Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ford dan VW Jalin Kerjasama, Bakal Bergabung Keluarkan Trak Pikap dan Van
Auto Terkini

Ford dan VW Jalin Kerjasama, Bakal Bergabung Keluarkan Trak Pikap dan Van

Abang HirataBy Abang Hirata17/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKARANG ada banyak isu pelik dan sudah biasa jadi kecaman netizen. Projek pelik dan mengundang reaksi kecaman itu ialah perkongsian model antara dua pengeluar atau kumpulan automotif. Antara contoh pengeluar yang selalu jadi ‘bahan’ ialah Proton dan kedua, pun Proton.

Lagi pelik, pengeluar gergasi seperti Daimler boleh pula bekerjasama dengan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi dalam menghasilkan trak pikap. Bertambah tidak masuk akal, Toyota yang gah dengan skala ekonomi besar turut menjalinkan kerjasama dengan BMW untuk mengeluarkan Supra (2020) baharu.

BACA >>> Toyota Supra (2020) Akhirnya Debut di Detroit, Lihat 71 Foto Menarik

VOLKSWAGEN-FORD JALIN KERJASAMA

Terkini, satu lagi gergasi automotif dunia, Volkswagen AG (VW) mengumumkan perjanjian rasmi dengan Ford Motor Company. Fakta ini membuktikan perkongsian dan kerjasama ialah strategi paling ampuh untuk memberikan nafas baharu dalam industri automotif masa kini.

Hakikatnya perkongsian dan kerjasama dua atau lebih pengeluar berbeza sudah lama dipraktikkan dalam industri automotif. Sebagai jenama ‘purist’, terutama sekali milikan nasional, hakikat itu semestinya pahit ditelan. Namun, apa boleh buat, pasaran semakin sengit dan syarikat perlu terus menjana keuntungan untuk survival.

BACA >>> Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia, Cuma 3 Hari dari Dakar ke Moscow Pandu Volkswagen Amarok

Kerjasama Volswagen-Ford itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) VW, Dr Herbert Diess dan CEO Ford, Jim Hackett. Projek pertama dua pengeluar itu ialah van komersial dan pikap saiz sederhana untuk pasaran global, bermula 2022.

Sekarang, VW memasarkan van komersial seperti Caddy, Crafter dan Transporter, manakala Ford pula mempunyai siri van Transit. Bagi trak pikap saiz sederhana, VW mempunyai Amarok, manakala Ford tidak lain tidak bukan, Ranger dengan memiliki reputasi yang cukup kukuh dan popular.

Kerjasama itu bakal membolehkan VW dan Ford mencapai skala dan kecekapan besar selain dapat berkongsi pelaburan dalam pembuatan kenderaan. Lebih ke hadapan, VW dan Ford menganggarkan kerjasama itu akan menjana keuntungan operasi sebelum cukai tahunan lebih baik, bermula 2023.

BACA >>> #PanduUji: Si Ranggi Kota Ford Ranger XLT+ yang Bukan Klise

Malah, hubungan ini tidak terhad kepada pengeluaran van dan trak pikap sahaja, kedua-dua syarikat turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang seperti kenderaan autonomi, khidmat mobiliti, dan kenderaan elektrik (EV).

VW dan Ford juga terbuka untuk menambah model kerjasama pada masa depan dan ia akan dimaklumkan dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

Berikut fakta dan butiran tentang kerjasama VW-Ford:

  • Tidak melibatkan pemilikan bersilang antara kedua-dua syarikat.
  • Akan diselia jawatankuasa bersama diketuai Hackett dan Diess.
  • Ahli jawatankuasa ialah eksekutif kanan kedua-dua syarikat.
  • Jumlah kenderaan ringan komersil VW dan Ford pada 2018 ialah sekitar 1.2 juta unit.
  • Permintaan pikap sederhana dan van komersial dijangka bertambah di peringkat global dalam lima tahun akan datang.
  • Kerjasama akan membolehkan perkongsian kos pembangunan, penggunaan kapasiti pengeluaran masing-masing dan meningkatkan kebolehan dan daya saingan kenderaan. Ini memberikan kelebihan dari segi kos.
  • Walaupun bekerjasama, kenderaan dihasilkan tetap memiliki karakter tersendiri.
  • Ford akan membangunkan dan mengeluarkan trak pikap saiz sederhana untuk kedua-dua syarikat yang dijangka siap seawal 2022.
  • Ford juga berhasrat membangunkan dan mengeluarkan van komersial lebih besar untuk pelanggan Eropah, manakala VW berhasrat menghasilkan van urban.

BACA >>> Volkswagen Arteon UK Dapat Enjin 2.0L yang Lebih Berkuasa – 268hp, 350Nm

Auto Terkini Dr Herbert Diess Ford Ford Ranger Ford Transit Jim Hackett Volkswagen vw VW Amarok VW Caddy VW Transporter
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.