Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Fiat Argo Lancar di Brazil – 35 Foto Ini Memang Bikin ‘Tangkap Leleh’
Roda4

Fiat Argo Lancar di Brazil – 35 Foto Ini Memang Bikin ‘Tangkap Leleh’

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FIAT ialah antara jenama kereta Eropah yang berstatus ‘suam-suam kuku’ di Malaysia. Dalam senarai jenama kontinental, orang kita lebih sukakan kereta Jerman, Britain, Perancis dan Sweden. Jenama Itali agak bergelut untuk memikat hati pembeli negara ini, kecuali model-model super mewah seperti Ferrari, Lamborghini dan Maserati.

Mungkinkah reputasi mewah yang dibawa model-model supercar itu membuatkan pembeli Malaysia melabelkan apa saja kenderaan berjenama Itali sebagai mahal serba-serbi? Entahlah.

Tetapi, lain pula di Brazil, penerimaan penduduk di negara Latin itu lebih terbuka kepada jenama Fiat. Fiat di Brazil ibarat Toyota dan Honda di negara-negara Asean. Fiat bukan sekadar membuka kilang pembuatan dan sudah mengeluarkan 10 juta kenderaan sejak 1976, tetapi juga menguasai 25.5 peratus pasaran automobil di sana, jauh mengatasi Volkswagen dan General Motors.

BACA >>> Kereta Terlaris Eropah 2016 – VW Popular, Skoda Paling Laku

KOMPAK HATCHBACK

Jadi, tidak hairanlah Fiat baru-baru ini melancarkan debut model Argo baharu di pasaran negara itu yang disebut sebagai pengganti Punto dan Palio. Berbanding model lain, Argo tampil tanpa mengikut rekaan bertemakan retro yang sinonim dengan kereta-kereta Itali. Sebaliknya kompak hatchback itu tampil sporty, moden dan agresif.

Rekabentuk dinamik digabungkan dengan ruang kabin paling luas dalam segmen, di mana menurut Fiat, saiz but Argo berkapasiti 300 liter, lebih luas daripada Ford Fiesta. Papan pemuka tampak mirip rekaan Mercedes A-Class dengan kehadiran tiga ventilator penyaman udara berbentuk bulat yang disusun sebelah menyebelah, manakala di atas diletakkan paparan skrin sentuh 7-inci dengan sistem infotainment Uconnect®.

Varian enjin menawarkan tiga opsyen;

  • 1.0L 3-silinder; 77hp; Etanol
  • 1.3L 4-silinder; 109hp; Etanol
  • 1.8L E.torq; 129hp; ada dua varian – Precision & HGT
    * Menurut Fiat, model HGT mampu memecut 0-100kmj sepantas 9 saat dan kelajuan maksimum 192kmj.

Pembeli juga boleh memilih tiga jenis transmisi, iaitu manual 5-kelajuan, automatik 5-kelajuan GSR dan automatik 6-kelajuan.

Struktur badan menggunakan keluli berkekuatan tinggi yang meningkatkan 7 peratus ketegaran torsi (torsional rigidity) dan 8 peratus kekakuan lentur (flexural stiffness). Fiat juga mendakwa Argo terbaru ini mencatatkan tahap kesenyapan dalam kabin atau NVH paling rendah dalam kelasnya.

Turut serta ditawarkan Fiat Brazil ialah 53 aksesori yang direka khas untuk model Argo seperti paparan multimedia 9-inci, rim aluminium 16-jejari hitam, kit pembesar suara, lampu internal khas, penyangkut tunda, penggera dan sensor parkir.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Brazil Fiat Fiat Argo Fiat Argo (2017) kompak hatchback Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

27/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.