Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Grab Terkejut Boleh Kena Denda Sampai 86.7 Juta
Auto Terkini

Grab Terkejut Boleh Kena Denda Sampai 86.7 Juta

Han OthmanBy Han Othman03/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT perkhidmatan e-hailing, Grab Inc (Grab) mendakwa terkejut dengan cadangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mahu mendenda Grab sebanyak RM86.7 juta kerana melanggar Seksyen 10 Akta Persaingan 2010.

Ini kerana menurut Grab seperti dilaporkan Bernama, syarikat itu sudah sedia mematuhi sepenuhnya Akta Persaingan 2010.

Menurut jurucakap Grab dalam kenyataan hari ini;

Sementara peguam kami mengkaji keputusan cadangan itu, kami yakin ini amalan biasa perniagaan untuk menentukan kebolehsediaan dan jenis pengiklanan pihak ketiga di platform masing-masing yang disesuaikan mengikut keperluan dan maklum balas pengguna.”

Katanya lagi, Grab akan mengemukakan representasi bertulis kepada MyCC pada 27 November nanti.

Terdahulu, suruhanjaya tersebut bercadang supaya Grab Inc didenda RM86.7 juta, termasuk penalti kewangan harian sebanyak RM15,000 bermula hari ini selepas didapati menyalahgunakan kedudukan dominan dengan mengenakan beberapa klausa sekatan ke atas pemandu.

Ini kerana Grab didapati menghalang pemandu mempromosikan dan menawarkan perkhidmatan pengiklanan untuk pesaing Grab dalam pasaran e-hailing dan pengiklanan media transit.

Menurut MyCC, klausa sekatan itu menjejaskan persaingan dalam pasaran relevan yang berteraskan platform pelbagai dengan mewujudkan sekatan bagi penyertaan dan pengembangan untuk pesaing Grab sedia ada dan pada masa depan.

Bagaimanapun, keputusan mendenda Grab masih belum muktamad kerana syarikat itu diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan representasi atau pembelaan kepada MyCC.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini grab Grab Inc GrabCar MyCC Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny โ€“ Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.