Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Grab Anjur Peraduan Rider Raya Bergaya, Menang Hadiah Utama Yamaha MT-25
Auto Terkini

Grab Anjur Peraduan Rider Raya Bergaya, Menang Hadiah Utama Yamaha MT-25

AryonBy Aryon15/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GRAB Malaysia melancarkan kempen yang membolehkan orang ramai meraih pendapatan sampingan menerusi platformnya dan peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM150,000.

Ada 166 hadiah bakal dimenangi menerusi peraduan Rider Raya Bergaya dengan menawarkan hadiah seperti berikut:

  • 1 Hadiah Utama – Yamaha MT-25 yang ditandatangani pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin.
  • 5 Hadiah Kedua – Setiap satu bernilai RM10,000 tunai atau bitcoin.
  • Hadiah Saguhati – Tunai RM1,000 dan RM500.

Bermula 24 April hingga 31 Mei ini, rakan-penghantar baru dan sedia ada, yang mendaftar atau merekomendasikan rakan untuk menyertai platform Grab juga mendapat peluang penyertaan. Rakan-penghantar berpeluang memenangi hadiah hebat semudah melengkapkan slogan.

Susulan tahun mencabar, Grab berhasrat memberi peluang pendapatan stabil kepada mereka yang menyertai Grab. Peraduan Rider Raya Bergaya adalah inisiatif Grab untuk meraih akses cepat dan mudah ke arah memperoleh pendapatan saksama, mampan dan produktif.

Pengarah Operasi Negara, Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, misi Grab sejak mula adalah memperkasa warga Malaysia dengan mencipta peluang pendapatan yang selamat, saksama dan inklusif.

Menurutnya;

Tahun lalu saja, Grab mengalami pertumbuhan ketara dalam kalangan komuniti rakan pemandu dan penghantar. Kami komited sepenuhnya untuk memastikan platform ini terus membuahkan hasil dan memain peranan penting demi menyokong isi rumah warga Malaysia.”

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran negara adalah 4.8 peratus atau 777,500 orang pada Februari tahun ini. Ekonomi gig berasaskan teknologi boleh membantu warga Malaysia, bukan saja mencipta pendapatan sampingan isi rumah yang sihat, tetapi menyedia peluang pendapatan tambahan bagi membantu mereka memenuhi keperluan pada waktu mendesak.

PROGRAM GRABBENEFITS

Selain menyedia peluang pendapatan, Grab kini berada pada kedudukan terbaik untuk mengemudi tanggungjawab menjaga kesejahteraan rakan-penghantar.

Menerusi program GrabBenefits, rakan-rakan dalam ekonomi gig akan mendapat akses kepada peluang pekerjaan lebih berkualiti dan lebih selamat serta kewangan stabil seperti pengurangan kos operasi, insurans, pembangunan profesional dan banyak lagi.

Shukor berkata;

Kami yakin, jika Grab memelihara kesejahteraan komunitinya, mereka akan menjaga kepentingan pengguna. Mereka ini bukan setakat rakan kongsi, tetapi bagaikan duta; merekalah punca kewujudan Grab. Mereka mewakili gabungan usaha dan kepelbagaian yang menjadi asas pembentukan negara ini.

“Lebih utama lagi, diharap sikap amanah dan rajin yang didokongi rakan kongsi kami, berbaloi untuk menterjemah kepada kehidupan lebih bermutu, untuk dinikmati keluarga masing-masing.”

Pemenang peraduan Rider Raya Bergaya akan diumumkan pada acara digital rumah terbuka Grab pada 5 Jun akan datang. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh layari https://grb.to/RiderRayaBergaya.

Auto Terkini grab Grab Malaysia Rider Raya Bergaya roda2 Yamaha MT-25
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny โ€“ Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.