Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu
Roda4

Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FERRARI tidak bercadang menghasilkan model khas untuk golongan wanita. Menurut pengeluar automotif Itali itu, adalah satu ‘kesilapan’ menghasilkan supercar untuk pelanggan wanita kerana mereka sebenarnya tidak mahu pun ‘Ferrari wanita’.

Kami tahu ada jumlah pemandu wanita mahu memandu Ferrari. Perkara penting kami pelajari, mereka tidak mahu Ferrari untuk wanita.”

– ENRICO GALLIERA, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komersial Ferrari NV dan Naib Presiden Kanan Jualan Ferrari SpA

Ferrari juga bimbang model feminin akan menyebabkan pelanggan lelaki sebagai majoriti pembeli supercar jenama itu akan beralih kepada pengeluar lain.

“Perempuan yang mahukan kereta sport memang mahu memandu kereta sport. Apa kesilapan yang (syarikat) automotif lakukan, dan kami cuba untuk tidak buat perkara sama adalah menghasilkan kereta untuk wanita,” kata Galliera.

BACA >>> Ferrari F8 Tributo (710hp, 770Nm) Berlabuh di Malaysia, Harga RM1.068 Juta Sahaja!

Menurut Galliera lagi, jika dia mencipta sebuah Ferrari yang kurang agresif dan kurang berkuasa, golongan lelaki tidak akan membelinya.

“Mereka tak akan beli kereta perempuan. Wanita pula tak akan beli, kenapa mereka perlu ada diskriminasi macam ini? Kenapa mereka ditawarkan kereta kurang berkuasa?” katanya.

Walaupun tidak menumpukan kepada rekabentuk feminin, Ferrari mengakui ada ramai pemandu wanita memandu supercar jenama itu. Menariknya, ia bukan kerana pengenalan model-model tertentu, tetapi lebih kepada aktiviti untuk pasangan.

“Kami menyaksikan (peningkatan pelanggan wanita) seluruh dunia. Saya harus jujur, ini kerana kami banyak buat aktiviti untuk pasangan supaya mereka berkongsi pengalaman. Ia bukan aktiviti litar untuk kaum lelaki.

“Semua aktiviti yang kami buat seluruh dunia supaya anda dapat menikmati persekitarannya, makanan sedap, restoran menarik, dan perkara lain untuk menarik kehadiran pasangan ke acara seperti ini, mengurangkan jurang antara Ferrari dan segmen wanita” katanya.

BACA >>> Enjin V12 Ferrari FF Akan Dilelong, Dipercayai Jadi Prototaip Ujian Kilang

Galliera juga memberitahu, pelanggan wanita takut memandu Ferrari yang ‘amat agresif dan sporty’, tetapi model lebih elegan seperti Roma (foto atas) mampu mengurangkan kebimbangan itu. Pada masa sama model itu, yang sebuas 600hp, mensasarkan pelanggan lelaki dan wanita.

Ferrari berbeza dengan pengeluar lain kerana mempunyai suruhanjaya dalaman tersendiri yang akan menentukan sama ada permintaan (pelanggan) itu selari dengan kedudukan Ferrari atau sebaliknya.

“Pada masa lalu, ini bukan datang dari rantau ini, tetapi kami ada pelanggan yang minta untuk memiliki kereta dicatkan merah jambu. Kami cakap maaf, kami tidak buat,” kata Galliera yang menegaskan ada beberapa warna atau kombinasi warna yang dipercayai tidak sepatutnya dicat pada model Ferrari.

BACA >>> Ferrari 250 GTO (1962) Pecah Rekod Kereta Lelong Paling Mahal Dunia – RM199.6 Juta

SUMBER: ArabianBusiness|Ferrari

Ferrari Ferrari Roma Ferrari untuk Wanita Kereta Sport Roda4 Supercar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.