Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geram Dapat ‘Berita Buruk’ di Malaysia, Di Giannantonio Terus Jadi Juara GP Qatar 2023
Auto Terkini

Geram Dapat ‘Berita Buruk’ di Malaysia, Di Giannantonio Terus Jadi Juara GP Qatar 2023

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUARA GP Qatar 2023, Fabio Di Giannantonio mendedahkan beliau sebenarnya ada khabar ‘kurang baik’ mengenai karier MotoGP selepas tamat aksi GP Malaysia.

Di Giannantonio mencatat kemenangan pertama musim 2023 dengan mendahului perlumbaan ketika saingan berbaki empat lap, termasuk menewaskan juara dunia 2022, Francesco Bagnaia aka Pecco.

Bercakap mengenai kemenangan bermakna itu, Di Giannantonio berkata;

Momen tu memang luar biasa. Sekarang aku rasa relaks sikit sebab faham apa yang terjadi.”

Walaupun mencatat kemenangan sulungnya, Di Giannantonio dilaporkan bakal hilang tempat dalam saingan MotoGP musim depan. Pelumba Itali itu mengakui menerima berita ‘kurang enak’ yang menutup pintu kariernya sebagai pelumba.

Aku nak berlaku jujur dan cakap satu benda. Lepas (aksi) Malaysia, sesuatu tentang masa depan aku berlaku dan itu bukan benda bagus.

“Jadi, aku balik rumah dengan rasa cukup marah tapi dalam keadaan positiflah. Aku bagitau famili dan kawan-kawan aku, rasanya siap ulang cakap dua atau tiga kali. Aku nak menang kat Qatar.

“Kawan-kawan aku pesan, jangan cakap je. Pi sana dan terus usaha. Tapi aku cakap, tak… aku nak menang dan aku akan lakukannya. Memang kena buat betul-betul dan jadikannya nyata. Memang tak mudah tapi kami berjaya.”

Di Giannantonio menunjukkan prestasi hampir muncul juara beberapa kali sejak berakhir cuti musim panas, dan berjaya membuktikan dirinya masih berbakat dengan menewaskan Pecco yang sedang mendahului carta kutipan mata juara dunia MotoGP 2023.

Mengenai saingan gelaran dunia musim ini dan risiko, Di Giannantonio berkata;

Memang mencabar sebab dia juara dunia. Dia dah menang banyak race dan cukup bijak berdepan setiap situasi. Dia pun sedang buru kejuaraan dunia (musim ini). Jadi, aku kenalah hati-hati sikit.

“Apa yang pasti, aku bukan nak bertindak bodoh dan rosakkan race sesiapa. Aku tahu aku ada sesuatu (untuk dibuktikan). Tapi momen itu juga aku kesiankan dia sebab aku ambil mata daripada dia (Pecco). Tapi (masa itu), aku ada peluang untuk menang (kenapa tidak).”

SUMBER: Crash.net

Auto Terkini Ducati Fabio Di Giannantonio Francesco Bagnaia GP Qatar 2023 MotoGP 2023 Pecco roda2 sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Protected: iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.