Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ferrari Hibrid Pertama, SF90 Stradale Kini di Malaysia, Harga RM1.9 Juta
Auto Terkini

Ferrari Hibrid Pertama, SF90 Stradale Kini di Malaysia, Harga RM1.9 Juta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGIMPORT dan pengedar rasmi jenama Ferrari di Malaysia, Naza Italia melancarkan supercar hibrid plug-in (PHEV), Ferrari SF90 Stradale untuk pasaran Malaysia pada harga RM1,908,000 (tidak termasuk duti, opsyen kustom, cukai dan insurans).

Majlis pelancaran model PHEV pertama Ferrari itu berlangsung di bilik pameran Ferrari Petaling Jaya yang dirasmikan Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Dato’ Nik Hamdam Nik Hassan.

Berikut beberapa ciri menarik yang perlu anda tahu tentang SF90 Stradale:

V8 PALING BERKUASA DALAM SEJARAH FERRARI

Trenkuasa SF90 Stradale dijana enjin petrol V8 90º pengecas turbo dengan tiga motor elektrik. Dua motor beroperasi secara independen di gandar depan dan satu motor lagi, dikenali sebagai MGUK (Motor Generator Unit, Kinetic) terletak di belakang, antara enjin dan kotak gear.

Enjin supercar ini mampu menjana kuasa 769hp (meningkat 59hp daripada unit F154 pada 488 Pista dan F8 Tributo), dan tork 800Nm @ 6,000rpm. Tiga motor elektrik pula menghasilkan kuasa 216hp (162kW). Kuasa dihasilkan adalah paling tinggi dalam sejarah enjin 8-silinder pernah dihasilkan Ferrari.

Pek bateri digunakan jenis litium-ion 7.9kW daripada SK Innovations, tersimpan rapi di belakang kerusi yang menawarkan jarak operasi 25km jika menggunakan pemanduan elektrik sepenuhnya. Faktanya, dalam mod elektrik penuh, supercar ini akan digerakkan motor dari gandar depan sahaja, sekali gus menjadi Ferrari pertama menggunakan sistem pacuan roda depan (FWD) dengan kelajuan hingga 135kmj.

2. ADA 4 MOD CANGGIH MENGIKUT GAYA PEMANDUAN

Ada empat mod pemanduan ditawarkan SF90 Stradale:

  • eDrive: enjin pembakaran dalaman dimatikan, daya traksi mengawal sepenuhnya gandar depan elektrik. Bermula bateri dicas penuh, kereta ini mampu bergerak hingga 25km dalam mod ini. Mod ini sesuai untuk pemanduan dalam bandar atau situasi yang memerlukan pemandu menghilangkan deruman V8.
  • Hybrid: Ini tetapan normal apabila kereta dihidupkan. Aliran kuasa diuruskan untuk mengoptimumkan keseluruhan kecekapan sistem. Logik kawalan secara autonomi akan menentukan pilihan penggunaan enjin pembakaran dalaman atau mod elektrik. Pemanduan enjin konvensional mampu menjana kuasa maksimum yang menjanjikan prestasi berkuasa pada bila-bila masa diperlukan.
  • Performance: Tidak seperti ‘Hybrid’, mod ini membiarkan enjin pembakaran dalaman beroperasi kerana keutamaan diberikan kepada proses pengecasan berbanding kecekapan.
  • Ini membolehkan pemandu mendapat kuasa dimahukan dengan segera apabila diperlukan serta-merta. Mod ini sesuai untuk pemanduan santai dan untuk berseronok.
  • Qualify: Mod ini membolehkan sistem mencapai output kuasa maksimum dengan membenarkan motor elektrik beroperasi pada potensi maksimum (162kW). Logik kawalan akan mengutamakan aspek prestasi berbanding pengecasan bateri.

TRANSMISI SERBA BAHARU, LEBIH RINGAN DAN CEKAP

Kotak gear SF90 Stradale dibangunkan semula sepenuhnya, jenis dual-klac (DCT) 8-kelajuan, iaitu unit asas yang dapat dilihat pada Roma dan Portofino M. Berbanding transmisi 7-kelajuan, unit baharu ini 10kg lebih ringan menerusi pengurangan 3kg daripada pemansuhan gear undur yang kini dikawal pacuan elektrik.

Selain tambahan gear kelapan dan lonjakan tork hingga 900Nm (meningkat 20 peratus berbanding transmisi 7-kelajuan), berat keseluruhan kotak gerak 7kg lebih ringan, dan dikurangkan lagi kepada 10kg lebih ringan berikutan ketiadaan gear undur. Ia kini disepadukan bersama fungsi motor elektrik depan.

PRESTASI BERKUASA, PENGENDALIAN DINAMIK

Arkitektur hibrid baharu ini memerlukan kerja bersepadu ekstensif mengenai pelbagai logik kawalan yang membabitkan tiga bahagian utama:

  • Kawalan sistem voltan tinggi (bateri, RAC-e, MGUK, inverter)
  • Enjin dan kawalan kotak gear
  • Kawalan dinamik kenderaan (traksi, pembrekan, pemvektoran tork)

Integrasi bahagian di atas dengan logik kawalan kenderaan sedia ada mewujudkan sistem kawalan kenderaan eSSC (electronic Side Slip Control) baharu. eSSC memperkenalkan tiga regulasi dinamik inovatif dan strategi agihan untuk tork enjin kepada keempat-empat roda.

  • Kawalan Traksi Elektrik (eTC): Menguruskan tork (untuk enjin pembakaran dalaman dan  elektrik) dan mengagihkan ke setiap roda untuk disesuaikan dengan kondisi pemanduan dan keperluan cengkaman.
  • Kawalan brake-by-wire dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)/Agihan Brek Elektronik (EBD): Membolehkan tork brek dibahagikan antara sistem hidraulik dan motor elektrik, membolehkan pemulihan regeneratif di bawah pembrekan untuk meningkatkan prestasi dan fiil brek.
  • Pemvektoran Tork: Ada pada gandar depan untuk mengawal traksi elektrik pada roda luar dan dalam ketika membelok bagi memaksimumkan traksi ketika keluar selekoh, selain membantu menjadikan pemanduan lebih mudah, meyakinkan, dan berprestasi tinggi.

REKABENTUK LUARAN UNIK

Buat kali pertama Ferrari menerusi SF90 Stradale menggunakan lampu utama LED matriks tipis dan disepadukan dengan ambilan udara bentuk C.

Bahagian belakang didominasi paip ekzos diposisikan tinggi, spoiler yang disatukan bersama lampu brek ketiga dan rekaan difuser sofistikated. Lampu belakang direka radikal, berbeza daripada bentuk bulat ikonik Ferrari yang kini bersegi dan bujur dengan mewujudkan efek horizontal dan profil belakang rendah.

Bahagian anjur (overhang) kini lebih kompak yang mana segmen belakang lebih pendek berbanding depan.

REKAAN KABIN ILHAM AERONAUTIK

Rekabentuk dalaman SF90 Stradale mengambil ilham konsep aeronautik yang menumpukan aspek instrumen dan simbolik kereta dan pemandu.

Ruang kabin dihidangkan kluster instrumen digital definisi tinggi (HD) jenis lengkung 16 inci baharu yang kali pertama diperkenalkan pada kenderaan siri pengeluaran. Paparan skrin boleh dikonfigurasi sepenuhnya dan dikawal menerusi punat kawalan stereng.

Stereng juga baharu, siap dengan pad sentuh dengan kawalan haptik dan sistem navigasi baharu dan paparan dongak (HUD). Juga baharu ialah kunci kereta dengan nama model dan plat logam perisai Ferrari.

Supercar ini juga menampilkan kerusi sport direka semula, 4.5kg lebih ringan berbanding kerusi sport sedia ada, dan selektor gear gaya-gril sebagai tribut kepada gaya gear manual lama.

Model pelancaran ditayangkan ialah versi pemanduan sebelah kiri (LHD) Assetto Fiorano yang siap dilengkapkan komponen dinaik taraf, dan berbeza dengan model standard. Ciri khas dimiliki model ini ialah absorber Multimatic, panel pintu gentian karbon, spoiler dayamendap (downforce) tinggi, spring titanium dan ekzos titanium, serta tayar kompaun lembut Michelin Pilot Sport Cup2.

PROGRAM SERVIS 7 TAHUN

Setiap pembelian SF90 Stradale akan dipakejkan bersama program penyenggaraan 7 tahun. Program itu turut ditawarkan kepada semua barisan model Ferrari dengan menawarkan perkhidmatan penyenggaraan berkala untuk tujuh tahun pertama pemilikan.

Servis istimewa ini juga ditawarkan kepada mereka yang membeli model Ferrari terpakai.

Penyenggaraan berkala (dalam tempoh 20,000km, atau sekali setahun tanpa had perbatuan), alat ganti asli dan pemeriksaan rapi dilakukan staf terlatih dari Pusat Latihan Ferrari di Maranello dengan menggunakan alatan diagnostik paling moden.

Servis ini disediakan di semua pasaran dunia, dan semua jaringan pengedar rasmi Ferrari.

GALERI
Dato' Nik Hamdam Nik Hassan Ferrari Ferrari SF90 Stradale Naza Corporation Holdings Sdn Bhd Naza Italia Roda4 Supercar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Atlas 2027, Rekabentuk Tegap 8 Tempat Duduk, 2.0L Turbo, Varian Hibrid Hanya Tiba Kemudian

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
    Auto Terkini

    BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

    03/04/2026
    Auto Terkini

    Petron Semarak Ramadan, Aidilfitri Melalui Inisiatif CSR ‘Pasti OK, Pasti Bermakna’

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.