Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#GMS2018: Nissan Juke (2018) Versi Facelift Kini Bergaya Crossover, Ekstra Personaliti
Roda4

#GMS2018: Nissan Juke (2018) Versi Facelift Kini Bergaya Crossover, Ekstra Personaliti

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN Juke dilancarkan sejak 2010, dan masih tiada tanda-tanda model generasi kedua bakal diperkenalkan. Nissan menerusi Juke setakat ini lebih selesa menampilkan model versi dipertingkat atau facelift dan edisi istimewa. Antaranya versi crossover segmen-B yang boleh dikatakan sudah menjadi trend klise diperkenalkan pengeluar automobil.

Begitu juga Juke (2018) yang muncul sempena Pameran Motor Geneva 2018 dengan ciri baharu dan rekabentuk dinaik taraf. Antaranya ialah gril V-motion krom gelap, bezel lampu utama, signal belok cermin sisi, dan 2 set rim baru berwarna.

Rupa luaran menyerlahkan kemasan berbeza pada bampar depan dan belakang, sil sisi pintu dan penutup cermin sisi, serta lampu kabus LED yang kini ditawar tanpa kos tambahan bermula varian Acenta ke atas. Akhir sekali, dua warna badan baharu: Vivid Blue (biru) dan Chestnut Bronze (coklat gelap).

PILIHAN KEMASAN

Ruang kabin pula menawarkan pembeli dengan dua pilihan warna untuk ekstra personaliti, Energy Orange (jingga) dan Power Blue (biru) sebagai tambahan kepada rupa hitam berkilat, kemasan kulit gred tinggi pada roda stereng, paparan maklumat white-on-black dan dua pembesar suara Bose yang dibina di sebalik perehat kepala pemandu.

Nissan Juke (2018) menampilkan 4 pilihan varian: Visia, Acenta, Bose Personal Edition dan Tekna. Paling basis ialah Visia yang didatangkan dengan penyaman udara, tingkap kuasa, tingkap kuasa, cermin sisi boleh laras elektrik, set audio dengan fungsi pemain cakera padat (CD) dan port auksiliari dan lampu siang (DRL) LED.

Varian Acenta pula ditambah ciri lampu kabus depan, Sistem Kawalan Dinamik Nissan (NDCS), penyaman udara automatik, sambungan USB dan Bluetooth, kawalan jelajah dan privasi pengehad kelajuan.

Sistem infotainment NissanConnect Infotainment pula menjadi ciri khas varian Bose Personal Edition yang disertakan bersama kamera undur, cermin sisi boleh lipat elektrik, stereo Bose, Kunci Pintar Nissan (NIK) dengan butang tekan-mula (push-start), kerusi semi kulit dan lampu utama automatik.

Akhir sekali ialah varian paling premium, Tekna yang menawarkan kerusi kulit penuh dengan ciri pemanas di tempat duduk depan, Monitor Pandang Keliling (AVM), Amaran Tukar Lorong (LDW) laluan dan Amaran Titik Buta (BSW).

Tempahan Juke 2018 bermula di Britain pada May ini.

SUMBER: CarScoops

Crossover crossover segmen-B GMS 2018 Nissan Nissan Juke Nissan Juke facelift (2018) Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2018 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.