Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»GWM ORA Funky Cat di UK, Harga Mula RM168k! Bakal Masuk Malaysia?
Roda4

GWM ORA Funky Cat di UK, Harga Mula RM168k! Bakal Masuk Malaysia?

Abang HirataBy Abang Hirata09/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GREAT Wall Motor atau GWM bukan jenama asing di negara kita dan gergasi automotif dari China itu sudah bertapak sejak 2014 sebelum menggunakan nama Haval.

GWM turut memiliki jenama lain seperti WEY, GWM Ora dan GWM Pickup. Pada 2021, GWM menjual 1.28 juta unit kenderaan di pelbagai negara.

BACA >>> #PanduUji: GWM M4 (2014)
BACA >>> Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval

Di China, GWM ialah peneraju jualan segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) selama 11 tahun dan trak pikap dalam tempoh 23 tahun. Di peringkat Asean, GWM sedang giat mengembangkan perniagaan dan sudah pun membeli kilang pengeluaran milik General Motors (GM) di Thailand.

Dalam pelbagai jenama dimiliki, GWM ORA sedang hangat diperkatakan kini dengan model elektrik kerap ditemui di jalan raya tempatan. Cakap-cakap industri mengatakan ia bakal diperkenalkan tidak lama lagi dan model Ora Good Cat sudahpun dilancarkan di Thailand tahun lalu.

Sebagai syarikat global, GWM ORA turut berada di Britain dan baru saja mengumumkan harga dan spesifikasi Funky Cat yang didahului edisi First Edition. Bagaimanakah sambutan? 6,000 pendaftaran minat sudah diterima!

Berikut ciri ORA Funky Cat: First Edition:

  • Bateri litium-ion 48kWh dengan jarak pandu 310km mengikup standard WLTP.
  • Pacuan roda depan (FWD).
  • Kuasa 126kW (171ps), dan tork 250Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 8.3 saat.
  • Kelajuan maksimum 159kmj.
  • Pengecasan: Type 2 Soket CCS, 6.6kW fasa tunggal, 11kW tiga fasa AC.
  • Maksimum 80kW untuk aliran terus (DC).
  • Pengecasan 6. kW, 5 – 6 jam, pengecasan 11kW – 3 – 4 jam (15% – 80%).
  • Pengecasan pantas 80 kW; 3 – 4 jam.
  • Dimensi panjang 4,235mm, lebar 1,825mm, tinggi 1,603mm.
  • Berat kasar 1,970kg.
  • Kapasiti but 228 liter dan 858 liter apabika kerusi direbahkan.
  • Waranti 5 tahun tanpa had perbatuan.
  • Waranti bateri 8 tahun atau had perbatuan 160,934km.
  • Sela penyelenggaraan 2 tahun atau jarak pemanduan 30,000km.

Berikut ciri lain ORA Funky Cat First Edition:

  • Lampu utama LED.
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).
  • Kamera 360°, kamera undur.
  • Rim 18 inci.
  • Sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas telefon wayarles.
  • Kerusi depan elektrik.
  • Empat warna: Hijau Nebula, Hitam Starry, Merah Mars dan Hijau Aurora.

Mengenai harga, Funky Cat First Edition ditawarkan pada £30,495 (RM168,410) selepas geran kerajaan Britain (PiCG).

Di Thailand, Funky Cat dikenali sebagai Good Cat dan ditawarkan dalam tiga varian utama pada harga bermula 989,000 baht (RM126,840) hingga 1,199,000 baht (RM153,770). Harga di Thailand itu nyata mengujakan jika dapat dikekalkan di negara kita!

BACA >>> Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
BACA >>> Nissan LEAF Autech (2022), EV Sporty Mewah pada Harga Mula RM135k di Jepun

Great Wall Motors (GWM) GWM GWM ORA Funky Cat First Edition ORA Funky Cat First Edition Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.