dream (dipanggil EX-5 di Malaysia) buatan Thailand yang diimport masuk ke Vietnam ini. Bagi kalangan pengumpul koleksi motosikal negara jiran itu, Dream versi Thailand berada dalam senarai tertinggi paling diburu. Apatah lagi jika model tersebut sudah ditamatkan pengeluaran seperti Dream ini, sudah tidak dikeluarkan sejak 2013.

BACA >>> Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy

HONDA DREAM THAILAND JADI BURUAN VIETNAM

Dream Thailand mendapat permintaan tertinggi dalam kalangan pembeli Vietnam kerana menawarkan enjin yang reliabel, lasak, dan sesuai untuk kegunaan banyak jenis penunggang.

Dream Thailand (2000) milik Pham Hung Cuong ini dibelinya pada harga lebih 100 juta dong (RM17,950) daripada pemilik asal yang tinggal di Phu Xuyen, Hanoi.

Dalam pasaran motosikal lama, harga Dream Thailand cuma 10 juta-20 juta dong (RM1,790-RM3,590), dan sesetengah model boleh mencecah harga 50 juta-60 juta dong (RM8,970-RM10,770). Apa yang spesial sangat kapcai Cuong ini yang harganya jauh lebih tinggi daripada Honda SH dan Piaggio Vespa baharu?

Sebabnya, Dream tersebut memiliki nombor pendaftaran 33-K3 8888 yang jarang dapat ditemui. Malah menurut Cuong, kapcai itu bukan lagi versi asal kerana tuan asal sudah pun mengubah suai penampilan model tersebut.

Spesifikasi asal Dream dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 97cc  SOHC berkuasa 8hp dan tork 8.1Nm dengan transmisi automatik 4-kelajuan jenis rotari. Sama seperti model Dream lain. Tetapi bagi Cuong;

Dalam dunia pengumpul nombor plat, mencari motosikal dipanggil Dream Thailand (33-K3) dalam 8 angka boleh dikira dengan jari. Jika ada, ia akan jadi motosikal idaman.”

Selain Dream 33-K3 8888 itu, Cuong turut memiliki sebuah lagi Dream Thailand dengan nombor pendaftaran 30-L1 999. Ya, nombor plat punya pasal, mahal pun mahal asalkan boleh tidur lena.

BACA >>> #TahukahAnda: Kompaun Minimum RM300 Jika Nombor Plat Tidak Ikut Spesifikasi!

Auto Terkini Honda Dream Thailand Honda EX-5 Kapcai Moped roda2 underbone
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.