Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Foshan Tawar Tiga Model Streetbike Bajet Gaya ‘Yamaha MT’, Harga Serendah RM3.2k!
Roda2

Foshan Tawar Tiga Model Streetbike Bajet Gaya ‘Yamaha MT’, Harga Serendah RM3.2k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA beberapa pengeluar motosikal China memilih jalan mudah memperkenalkan motosikal baharu menerusi produk klon dengan memplagiat model popular di pasaran, sama ada jenama Jepun atau Eropah.

Terbaharu, Foshan Muci Motorcycles (Foshan) membuat kejutan dengan memperkenalkan Foshan MT yang dipercayai mirip streetbike Yamaha MT-15.

BACA >>> Yamaha MT-15 (2022) Malaysia Kini Berwarna Baharu, Harga RM12.2k!
BACA >>> Klon Ducati Monster, Dayun STS 400C (2022) di Pasaran China, Harga RM17k Sahaja!

Antara rekabentuk Yamaha MT-15 yang dapat dikesan pada Foshan MT adalah gaya badan agresif, lampu projektor LED di tengah dengan padanan lampu siang (DRL) LED. Malah, lekuk badan juga tidak jauh berbeza dengan produk Yamaha itu.

Foshan menawarkan tiga pilihan trenkuasa untuk siri MT itu, iaitu 150cc, 200cc dan 250cc dengan output kuasa mengikut kapasiti enjin seperti berikut:

  • 150cc – 11.39hp, 11.5Nm, kelajuan maksimum 100kmj
  • 200cc – 12.8hp, 13.6Nm, kelajuan maksimum 110kmj
  • 250cc – 16.7hp, 16.5Nm, kelajuan maksimum 125kmj

PERINCIAN

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal penyejukan udara, manakala transmisi klac manual 5-kelajuan untuk varian 150 dan 200 (manual 6-kelajuan untuk MT-250).
  • Dimensi panjang 1,955mm, lebar 740mm, dan tinggi 1,040mm, manakala jarak roda 1,350mm.
  • Berat kering 138kg. Jarak lega bumi 140mm, tinggi pelana 810mm dan kapasiti tangki minyak 11.5 liter.
  • Rim 17 inci dengan tayar 90/90 (depan), 120/80 (belakang).
  • Model 150 dan 200 dilengkapi sistem penghidup tekan dan penendang kaki, manakala varian 250 cuma ada penghidup tekan.
  • Semua siri ‘MT China’ menggunakan panel meter digital penuh dengan paparan spidometer, odometer, bar petrol dan beberapa maklumat lain.
  • Menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda tanpa Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Foshan MT ditawarkan pada harga asas antara 4,882 yuan–5,885 yuan (RM3,210-RM3,870) untuk pasaran China.

BACA >>> Klon BMW S1000RR Buatan China Ini Cuma Berharga RM8k!
BACA >>> Set Fork USD Honda CBR150R (2021) di Indonesia Harga RM1.2k, Tak Mahal Sangat?
BACA >>> Motosikal Klon Ducati Panigale V4, Streetfighter V4, Sepantas 119kmj!

SUMBER: CCCME | BikeWale | MIC

Foshan MT-125 Foshan MT-150 Foshan MT-200 Foshan MT-250 Foshan Muci Motorcycles (Foshan) roda2 Yamaha MT-15
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.