Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Gogoro-Yamaha Bakal Lancar Skuter Elektrik, EC-05 dengan Bateri Boleh Tanggal
Roda2

Gogoro-Yamaha Bakal Lancar Skuter Elektrik, EC-05 dengan Bateri Boleh Tanggal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Company menjalinkan kerjasama dengan pengeluar skuter elektrik Taiwan, Gogoro untuk membangunkan model skuter elektrik dinamakan EC-05.

Skuter elektrik ini akan mula memasuki pasaran Taiwan bermula Ogos nanti. Berdasarkan video berdurasi 1 minit 15 saat disiarkan, EC-05 seperti dilengkapkan sensor yang kemungkinan besar berfungsi sebagai kunci utama dengan ciri penghidup tanpa kunci (keyless).

Ciri itu membolehkan pemilik menghidupkan lampu dan mengeluarkan bunyi apabila berada berdekatan skuter mereka. Dari segi gaya, EC-05 menampilkan rupa depan unik yang menggabungkan lampu utama LED dan signal. Rekaan lampu itu tidak sama dengan produk yang pernah dilihat sebelum ini.

BACA >>> Yamaha dan Gogoro Bergabung, Sasar Mahu Monopoli Pasaran Skuter Elektrik Taiwan

Warna badan dua tona dijangka menambat hati pembeli muda, termasuk konsol instrumen digital. Skuter ini didatangkan dengan pek dwi bateri untuk memberikan ekstra perbatuan dan boleh dicas semula atau ditanggalkan.

Seperti Kymco, Gogora turut memiliki kemudahan stesen cas dan menukar bateri di Taiwan. Ini membolehkan pemilik EC-05 menukar bateri dengan unit sewa atau mengecas semula di stesen disediakan. Pada masa ini, Yamaha masih belum mendedahkan maklumat  jarak perbatuan model berkenaan, kuasa maksimum motor elektrik dan perincian lain.

BACA >>> Skuter Elektrik Voltrix Diperkenal di Malaysia, Harga Bermula RM4k

EC-05 direka Yamaha Jepun, manakala bahagian pengeluaran diuruskan Gogora.

GALERI
Gogoro roda2 skuter skuter elektrik Yamaha Yamaha EC-05 Yamaha Motor Company
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.