Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»GIVI Lancar B33NM, B45NM Atlas yang Lebih Gaya dan Kuat, Harga Mula RM283
Aksesori

GIVI Lancar B33NM, B45NM Atlas yang Lebih Gaya dan Kuat, Harga Mula RM283

WahidBy Wahid20/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GIVI Asia Sdn Bhd melancarkan dua kotak (box) motosikal baharu, B33NM dan B45Nm, diberikan nama ‘Atlas’.

Jenama GIVI tidak asing lagi dengan penghasilan kotak motosikal, beg dan aksesori motosikal. Kotak motosikal GIVI memang dapat dilihat di mana-mana saja atas jalan raya Malaysia. Produk GIVI menjadi pilihan ramai penunggang kerana menawarkan produk yang tahan lasak, dan tahan lama serta ada pelbagai saiz serta rekabentuk.

Kedua-dua kotak motosikal Atlas baharu ini adalah produk evolusi daripada B42 Antartica yang dilancarkan tahun lalu dengan menawarkan beberapa ciri terbaik produk berkenaan seperti berikut:

  • ‘Atlas’ ialah nama watak Titan dalam legenda Yunani yang menjadi penjulang langit dan bumi. Justeru, kotak motosikal GIVI Atlas mahu menyatakan karakter rekabentuk yang kukuh.
  • Ada dua saiz: 33 liter dan 45 liter. Varian 45 liter boleh memuatkan dua helmet muka-penuh (full-face), manakala varian 33 liter boleh memuatkan sebuah helmet muka-penuh.
  • Dibuat daripada bahan polipropilena (polypropylene, PP) yang ekslusif kepada GIVI dan bukan gentian kaca atau plastik biasa.
  • Bahan PP GIVI mengandungi campuran bahan tahan sinaran ultraungu supaya tidak cepat lusuh dan kekal kalis air.
  • Panel pemantul cahaya besar, dipanggil Prismatic Reflective Insert yang julung kali dilancarkan pada B42 Antartica.
  • Jalur getah EPDM sekeliling kedua-dua bibir kotak (atas dan bawah) untuk tujuan kalis air. Ciri ini mula diperkenalkan pada B42 Antartica.
  • Sistem kunci Micro 3 diperbaharui supaya boleh ditutup rapat dan lebih kuat serta teguh.

Kota motosikal B33NM dan B45NM Atlas akan dibuat di kilang GIVI Asia Sdn Bhd di Bukit Beruntung, Selangor dan akan dieksport ke beberapa negara Asean dan dunia.

Produk baharu itu dilancarkan  pada 7 Disember lalu di Cameron Highlands yang mana staf GIVI berkonvoi motosikal bersama pihak media dari Ibu Pejabat GIVI Asia Sdn Bhd di Bukit Beruntung ke Tanah Rata untuk majlis pelancaran tersebut.

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn Bhd, On Hai Swee, dan Pengarah Operasi Luar Negara GIVI S.p.a, Joseph Perucca.

GIVI B33Nm dijual pada harga RM283, manakala GIVI B45NM berharga RM445. Harga adalah termasuk tapak pemasangan, tetapi tidak mounting dan akan berada di pasaran bermula Februari 2022.

aksesori Box GIVI GIVI Asia Sdn Bhd Kotak Barang Kotak Barang Motosikal Kotak Motosikal
Wahid

    Artikel Berkaitan

    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Kilang tayar Continental di Rayong, Thailand
    Aksesori

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental Thailand

    08/07/2026
    Kereta LEGO Technic 1:1 Koenigsegg Sadair's Spear pecah rekod LEGO saiz sebenar terpantas
    Roda4

    Kereta LEGO Technic 1:1 Koenigsegg Sadair’s Spear Pecah Rekod Di Goodwood

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.