Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari F40 (1989) Versi ‘Restore’ Ini Siap dengan Sijil Ketulenan, Harga Bakal Cecah RM5 Juta!
Roda4

Ferrari F40 (1989) Versi ‘Restore’ Ini Siap dengan Sijil Ketulenan, Harga Bakal Cecah RM5 Juta!

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AGAKNYA, selain mahukan pasukan juruteranya membina sebuah kereta untuk jadi yang terbaik di planet Bumi, Enzo Ferrari tentu juga menanam impian ingin menyaksikan ulang tahun istimewa selepas jentera tersebut dilancarkan. Namun, cita-cita itu terkubur apabila lelaki dengan gelaran ‘il Commendatore’ (Komander, Yang Hebat) itu meninggal dunia tidak lama selepas menyaksikan pelancaran sebuah jentera legenda, F40. Namun, supercar itu tetap hidup selepas kematian mendiang.

Daripada 1,315 unit dihasilkan setakat ini, sememangnya ada banyak F40 di luar sana yang masih dijaga rapi dalam garaj si pemiliknya dengan catatan perbatuan rendah. Namun, semua itu mungkin tidak sehebat F40 dengan tanda nama #80726 ini yang siap didatangkan dengan Sijil Ketulenan Ferrari daripada Jabatan Classiche Ferrari, yakni dokumen sah yang dikeluarkan untuk mengesahkan ketulenan mana-mana model Ferrari berusia lebih 20 tahun.

BACA >>> Ferrari F430 Milik Donald Trump Tidak Laku Dilelong, Mujurlah Ada Pembeli ‘Kautim’

LELONGAN SILVERSTONE

Dihasilkan pada 1989 tanpa penukar pemangkin, dan tanpa suspensi boleh laras, F40 rare dengan cermin tingkap Plexiglass jenis gelungsur tepi itu ditampilkan dalam konfigurasi serba mempesonakan. Supercar itu dikatakan cuma dipandu sejauh 590km sebelum dihantar untuk dipulihkan sepasukan pakar di bengkel khas Ferrari, Carrozzeria Zanasi dengan kos mencecah AS$350,000 (RM1,500,975).

Itu bukanlah bermaksud F40 tersebut sudah banyak kali dilenjan kerana ketika pertama kali memasuki bengkel khas itu untuk dipulihkan, supercar berkenaan hanya baru bergerak tidak lebih 2,896km (1,800 batu) sejak pertama kali dibeli tuannya.

BACA >>> Motosikal Batman Dilelong, Harga Batpod Dijangka Cecah Lebih RM400K!

Kisahnya bermula apabila F40 itu asalnya diserahkan kepada tuannya, Herr Wolfgang Denzel di Austria pada Jun 1989, sebelum menjalani penyenggaran percuma pertama (menggunakan kupon) ketika perbatuan mencecah 1,500km pada 26 Jun 1989 (tidak sampai sebulan). Janji temu penyenggaran seterusnya dibuat pada 20 April 1990 (10 bulan kemudian).

F40 itu kemudian berpindah milik kepada tuan baharu dari Itali yang juga memiliki model sama. Sengaja dia membeli sebuah lagi F40 kerana merancang melakukan modifikasi kepada spesifikasi LM ke atas supercar terpakai itu. Bagaimanapun, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut tergendala dan dibiarkan tidak terusik di dalam garaj selama lebih 20 tahun sebelum dijual ke rumah lelongan Silverstone Auctions di Britain.

BENGKEL KHAS FERRARI


Carrozzeria Zanasi di Maranello sudah berkolaborasi dengan Jabatan Classiche Ferrari sejak 1964 sehingga hari ini dalam menyediakan model-model Ferrari dan Maserati klasik yang mahu mendapatkan Sijil Ketulenan Ferrari. Seperti dimaklumkan di atas, nilai baik pulih semula F40 berusia hampir tiga dekad itu adalah bernilai AS$350,000 (RM1,500,975)!

Jika anda bertanya apakah pelaburan itu berbaloi, ya, sudah tentu kerana supercar tersebut dilahirkan semula dalam kondisi ‘bau kedai’ dengan suspensi statik dan cermin tingkap gelongsor plastik baharu. Nilai semasa kini dianggarkan AS$1,125,000 (RM4,825,687) hingga AS$1,250,000 (RM5,361,875) jika dilelongkan sempena acara Salon Privé pada 2 November nanti.

BACA >>> Nissan GT-R ‘Predzilla’ Spesial Ini Sempena Lelongan Amal Yayasan Pasukan Hoki Ais

Sementara itu, rumah lelongan Bonhams, juga di Britain, turut mahu melelongkan F40 US-Spec (1990) dengan jumlah perbatuan 3,379km (2,100 batu) dengan anggara lelongan AS$1,000,000 (RM4,289,500) hingga AS$1,300,000 (RM5,576,350). Rumah lelongan RM Sotheby’s pula akan membawa masuk F40 US-Spec (1991) dengan perbatuan 4,509km (2,802 batu) ke sesi lelongan Monterey dengan anggaran harga AS$1,300,000 (RM5,576,350) hingga AS$1,500,000 (RM6,434,250).

Persamaan ketiga-tiga F40 itu adalah semua model tersebut mencatatkan jarak perjalanan tidak lebih 8,046km (5,000 batu). Apapun, F40 dengan Sijil Ketulenan Ferrari pastinya paling berbaloi dibida kerana sudah siap dipulihkan seperti kereta baharu.

Apakah ada orang kaya Malaysia yang akan turut serta membida?

GALERI

SUMBER: Road & Track

Carrozzeria Zanasi Enzo Ferrari Ferrari Ferrari F40 il Commendatore lelong Roda4 Silverstone Auctions Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.