Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»GPX Demon 150GN & Legend Gentleman 200 Sah Masuk Malaysia Awal 2018!
Roda2

GPX Demon 150GN & Legend Gentleman 200 Sah Masuk Malaysia Awal 2018!

ZYBy ZY02/12/20175 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI yang tanya, apakah ‘Panigale Mini’ atau sportbike mini keluaran GPX Racing, Demon 150GR yang kami hebohkan semalam masuk pasaran Malaysia?

Jawapannya – MUNGKIN YA.

Demon 150GR bukanlah satu-satunya model kelahiran GPX Racing. Pengeluar motosikal dari Thailand itu turut mempunyai portfolio yang tidak kurang hebat, seperti Gentleman 200 dan Demon 150GN. Kedua-dua model itu juga disahkan bakal diimport Mofaz Motosikal Sdn Bhd ke pasaran Malaysia seawal suku pertama tahun hadapan dan diedarkan Bike Continent Sdn Bhd selaku rakan subsidiari kepada pengedar motosikal Scomadi, Motor Legend Enterprise Sdn Bhd.

DEMON 150GN

Dilancarkan terlebih dahulu di Thailand pada harga ฿58,500 (RM7,340), Demon 150GN khabarnya akan ditawarkan dalam julat harga RM9,000, tidak termasuk GST. Selain rekabentuk streetfighter mini (tapi bukan seperti rekaan ‘Ducati Streetfighter mini’) dan kotak gear 5 kelajuan, spesifikasi ‘King of Mini Bike’ itu adalah setara versi fairing penuh, Demon 150GR dengan kelajuan maksimum sekitar 125kmj.


LEGEND GENTLEMAN 200

Legend Gentleman 200 pula ialah motosikal ‘dewasa’ dengan ukuran roda 17-inci dan enjin 4-lejang 197cc penyejukan minyak yang lebih berkuasa. Angka kuasa dan tork tidak dimaklumkan, tetapi menurut GPX, mesin itu mampu menembusi kelajuan maksimum melebihi 137kmj. Membawakan gaya retro moden yang menjadi kegilaan era masa kini, apa yang ditawarkan Legenda Gentleman 200 boleh dikatakan agak mewah dengan sepasang fork terbalik dan brek cakera kembar – ciri gila bagi sebuah motosikal bawah 250cc!

Harga boleh dikatakan sepadan spesifikasi diberikan, dalam julat RM12,000, tidak termasuk GST. Harga sebegitu bukanlah halangan buat mereka yang berminat, kerana inilah satu-satunya jentera retro moden bawah 250cc yang bakal hadir ke Malaysia dalam masa terdekat nanti. Atau masih mahu menanti CB150R? Lupakan saja.


Bagaimana pula ‘Mini Panigale’? Memandangkan model tersebut baru saja dilancarkan, masih tiada lagi khabar berita mengenai status import sportbike itu. Namun, dengan sambutan menggalakkan terhadap kedua-dua model di atas, kemungkinan besar Mofaz tidak akan melepaskan peluang membawa masuk Demon 150GR pula.

BACA >>> GPX Demon 150GR – ‘Panigale Mini’ 150cc Lancar di Thailand, Dijual RM8k Sahaja!

Harga? Tekalah sendiri, petunjuk sudah diberikan di atas.

SUMBER: MajalahRodaRoda

Auto Terkini gpx demon 150gn gpx demon 150gr gpx legend gentleman 200 roda2 Thailand thailand motorcycle
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026

5 Comments

  1. Eyka mika on 06/12/2017 12:25

    Malaysia please bring in GPX Demon150GR. It look super cool. Look like my dream bike. It also give benefit to short people to ride bike that design look like sport bike . huhuhu..hoping new year 2018 this bike coming into Malaysia. ::(

    Reply
  2. akhman on 03/06/2018 19:20

    da ade msuk ke.. x jumpe lg ni.. ade dgt kabo x??rply bro..xjd msuk market msia ke?kalo ni msuk, mmg fz, pulsar x laku la…

    Reply
    • bro retro on 09/08/2018 11:49

      dah masuk bulan 8 x dgr ape citer lg. masuk motor ni xkan ganggu market fz dgn pulsar sbb harga dia dah tembus rm10k. lgpun motor ni guna enjin made in china. enjin yg sama cmc tekken 250 guna, spoil la enjin ni, hp rendah. org malaysia kan suka tanya top speed wlu motor tu brand demak

      Reply
  3. Simon Tan on 20/08/2018 15:38

    Interests to buy Legend Gentleman 200,.

    Reply
  4. Uncle li on 16/01/2019 12:27

    Spare part senang dapat ke di Malaysia…..???

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.