Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Gaduh Tarik-Tarik Rambut Punca Myvi Panjat Bukit?
Auto Terkini

Gaduh Tarik-Tarik Rambut Punca Myvi Panjat Bukit?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Myvi sekali lagi mencuri tumpuan netizen selepas tular satu klip video di TikTok memaparkan kereta itu tersadai di lereng berbukit di tepi sebatang lebuh raya. Klip video itu ditonton lebih 279,200 kali di TikTok sejak dua hari lalu.

Seorang saksi sempat melihat kejadian itu dan berkongsi kisah insiden tersebut berlaku.

Mohd Kuzairie Abdullah, 31, memberitahu portal mStar, Myvi tersebut melepasi pembahagi jalan dan naik ke atas bukit di salah satu simpang Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Jalan Genting Klang, Isnin lalu.

@tankeryrvoverboost

Baru jadi 25minit td….depan mata tgk die naik atas tu😂,sempat pegang kete die,suruh keluar dlu…takut jatuh je…mangsa selamat xde pape….

♬ original sound – tankeryrvoverboost – tankeryrvoverboost

Mohd Kuzairie berkata;

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 petang, ketika itu saya dari Selayang baru lepas hantar kawan nak ambil kereta di Batu Caves. Nak masuk ke simpang MRR2 ada lampu isyarat dan saya menghala ke Jalan Genting Klang, ketika itulah saya tengok ada sebuah Myvi naik ke divider sebelah kiri terus ‘mendarat’ atas bukit.”

Berdasarkan laporan, pemandu Myvi itu seorang perempuan dan penumpang lelaki dapat keluar tanpa mengalami kecederaan serius.

Kereta Proton Waja depan saya pun nampak kejadian, kami berdua berhentikan kereta di tepi jalan. Cuma saya sempat rakam sikit sebelum berlari ke arah kereta Myvi tu.

“Dalam kereta, ada seorang pemandu perempuan dan penumpang lelaki di sebelahnya (yang) saya agak lingkungan umur 20-an. Gadis tu panik sebab keretanya tersekat di bahagian bukit curam.

BACA >>> Isu Gandar Belakang Tercabut Hingga Sebabkan Kemalangan, Ini Jawapan Perodua!
BACA >>> Angkara Google Maps, Pengantin Lelaki Silap Hantar Hantaran ke Rumah Orang Bertunang

Bila tengok gadis tu tengah menangis terkejut, saya pun tak berani tanya lebih-lebih, yang penting mereka selamat. Jadi saya tolong pegang bahagian tingkap pemandu dan suruh dia tarik hand-brake serta matikan enjin. Kemudian minta mereka keluar perlahan-lahan.”

Polis dan beberapa anggota tentera tiba kira-kira 10 minit kemudian, beberapa individu lain turut datang membantu. Khabarnya, ada trak tunda mengalihkan Myvi berkenaan.

Berdasarkan laporan sama, Mohd Kuzairie sempat bertanya pemilik Waja di depannya sama ada beliau saksikan apa-apa sebelum insiden berlaku.

Lelaki itu kata berlaku pergaduhan antara pemandu dan penumpang tersebut, sampai tarik-tarik rambut. Apa-apa pun, Alhamdullilah tak ada yang tercedera.

“Tapi memang terbuktilah Myvi power walaupun bahagian bumper depan pecah dan rim kelihatan bengkok. Cuma saya nak pesan lepas ini pandulah kereta elok-elok, walau ada masalah sekalipun. Cari dahulu tempat yang selamat untuk berhenti, sebab bahaya ini tak kira tempat atau masa,” katanya.

BACA >>> Perodua Myvi (2020) Perkenal Warna Baharu, ASA 2.0 Kini untuk 1.3 X, 1.5 H
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Saya Tidak Boleh Pecut Macam Biasa?
BACA >>> Fiat 850 Selamba Naik Bukit dengan Enjin Kawasaki Ninja ZX-12R Berkuasa 178hp!

SUMBER: MStar

Mohd. Kuzairie Abdullah Myvi Naik Bukit Myvi Panjat Bukit Myvi tersangkut atas bukit Perodua Myvi Perodua Myvi viral Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.