Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Go Auto-Higer Ace Dilancarkan – Van 15-18 Penumpang Harga Berbaloi, Bermula RM138k
Roda4

Go Auto-Higer Ace Dilancarkan – Van 15-18 Penumpang Harga Berbaloi, Bermula RM138k

Han OthmanBy Han Othman29/11/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GO Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GAM), subsidiari kepada Go Auto Group, melancarkan kenderaan komersial, Go Auto-Higer Ace di IOI Citymall Putrajaya, Kuala Lumpur yang dirasmikan Pengarah Eksekutif, Dato’ SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin bersama mantan Pengarah Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dato’ IR Mohamad Dalib.

Go Auto-Higer Ace, yang juga jenama pertama untuk produk kenderaan komersial syarikat itu, ialah van komersial 18-kerusi dan 15-kerusi dengan ruang kabin luas dan siling tinggi yang dilengkapkan ciri keselesaan dan keselamatan mengikut keperluan pengguna Malaysia.

BACA >>> GO Auto-SIRIM Meterai MoU untuk Hasilkan R&D Bateri Kenderaan Elektrik di Malaysia

Berikut perincian serba ringkas mengenai Go Auto-Higer Ace:

VARIAN, HARGA & ENJIN

Didatangkan dalam 3 varian:

  • 3.0L DK5 (18 kerusi) 6MT – RM145,300
  • 3.0L DK5 (18 kerusi) 5MT – RM143,300
  • 2.0L DK4 (15 kerusi) 5MT – RM138,300

* 5/6MT – Transmisi Manual 5/6-kelajuan

Varian 3.0L didatangkan dengan transmisi manual 5 dan 6-kelajuan, manakala transmisi 2.5L cuma manual 5-kelajuan. Enjin prestasi tinggi dibangunkan berasaskan teknologi Jepun dengan memperkenalkan beberapa ciri menarik yang dijangka memenuhi keperluan pembeli tempatan.

Spesifikasi trenkuasa digunakan ialah enjin diesel 4-lejang, 16 injap DOHC Suntikan Terus, Pengecas Turbo, Intercooler, EGR dan CRDI (Common Rail Direct Injection). Kuasa dihasilkan untuk varian 3.0L ialah 148hp @ 3,400rpm dan tork 330Nm @2,000rpm dengan kelajuan maksimum 125kmj.

REKABENTUK ASAS, MODEN

Menampilkan rekabentuk tipikal van komersil dengan gril dan lencana ‘G’, serta diberikan elemen moden seperti lampu belakang kombi LED. Ruang dalaman cukup luas dan selesa dengan siling tinggi. Papan pemuka tampil ringkas dengan sunsun atur instrumen kawalan yang mudah dicapai, manakala stereng dan tombol gear diposisikan mengikut ergonomik pemandu.

Rekabentuk asas ini sesuai sebagai kenderaan rasmi syarikat untuk dijadikan bas sekolah, bas persiaran dan bas pekerja.

CIRI MENARIK

Antara ciri menarik Go Auto-Higer Ace ialah penyaman udara dwi kondenser yang ditambah baik dengan ventilator diletakkan di ruang depan, tengah dan belakang. Sistem pendawaian turut diperhalusi, manakala pintu gelungsur disediakan di kiri dan kanan van, termasuk penutup klac baharu yang ditambah baik. Alat ganti digunakan juga serasi dengan beberapa jenama Jepun.

Beberapa komponen penting ditambah baik seperti gandar depan dan belakang, trenkuasa dan kotak gear, sistem penyaman udara, klac, syaf propeler (boleh laras) dan sistem intercooler.

Kapasiti tangki ialah 70 liter, manakala sistem suspensi daripada jenis double wishbone independen (depan) dan spring leaf variabel (belakang) yang ditampung tayar 215/75R16C

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Suspensi Double Wishbone, Kenapa Lebih Superior?

KESELAMATAN ASAS

Ciri keselamatan ditawarkan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD), manakala tali keledar 3-poin disediakan untuk setiap kerusi.

WARANTI & PROMOSI

Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti asas:

  • 5 tahun/150,000km (persendirian), atau 3 tahun/100,000km (syarikat)
  • 3 tahun/150,000km – penutup klac
  • 3 tahun/150,000km –  kompresor penyaman udara.

Go Auto turut menawarkan perkhidmatan tundaan 24 jam yang boleh dihubungi menerusi talian hotline 03-7627 6516, dan servis sekuriti SOS untuk insiden kecemasan (percuma setahun).

Ada juga pilihan promosi menarik bernilai RM5,000 ditawarkan, berupa:

  • Servis percuma (hingga 10 kali atau 100,000km, termasuk ala ganti)
  • Tukar beli (bernilai RM5,000)
  • Aksesori (bernilai RM5,000)

Maklumat lanjut tentang Go Auto-Higer Ace boleh layari goautovan.com.my dan goauto.com.my, atau e-mel enquiry@goauto.com.my

GALERI

Dato' IR Mohamad Dalib Dato' SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Go Auto Go Auto Group Go Auto-Higer Ace GO Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GAM) Higer Ace Kenderaan Komersial Roda4 Van Komersial
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Sukan Permotoran

TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

17/03/2026
Auto Terkini

iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Unit Kenderaan Kini Atas Jalan

17/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

15/03/2026
Honda henti pengeluaran tiga model EV
Auto Terkini

Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

14/03/2026

2 Comments

  1. Junaidi bin Abdul Hamid on 29/12/2018 07:03

    Terbaik sgt2 kesemuanya adalah hak milik Junaidi bin Abdul Hamid

    Reply
  2. Ah Watt on 01/10/2019 01:03

    Hi Pandu Laju,

    Does the car can be customised for automatic transmission system?

    If yes, how much it will cost for?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.