Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Frascella Jadi Ketua Pereka Baharu Audi! Pernah Berkhidmat di Ford, Kia dan Jaguar Land Rover
Auto Terkini

Frascella Jadi Ketua Pereka Baharu Audi! Pernah Berkhidmat di Ford, Kia dan Jaguar Land Rover

Abang HirataBy Abang Hirata09/04/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAMI di PanduLaju kerap melaporkan tentang perlantikan pereka terkenal ke syarikat Korea Selatan dan kali ini lain pula pergerakannya. Massimo Frascella, 52, dilantik sebagai Ketua Rekabentuk Audi Design.

Bermula 1 Jun tahun ini, beliau dijadual menggantikan Marc Lichte yang bakal menggalas tugas baharu dalam Kumpulan.

Massimo Frascella

Frascella ialah alumni Istituto d`Arte Applicata & Design di Turin, Itali yang memulakan kerjaya di Stile Bertone dan selepas itu di Ford Motor Company dan Kia.

Sejak 2011, Frascella memegang jawatan utama di Jaguar Land Rover (JLR) dan jawatan terakhir sebagai Ketua Rekabentuk untuk kedua-dua jenama.

Range Rover Sport (2014)
Range Rover Velar (2017)

Bersama JLR beliau terlibat dalam penghasilan beberapa model seperti Ranger Rover Discovery Sport (2014), Discovery (2016), Velar (2017), Evoque (2019) dan Defender. Dari segi falsafah, Frascella mementingkan keringkasan.

Keringkasan ialah teras dalam pendekatan saya dalam rekabentuk. Saya begitu berminat menghasilkan rekabentuk yang bebas daripada hiasan berlebihan dan bukan mengikut trend semata-mata.

“Kami akan bergantung kepada bahasa rekabentuk yang abadi (timeless) dan sofistikated,” kata Frascella.

Apa dikongsikan beliau dapat dilihat pada model di atas yang menggabungkan kedua-dua unsur dan membentuk identiti tersendiri untuk Land Rover.

Bersama Frascella, Audi kini menetapkan hala tuju model generasi baharu. Pada tahun mendatang, sejumlah inovasi teknologi akan mengubah bentuk dan fungsi merentasi semua segmen kenderaan.

Berdasarkan faktor tersebut, Audi menstrukturkan semula jabatan rekabentuk yang kini melapor terus kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Pengurusan. Walaupun bertukar ketua, Audi masih mahu mengekalkan mantra Vorsprung durch Technik yang mesti kelihatan secara jelas dan ketara pada bahagian dalaman dan luaran model baharu.

Marc Lichte

Sementara itu, Marc Lichte yang mengetuai Audi Design sejak 2014 menjalankan tugas dengan cemerlang. Beliau dilahirkan pada 1969 di Arnsberg/Sauerland, Jerman, dan mengetuai Studio Rekabentuk Luaran Audi Volkswagen AG sebelum menyertai Audi.

Di bawah beliau, Audi melahirkan model rekabentuk hebat dan juga model elektrik seperti e-tron, e-tron GT dan siri Q4. Audi kini berada pada kemuncak rekabentuk dan menarik untuk diperhatikan arah baharu selepas ini.

Marc Lichte
Massimo Frascella
Massimo Frascella
Audi Audi Design Auto Terkini Marc Lichte Massimo Frascella
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.