Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#GIMS2017: Toyota Yaris GRMN (2018), Hot-Hatch Bukan Turbo, Tapi Supercharged 205hp!
Roda4

#GIMS2017: Toyota Yaris GRMN (2018), Hot-Hatch Bukan Turbo, Tapi Supercharged 205hp!

Han OthmanBy Han Othman19/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK mahu ketinggalan dalam memeriahkan lagi pasaran hot-hatch, Toyota Yaris GRMN turut melakukan debut di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017. GRMN ialah singkatan kepada Gazoo Racing Masters of Nürburgring yang merujuk kepada divisi permotoran Toyota.

Lupakan dahulu betapa tergeliat lidah mahu menyebutnya, tetapi model kompak ini dipekkan dengan kuasa pengecajlampau atau supercharged. Ya supercharged!

Ketika pengeluar lain sibuk melancarkan model-model turbo, Toyota dengan tenang memperkenalkan kereta prestasi pendesak-induksi (forced-induction) yang semestinya memiliki kelompok peminat tersendiri. Dipadukan bersama enjin 4-silinder sebaris 1.8L, Yaris GRMN dengan mudah mampu menghamburkan kuasa setinggi 205hp, lebih berkuasa daripada Ford Fiesta ST yang juga baru dilancarkan sempena GIMS 2017.

BACA >>> #GIMS2017: Ford Fiesta ST (2017) dengan Enjin 3-Silinder Akhirnya Tunjuk Muka

TERPANTAS DALAM KELAS?

Setakat ini tiada spesifikasi lengkap didedahkan, tetapi desas-desus mengatakan Yaris GRMN bakal memegang rekod masa terpantas dalam kelas bagi catatan 0-100kmj dan pecutan 80 – 120kmj dalam gear empat. Ini bermakna pecutan 0-100kmj mampu dicapai di bawah 6 saat!

Kuasa 1.8L supercharged dipadukan bersama sistem pacuan roda-depan (FWD) dengan kotak gear manual 6-kelajuan dan diferensial gelincir-terhad (LSD) Torsen. Berat kereta ditampung dan dijaga peredam Sachs dengan bar anti-oleng tipis, manakala sistem brek menggunakan kaliper 4-pot di depan.

Rupa luaran dicantikkan dengan set rim BBS 17-inci, bampar depan dan belakang baharu berserta spoiler belakang besar. Ruang kabin diberikan penampilan agresif dengan kerusi sporty, pedal aluminium dan roda stereng mengambil ilham rekabentuk GT86.

Bagaimanapun, hot-hatch ini hanya akan berada di pasaran pada awal tahun hadapan – 2018 dan debut di Geneva semestinya sekadar mahu membakar perasaan peminat-peminat Toyota dan pencinta mesin supercharged.

GALERI

SUMBER: Car Throttle

Gazoo Racing Masters of Nürburgring hot-hatch Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017 Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2017 pengecajlampau supercharged Toyota Toyota Yaris GRMN
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.