Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Fiat Dobló, Van Komersil Paling Mudah Lulus Ujian ‘Puspakom UK’
Auto Terkini

Fiat Dobló, Van Komersil Paling Mudah Lulus Ujian ‘Puspakom UK’

Abang HirataBy Abang Hirata17/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA Malaysia ada PUSPAKOM sebagai agensi yang dilantik untuk melaksanakan ujian berkala membabitkan kenderaan komersil, Britain pula ada ujian Kementerian Pengangkutan (Ministry of Transportation – MoT) seakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negara kita. Kenderaan komersil seperti van dan trak pikap di negara Eropah itu perlu melalui ujian MoT selepas tiga tahun pertama atas jalan raya.

Menurut data ‘Puspakom UK’ itu, Fiat Doblo ialah van komersil terbaik dalam melepasi ujian MoT berasaskan data diambil Honest John, organisasi di sebalik laman web HonestJohn.co.uk yang bertanggungjawab memaparkan maklumat telus daripada pakar kepada pengguna bagi membantu mereka memilih kenderaan.

FIAT DOBLO PALING MUDAH LEPASI UJIAN

Van panel Fiat Doblo itu, yang dipasang di Turki, menduduki tempat teratas dan mudah melepasi ujian MoT. Sebanyak 84 peratus Doblo yang didaftarkan pada 2013 berjaya melepasi ujian MoT pertama pada 2016. Doblo mungkin model yang asing di kalangan pembeli kita, tetapi dua trak pikap ini lebih dikenali. Tempat kedua diduduki Ford Ranger (81 peratus), manakala Toyota Hilux di tempat ketiga (80 peratus).

Bagaimanapun ada satu dapatan aneh, van komersil terlaris Britain, Ford Transit berada di tempat paling corot dengan hanya 64 peratus lulus ujian MoT, dan data tersebut diperoleh daripada unit didaftarkan pada 2013 dan diuji pada 2016. Selain itu, beberapa van lain seperti Citroen Dispatch, Vauxhall Movano dan Citroen Relay turut menunjukkan keputusan mengecewakan.

DATA TELUS IKUT AKTA

Ford Ranger WildTrak Jet Black edisi terhad
Toyota Hilux Limited Edition
Toyota Hilux Limited Edition – Pasaran Malaysia

Data diperoleh itu bukan dibuat sambil lewa kerana HonestJohn sudah sedia menganalisis berjuta-juta rekod MoT daripada Agensi Piawaian Kenderaan dan Pemandu (Driver and Vehicle Standards Agency – DVSA).

HonestJohn.co.uk memaparkan fail MoT buat kali pertama dalam tiga tahun berikutan gesaan banyak badan dan organisasi di bawah akta Kebebasan Maklumat (Fol) supaya data tersebut dapat diterbitkan dan dibaca orang awam.

Kemenangan perjuangan panjang itu bermakna buat pertama kali selepas bertahun-tahun, pemilik van, operator dan pemilik bisnes kecil dapat memperoleh akses terperinci kepada rekod dan sebab kegagalan ujian MoT. Data itu kini boleh diakses secara penuh di pautan vans.honestjohn.co.uk.

Data tersebut turut mendedahkan purata 30 peratus van gagal dalam ujian pertama MoT yang disebabkan masalah lampu, brek dan tayar. Perkara tersebut jelas menjadi kerisauan kerana Kerajaan Britain sedang merancang (masih dalam konsultasi) mahu menganjakkan ujian wajib MoT daripada tiga tahun kepada empat tahun.

5 Teratas Punca Gagal Ujian Tiga Tahun Pertama MoT
  1. Lampu – 39,000 gagal
  2. Pandangan pemandu atas jalan – 14,000 gagal
  3. Brek – 12,000 gagal
  4. Tayar – 9,000 gagal
  5. Suspensi – 7,000 gagal
5 Teratas Lulus Ujian Pertama MoT
  1. Fiat Doblo – 84 peratus
  2. Ford Ranger – 81 peratus
  3. Toyota Hilux – 80 peratus
  4. Isuzu D-Max – 80 peratus
  5. Nissan Navara – 79 peratus
5 Terbawah Lulus Ujian Pertama MoT
  1. Ford Transit – 64 peratus kadar lulus
  2. Citroen Dispatch – 66 peratus kadar lulus
  3. Vauxhall Movano – 67 peratus kadar lulus
  4. Citroen Relay – 67 peratus kadar lulus
  5. Nissan NV200 – 68 peratus kadar lulus
Auto Terkini Fiat Doblo HonestJohn Kementerian Pengangkutan Britain Ministry of Transportation MoT PUSPAKOM Roda4 Trak pikap van komersil
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.