Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Mustang GTD (2025) dengan Kuasa Ekstrem Lebih 800hp yang Sah Dipandu Atas Jalan
Roda4

Ford Mustang GTD (2025) dengan Kuasa Ekstrem Lebih 800hp yang Sah Dipandu Atas Jalan

Abang HirataBy Abang Hirata05/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK pasti apa merasuk Ford hingga begitu fokus dalam membangunkan beberapa model Mustang untuk litar dan jalan raya.

Persaingan pengeluar Eropah dan Jepun juga hebat dengan pelbagai model sport. Contoh mudah, lihatlah Nissan GTR mampu dikenali anak kecil walaupun lebih sedekad di pasaran.

Terbaharu, Ford memperkenalkan Mustang GTD (2025) yang dirancang pada 2021 bagi menyaingi kereta sport terbaik Eropah. Kereta ini juga dibangunkan untuk menjadi Mustang jalanan terpantas.

Ford Mustang GTD (2025) diilhamkan daripada Mustang GT3 yang akan bersaing dalam perlumbaan Le Mans tahun depan.

Kereta ini direka dan dibangunkan sebagai projek kerjasama antara Ford dan Multimatic yang juga terlibat dalam pembangunan Mustang GT3, Mustang GT4 dan Ford GT yang pernah memenangi perlumbaan Le Mans.

Siri Mustang kini terdiri daripada Mustang GT4, Mustang GT3, Mustang Dark Horse R dan ada beberapa lagi varian akan diperkenal.

Nama GTD merujuk kepada kelas GTD dalam siri perlumbaan Persatuan Sukan Permotoran Antarabangsa di Amerika Utara (IMSA) dan mengikut peraturan teknikal GT3 FIA.

Enjin 5.2L V8 menggunakan supercas yang dibikin khas dengan salur masuk udara kembar dan sistem minyak enjin takungan kering. Komponen itu kali pertama digunakan Mustang jalanan yang penting bagi memastikan enjin sentiasa menerima pelinciran ketika pemanduan berprestasi di selekoh.

Ford tidak mendedahkan angka terperinci selain sasaran lebih 800hp dan kelajuan enjin maksimum (redline) lebih 7,500rpm. Ford juga mensasarkan catatan masa kurang 8 saat di litar Nürburgring.

Bagi mendapatkan deruman bunyi lebih garang, pelanggan ditawarkan sistem ekzos titanium dengan injap aktif. Semua kuasa enjin dihantar ke roda belakang melalui aci pacu (driveshaft) gentian karbon dan transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan pada gandar belakang (rear transaxle) untuk nisbah 50:50 depan dan belakang.

Aspek pengendalian, Ford Mustang GTD (2025) dilengkapi suspensi semi aktif dengan spring boleh laras ketinggian.

Tetapan tersedia juga membolehkan kereta ini diturunkan 40mm dalam Mod Litar yang secara keseluruhan, ukuran trek hampir empat inci lebih lebar daripada Mustang GT.

Lengan suspensi depan jenis pendek-panjang meningkatkan ketegaran sisi (lateral) dan kinematik, terutama ketika melalui selekoh dengan daya G tinggi.

Cengkaman atas jalan dan kestabilan selekoh disumbang tayar depan dengan lebar 325mm seperti tayar belakang Ford GT. Tayar belakang pula lebih lebar dengan ukuran 345mm.

Tayar lebar itu dipasang pada rim aluminium tempa 20 inci atau rim pilihan magnesium tempa. Di sebalik roda, brek karbon seramik Brembo memainkan peranan optimum untuk penyingkiran haba. Haba brek belakang diuruskan saluran penyejukan yang dipasang pada bawah suspensi belakang.

Teknologi elektronik turut membantu, Ford Mustang GTD (2025) dilengkapi Kawalan Traksi Variabel (VTC) dalam Mod Litar yang pertama seumpamanya untuk model Ford. Pelarasan boleh dibuat tanpa tangan dialih daripada stereng untuk tetapan mengikut pemanduan.

Dari segi rekabentuk, Ford Mustang GTD memang menyerlah dengan komponen aerodinamik seperti spliter depan, bonet dan fender berliang. Pelanggan juga ditawarkan sayap belakang aktif kawalan hidraulik pada pilar-C.

Sejumlah panel badan dibuat daripada gentian karbon untuk mengurangkan berat. Fender, bonet, penutup but, skirt sisi, spliter depan, difuser belakang dan bumbung juga daripada gentian karbon. Turut ditawarkan bahagian depan dan belakang daripada gentian karbon.

Jika tidak memadai, Ford menawarkan pakej aerodinamik lengkap dengan panel aerodinamik bawah kereta gentian karbon dan kepak depan kawalan hidraulik. Kepak itu berfungsi menguruskan aliran udara untuk keseimbangan aerodinamik dan beroperasi bersama sayap belakang aktif.

Ruang but diisi suspensi semi aktif, sistem kawalan hidraulik dan sistem penyejukan gandar dengan penutup but ala kereta lumba dengan dua skup udara.

Ruang kabin dibalut material premium seperti sued Miko bersama kulit dan gentian karbon. Pelanggan ditawarkan pedal gear, tombol dan plat siri daripada komponen titanium Lockheed Martin F-22 terpakai yang dihasilkan menggunakan cetakan tiga dimensi (3D).

Kerusi sport Recaro dibuat untuk kegunaan hari litar dengan kerusi belakang ditanggal untuk mengurangkan berat dan ruang simpanan barang.

Walaupun dikeluarkan dalam jumlah terhad, Ford terbuka dengan menawarkan sebarang warna seperti contoh diberikan pelanggan. Ford Mustang GTD ialah kereta yang hampir menyamai jentera lumba GT3 dan sah digunakan atas jalan.

Harga jangkaan bermula AS$300,000 (RM1.4 juta) dan pemasangan bermula di Kilang Pemasangan Ford Flat Rock sebelum dihantar ke Multimatic di Markham, Kanada untuk disiapkan.

Ford Mustang GTD dijangka tersedia penghujung 2024 atau awal 2025.

BACA >>> Ford Ranger Platinum (2023), Siri Ranger Mewah Enjin V6 Turbodiesel untuk UK, Harga RM235k!
BACA >>> Ford Focus ST Track Pack (2023) – Pakej Prestasi Berkuasa 278hp, 420Nm, Trasmisi Manual!
BACA >>> Ford Mustang Dark Horse (2023) Baharu, Mustang Prestasi Tinggi dengan Kuasa 500hp!

Ford Ford Mustang Ford Mustang GTD Ford Mustang GTD (2023) Multimatic Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.