Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Honda City Hatchback Bocor di Indonesia, Masuk Malaysia Tahun Ini?
Auto Terkini

Harga Honda City Hatchback Bocor di Indonesia, Masuk Malaysia Tahun Ini?

Han OthmanBy Han Othman07/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARGA Honda City Hatchback dilaporkan sudah bocor di Indonesia pada harga yang dikatakan lebih mahal daripada Jazz. Model itu dilancarkan di Thailand pada November tahun lalu pada harga 599,000 baht (RM80,680).

City Hatchback juga disebut sebagai model pengganti Jazz untuk pasaran Asean. Harga bocor itu pula bukanlah maklumat rahsia kerana sudah siap disenaraikan dalam laman web pihak pihak berkuasa tempatan, Bapenda Jakarta menerusi laman Nilai Jual Kendaraan Bermotor (NJKB) Jakarta.

BACA >>> 10 Perkara Menarik Honda City Hatchback (2021)! Lancar di Thailand, Harga Mula RM80k

Harga itu, yang dimasukkan dalam senarai model 2020, mendaftarkan dua varian City Hatchback, iaitu 1.5L RS CVT dan 1.5L RS MT yang masing-masing berharga 221 juta rupiah (RM63,410) dan 213 juta rupiah (RM61,120).

Menurut kiraan dibuat media sana dengan mengambil kira tambahan caj lain, harga atas jalan untuk City Hatchback dijangka mencecah 300 juta rupiah (RM86,130), iaitu lebih mahal daripada Jazz GK5.

 

Maklumat lain dikesan ialah kapasiti enjin 1.5L yang mendedahkan model itu tidak akan menggunakan enjin 1.0L VTEC Turbo seperti spesifikasi Thailand. Bagaimanapun, trenkuasa tersebut adalah berbeza dengan enjin 1,500cc yang ada pada Jazz dan City di Indonesia.

Antara perbezaan paling signifikan, enjin baharu City Hatchback menggunakan teknologi DOHC dan bukan SOHC.

BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k

MALAYSIA DAPAT CITY HATCHBACK TAHUN INI?

Bagaimanakah agaknya Malaysia? Memandangkan Honda Malaysia tidak memperkenalkan Jazz baharu atau model dipertingkat (facelift) tahun lalu, jadi ada kemungkinan wakil pengeluar itu akan memperkenalkan City Hatchback untuk pasaran tempatan tahun ini.

Persoalannya, adakah Malaysia akan mendapat spesifikasi seperti Thailand, iaitu enjin 12-injap 3-silinder 1.0L Turbo DOHC VTEC Dual VTC dengan kotak gear CVT berkuasa 122hp @ 5,500rpm dan tork 172.6Nm @ 2,000-4,500rpm? Ataupun menggunakan trenkuasa sedan City baharu sekarang, iaitu 1.5L DOHC i-VTEC?

Harga Honda City Hatchback Harga Honda City Hatchback Indonesia Honda Honda City Hatchback Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.