Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely, Shell Sambut Hari Jadi ke-12 Tahun!
Auto Terkini

Geely, Shell Sambut Hari Jadi ke-12 Tahun!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JENAMA minyak pelincir terkenal dunia, Shell meraikan ulang tahun ke-12 kerjasama dengan Geely Auto yang terjalin sejak 2007 dalam pembangunan bendalir untuk kenderaan Geely.

Dua syarikat konglomerat itu bukan saja saling bekerjasama dalam bidang kejuruteraan, tetapi turut membabitkan rantaian bekalan, perkhidmatan dan sukan pemotoran.

Pada 2016, jenama Shell Helix menjadi produk minyak pelincir terlaris  untuk model Geely  Boyue dan Binyue. Malah, Geely mensasarkan menjual 2 juta unit kenderaan menjelang 2020 dan berkembang pada tahun mendatang.

Pada Jun 2018, Shell dan Geely menandatangani perjanjian perkongsian strategik global melibatkan kerjasama yang bukan hanya tertumpu kepada minyak pelincir. Shell turut memainkan peranan utama dalam membantu Geely mencapai matlamat jualan 2 juta kenderaan tahun depan.

BACA >>> Geely XingYue Lancar di China, Dibina Atas Platform Volvo XC40 dengan Ciri Imbas Wajah

Selain itu, Shell juga menyokong peralihan pengeluar automotif China itu dalam usaha menjadi peneraju jenama tenaga baharu di bawah inisiatif Blue Geely menerusi gabungan teknologi termaju secara bersama.

PROTON X70 GUNA MINYAK SHELL HELIX

Dalam perkembangan lain, model Geely Boyue yang dijana enjin 1.8 TGDi dan mendapat perlindungan Shell Helix, sudah terjual 500,000 unit seluruh dunia sejak Mac 2016.

Boyue juga menjadi model kenderaan utiliti sukan (SUV) paling laris di Malaysia di bawah nama Proton X70. Malah, model SUV subkompak, Binyue (calon SUV kedua Proton dengan nama X50), dengan enjin 3-silinder 1.5L pengecas turbo turut dan menggunakan Shell Helix juga bakal mencatatkan kejayaan sama.

Pengurus Besar Minyak Pelincir Shell Malaysia dan Singapura, Baljit Singh berkata, Shell gembira dengan pertumbuhan pesat Geely dan berbangga menjadi pembekal minyak kitaran penuh, awal dan selepas jualan.

BACA >>> Sumber: Proton X50 Akan Lancar Ogos 2020, Dipasang Sepenuhnya di Tanjung Malim

“Kami berhasrat  mengukuhkan kerjasama global dan tempatan bersama Geely dengan membantu pertumbuhan jenama itu seiring pengenalan lebih banyak lagi model Geely di pasaran,” katanya.

JENAMA TERATAS MINYAK ENJIN PCMO

Kerjasama jangka panjang Shell dan Geely dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga menyumbang kepada kedudukan teratas Shell Helix sebagai jenama minyak enjin sintetik kelikatan rendah dalam segmen minyak motor kereta penumpang (PCMO).

Rangkaian Shell Helix sintetik premium dengan Teknologi PurePlus menyerlah berbanding jenama lain kerana menggunakan minyak asas-gas semula jadi ultra bersih yang membersihkan enjin dari dalam untuk operasi kerja lebih baik, penjimatan bahan bakar dan jangka hayat enjin lebih lama.

BACA >>> Shell Malaysia Jalin Kerjasama dengan KPDNDHEP untuk Banteras Produk Tiruan

GALERI
Auto Terkini Baljit Singh kerjasama shell dan geely Minyak Pelincir Shell Shell Geely Shell Helix Shell Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.