Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Go Auto Pamer Kereta Peronda PDRM Baharu kepada Tun M
Auto Terkini

Go Auto Pamer Kereta Peronda PDRM Baharu kepada Tun M

Han OthmanBy Han Othman20/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GO AUTO Sales Sdn Bhd mempamerkan unit prototaip Toyota Corolla Altis yang bakal menjadi kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) baharu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini.

Go Auto menerima surat niat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekalkan 425 unit MPV kepada PDRM bagi menggantikan Proton Wira dan Waja yang sudah berusia secara berperingkat.

BACA >>> Go Auto-Higer Ace Dilancarkan – Van 15-18 Penumpang Harga Berbaloi, Bermula RM138k

Setiap unit MPV akan dipakejkan bersama servis percuma selama lima tahun dan turut   dilengkapkan dengan aksesori tambahan khas seperti Sistem Bunyi Lampu Bersepadu (Intergrated Light Sound System) dan Sistem Pengurusan Flit (Fleet Management System), termasuk dilengkapkan alat komunikasi radio berfrekuensi tinggi.

Persiapan unit prototaip MPV ini adalah antara usaha Go Auto sebagai langkah awal mendapat kelulusan segera dan seterusnya menyempurnakan penghantaran semua 425 unit MPV tersebut. Go Auto mensasarkan 100 unit pertama akan dapat digunakan PDRM menjelang persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020.

BACA >>> GO Auto-SIRIM Meterai MoU untuk Hasilkan R&D Bateri Kenderaan Elektrik di Malaysia

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin berkata, syarikat menjangkakan 100 unit pertama akan dihantar kepada PDRM dalam jangka masa kurang dua bulan, manakala baki 325 unit akan menyusul dua bulan kemudian.

SM Azli berkata;

Ketika ini Go Auto sedang menunggu keputusan terakhir daripada Kementerian Kewangan bagi pembekalan tersebut.

“Ini tender kedua diperoleh Go Auto, sebelum ini kami sudah berjaya menghantar 200 unit kenderaan pacuan empat roda (4×4) pada tahun lalu dan penghantaran dilakukan lebih awal dari jadual.

“Go Auto terlibat secara aktif dalam tender terbuka Kerajaan dan swasta ketika ini kerana ia sebahagian cabang perniagaan (business diversification) dan fokus utama kepada ‘Special Vehicle’. Saingan dalam industri automotif masa kini memerlukan Go Auto bergerak lebih agresif dan kreatif supaya kekal berdaya saing di pasaran.”

GALERI
Auto Terkini Dato' SM Azli SM Nasimuddin Go Auto Go Auto Sales Sdn Bhd Kenderaan Peronda (MPV) kereta peronda polis Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) PDRM Polis Diraja Malaysia Toyota Corolla Altis
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

17/03/2026
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

17/03/2026
Sukan Permotoran

TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

17/03/2026
Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

17/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.