• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Focus ST Track Pack (2023) - Pakej Prestasi Berkuasa 278hp, 420Nm, Trasmisi Manual!

Ford Focus ST Track Pack (2023) - Pakej Prestasi Berkuasa 278hp, 420Nm, Trasmisi Manual!

October 3, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM kehangatan hatchback GR Corolla dan Civic Type R, Ford tampil mengingatkan peminat tentang hatchback buatannya, iaitu Focus ST yang kini ditawarkan dalam Track Pack.

Focus ST Track Pack (2023) dibangunkan divisyen Ford Performance dan diuji secara ekstensif di medan ujian Ford dan Nürburgring Nordschleife, Jerman. Varian ini ditawarkan eksklusif untuk Focus ST dengan transmisi manual 6-kelajuan bagi mengoptimumkan berat dan hubungan dengan pemandu.

Focus ST dijana enjin 2.3L EcoBoost (sama seperti Mustang 2.3L) berkuasa 278hp @ 5,500rpm dan tork 420Nm dari @ 3,000-4,000rpm. Enjin itu menggunakan pengecas turbo jenis twin-scroll dengan teknologi antijeda.

Satu lagi ciri Focus ST ialah keupayaan anjakan flat (flat shift) untuk menahan terotel ketika klac dilepaskan apabila gear dianjak naik.

Diferensial Gelincir Terhad elektronik (eLSD) pula mengaktifkan klac secara hidraulik bagi mengagihkan hingga 100 peratus daya tork yang ada kepada roda untuk respons terhadap gelinciran. Sistem ini berfungsi lebih pantas dan tepat berbanding LSD mekanikal dan melaraskan daya tork awal berdasarkan input enjin dan sensor kereta.

Pemandu juga boleh memanfaatkan Mod Pandu untuk melaras eLSD, pemetaan terotel, stereng kuasa bantuan elektronik dan ciri Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) supaya sesuai kondisi pemanduan.

Mod Track memberikan respon lebih jitu dan kebebasan dalam sistem ESC untuk pemandu. Sesuai dengan nama Track Pack, Ford menumpukan kepada ketangkasan model ini untuk aksi pemanduan berprestasi dan di litar.

Berikut ciri Ford Focus ST Track Pack:

  • Set suspensi dibangunkan khas bersama KW Automotive.
  • Perumah damper daripada keluli tahan karat.
  • Sistem suspensi boleh dinaikkan 12-tetapan dan lantunan 16-tetapan.
  • Spring dengan ketegaran hingga 50 peratus lebih kaku.
  • 10mm lebih rendah berbanding Focus ST standard.
  • Pusat graviti (CoG) lebih rendah untuk mengurangkan olengan badan, dan lebih tantas ketika menukar laluan.
  • Ketinggian kereta boleh direndahkan hingga 15mm.

  • Cakera brek 363mm di depan (saiz asal 330mm) dengan kaliper brek  4-piston Brembo.
  • Rim aloi 19 inci flow form, 10 peratus lebih ringan daripada versi standard, membantu sentuhan tayar dan cengkaman untuk pecutan, pembrekan dan selekoh optimum.
  • Tayar khas Pirelli P Zero Corsa.
  • Warna hitam kilat Agate Black untuk komponen luaran seperti bumbung, bahagian atas gril depan, cermin sisi, sayap bampar depan, spoiler, difuser dan rim aloi.
  • Aksen hitam pada logo ST menggantikan warna krom pada model standard.
  • Warna badan Agate Black (hitam), Fantastic Red (merah), Frozen White (putih), Magnetic and Mean Green (hijau) khusus untuk ST.

Tempahan Focus ST Track Pack kini dibuka untuk pelanggan Eropah di Austria, Belgium, Republik Czech, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Ireland, Portugal, Romania, Sepanyol, Switzerland dan Britain.

Sebagai makluman, Ford Focus generasi keempat tidak ditawarkan di banyak negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan rantau lain seperti Amerika Selatan dan Asean. Penghantaran pertama Focus ST Track Pack dijadual bermula November depan.

BACA >>> Ford Mustang Dark Horse (2023) Baharu, Mustang Prestasi Tinggi dengan Kuasa 500hp!
BACA >>>Ford Pro Electric SuperVan Ini Berkuasa 2,000hp, Mampu Pecut 0-100kmj Bawah 2 Saat!

Ford Focus ST Track Pack 2022.02
Ford Focus ST Track Pack 2022.03
Ford Focus ST Track Pack 2022.04
Ford Focus ST Track Pack 2022.05
Ford Takes Focus ST Driving to the Next Level with Adjustable Tr
Ford Takes Focus ST Driving to the Next Level with Adjustable Tr
Ford Takes Focus ST Driving to the Next Level with Adjustable Tr

Artikel Berkaitan

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Focus, Ford Focus ST, Ford Focus ST Track Pack, hatchback, hot-hatch, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my