Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geng Lelaki Naik Vios Larikan Ejen Jualan Kosmetik di Kelantan?
Auto Terkini

Geng Lelaki Naik Vios Larikan Ejen Jualan Kosmetik di Kelantan?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEKURANG-kurangnya tiga lelaki disyaki menculik dan melarikan seorang ejen jualan kosmetik dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Kelantan petang semalam.

Berita Harian melaporkan, mangsa dikenali sebagai Rosnazirah Mohd. Naim, 36 dan dilarikan kumpulan suspek kira-kira jam 4.10 petang menggunakan kereta jenis Toyota Vios.

Berdasarkan laporan akhbar berkenaan, salah seorang waris mangsa menyatakan tiga lelaki tersebut datang ke rumah tersebut dan salah seorang daripada mereka mengetuk pintu serta memberi salam.

Waris itu yang enggan dikenali mendakwa:

“Pintu dibuka mangsa dan lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi. Mangsa mengiyakannya lalu dia terus diheret keluar dan dimasukkan ke dalam kereta.”

Tiga lelaki itu didakwa menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada di dalam rumah. Mereka juga memberi ugutan jika mereka (waris mangsa cuba) buat apa-apa tindakan.

Kata waris itu:

“Bapanya yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta cuba menyelamatkannya, namun seorang daripada lelaki itu didakwa turut mengacu sebilah pisau ‘Rambo’ menyebabkan bapa mangsa berundur dan hanya mampu melihat anaknya dilarikan.”

Rosnazirah dikatakan dibawa ke arah Pengkalan Kubor iaitu kawasan sempadan negara. Suami mangsa bergegas ke situ namun gagal menemui isterinya.

Waris itu menambah:

“Ada penduduk setempat mendakwa nampak seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju negara jiran, Toyota Vios dinaiki mereka turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.

“Suami mangsa menjejaki isterinya ke negara jiran dan belum pulang sehingga hari ini. Apa yang kami tahu, Azi tiada musuh dan kami juga tidak menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan setakat ini.

“Tidak pasti jika ada yang tidak berpuas hati dengannya sepanjang dia menjalankan perniagaan kosmetik. Ibu dan bapa mangsa masih terkejut, bersedih dengan kejadian ini.”

Satu rakaman tular di media sosial menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa menunjukkan kejadian penculikan.

Berita Harian juga menyatakan Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan polis menerima laporan berkaitan kejadian itu dan sedang melakukan siasatan lanjut.

Orang ramai menasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.

SUMBER: Berita Harian

Kampung Semat Jal Rosnazirah Mohd. Naim Toyota Vios
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.