Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Everest 2026 Baharu Lancar di Malaysia dalam Tiga Varian, Harga Mula RM316,888
Roda4

Ford Everest 2026 Baharu Lancar di Malaysia dalam Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

SyafieBy Syafie09/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion-Ford)  melancarkan tiga varian Ford Everest 2026 baharu: Ford Everest Platinum 3.0L V6 Turbo Diesel, Ford Everest Platinum 2.0L dan Ford Everest Sport 2.0L.

Dilancarkan sempena Sime Motors Expo 2026, pengenalan tiga model tersebut adalah antara peluasan terbesar rangkaian Ford Everest di Malaysia, yang menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang mahukan kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi untuk kegunaan keluarga, gaya hidup dan pengembaraan.

Ford Everest Platinum 3.0L – Everest Paling Berkuasa di Malaysia

Ford Everest Platinum 3.0L 2026

Sebagai model paling premium dalam barisan Everest, Ford Everest Platinum 3.0L didatangkan dengan enjin diesel V6 turbo 3.0L yang menghasilkan output kuasa 250ps @ 3,250rpm dan tork 600Nm @ 1,750 – 2,000rpm.

Hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik 10-kelajuan bersama sistem pacuan empat roda sepenuh masa (Full-Time 4WD) yang mampu mengagihkan tork secara pintar bagi meningkatkan cengkaman, kestabilan dan kawalan dalam pelbagai situasi pemanduan.

Ford Everest Platinum 3.0L 2026
Ford Everest Platinum 3.0L 2026

Spesifikasi utama Ford Everest Platinum 3.0L:

  • Enjin 3.0L V6 Turbo Diesel
  • Output kuasa 250ps, dan tork 600Nm
  • Transmisi automatik 10-kelajuan
  • Sistem pacuan empat roda sepenuh masa Full-Time 4WD
  • Lampu utama LED Matriks
  • Lampu siang (DRL) C-Clamp
  • Rim aloi 21 inci
  • Kerusi tujuh penumpang
  • Kerusi baris ketiga boleh lipat elektrik
  • Unit infotainmen skrin sentuh Ford SYNC® 4A 12 inci
  • Konektviti telefon pintar wayarles

Dari segi penampilan, Ford Everest Platinum 3.0L menampilkan gril eksklusif bersama tulisan ‘PLATINUM‘ hitam, selain pilihan warna Acacia Green, Meteor Grey dan Absolute Black.

Ford Everest Platinum 2.0L Tawar Kemewahan, Praktikaliti

Ford Everest Platinum 2.0L 2026
Ford Everest Platinum 2.0L 2026

Bagi pelanggan yang mahukan pengalaman SUV premium dengan kos pemilikan lebih rendah, Ford turut memperkenalkan varian Everest Platinum 2.0L.

Varian itu menggunakan enjin diesel turbo 2.0L yang menghasilkan output kuasa 170ps dan tork 405Nm, dengan transmisi automatik SelectShift 10-kelajuan dan sistem pacuan empat roda separuh masa (Part-Time 4WD) serta fungsi Electronic Shift-On-The-Fly (ESOF).

Spesifikasi utama Ford Everest Platinum 2.0L:

Ford Everest 2026

  • Enjin 2.0L Turbo Diesel
  • Output kuasa 170ps, dan tork 405Nm
  • Transmisi automatik 10-kelajuan
  • Sistem ESOF 4WD
  • Lampu utama LED Matriks
  • Lampu siang (DRL) C-Clamp
  • Rim aloi 20 inci
  • Unit infotainmen skrin sentuh Ford SYNC® 4A 12 inci
  • Konektiviti telefon pintar wayarles

Pilihan warna: Acacia Green, Meteor Grey, Arctic White dan Absolute Black.

Ford Everest Sport 2.0L Lebih Lasak, Bergaya

Bagi mereka yang mengutamakan gaya sporty dan keupayaan pemanduan pelbagai permukaan jalan, Ford Everest Sport 2.0L hadir dengan karakter lebih agresif.

Ia masih menggunakan enjin diesel turbo 2.0L berkuasa 170ps dan tork 405Nm, tetapi kini menerima enam mod pemanduan termasuk mod Sand (pasir) dan Mud/Ruts (lumpur/tidak rata) untuk pemanduan off-road yang lebih yakin.

Spesifikasi utama Ford Everest Sport 2.0L:

  • Enjin 2.0L Turbo Diesel
  • Output kuasa 170ps dan tork 405Nm
  • Transmisi automatik SelectShift 10-kelajuan
  • Sistem ESOF 4WD
  • Enam mod pemanduan
  • Mod Sand dan Mud/Ruts
  • Rim aloi 20 inci
  • Kerusi dwiwarna gaya sport
  • Lampu utama LED
  • Lampu siang (DRL) C-Clamp

Pilihan warna: Command Grey, Lightning Blue, Arctic White dan Absolute Black.

Tempahan Dibuka, Servis Percuma Dua Tahun

Ford Everest 2026

Ketiga-tiga varian Ford Everest 2026 baharu kini dibuka untuk tempahan di semua pengedar sah Ford seluruh negara pada harga bermula RM316,888.

Sempena pelancaran, pelanggan yang membuat pembelian mana-mana varian Ford Everest 2026 baharu sepanjang Jun 2026 akan menikmati tawaran awal (early bird) berupa servis percuma dua [2] tahun.

Selain itu, pembeli juga layak menyertai kempen Ford Fuel Rush Bonanza yang berlangsung sehingga 30 Jun 2026 dengan peluang memenangi bekalan bahan api percuma setahun dan pelbagai hadiah menarik lain.

Ford Everest 2026
Ford Everest Platinum 3.0L 2026
Ford Everest Platinum 3.0L 2026
Ford Everest Platinum 3.0L 2026
Ford Everest Platinum 2.0L 2026
Ford Everest Platinum 2.0L 2026
Ford Everest 2026
Ford Everest 2026
4x4 Auto Terkini Everest Platinum 2.0L Everest Platinum 3.0L V6 Turbo Diesel Everest Sport 2.0L Ford Everest Ford Everest 2026 Baharu Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Sime Darby Auto ConneXion-Ford
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.