Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ferrari e-building, Kilang Baharu Kereta ICE, Hibrid dan EV, Ruang Terang, Lantai Berkilat!
Auto Terkini

Ferrari e-building, Kilang Baharu Kereta ICE, Hibrid dan EV, Ruang Terang, Lantai Berkilat!

Abang HirataBy Abang Hirata24/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Satu daripada cabang minat di dalam industri automotif ialah kilang pengeluaran.

Di situ lahir produk perancangan, seni reka, kejuruteraan dan pemasaran sebagai sebuah kereta yang diperlukan atau diidamkan.

Melawatnya satu perkara memuaskan ditambah kilang moden yang serba canggih dan selari dengan perkembangan semasa iaitu mesra alam.

Kilang sekarang ini memanfaatkan cahaya matahari, cerah, lantai berkilat dan bersih.

Pada 21 Jun lalu Presiden Itali, Sergio Mattarella merasmikan kilang e-building Ferrari yang menghasilkan kereta enjin pembakaran, hibrid dan elektrik yang pertama.

Melalui e-building, Ferrari meningkatkan keanjalan pengeluaran selari dengan strategi yang mengutamakan hasil bermutu berbanding kuantiti.

Dari gambar boleh dilihat suasana tenang dan persekitaran yang nyaman, cerah, teratur dan bersih. Ada yang mahu kerja di Maranello?

Penyepaduan pengeluaran kenderaan di dalam satu bangunan membolehkan Ferrari menyusun dan membahagikan semula kesemua kegiatan pengeluaran dengan lebih cekap.

Ferrari juga dapat meningkatkan keupayaan untuk membuat penyesuaian dengan pantas bagi dalam memenuhi keperluan pengeluaran.

Selain kereta, e-building turut mengeluarkan perkakasan elektrik seperti bateri voltan tinggi, motor elektrik dan gandar.

Selari dengan perkembangan hari ini, satu daripada punca kuasa e-building ialah lebih 3,000 panel solar yang dipasang di atas bumbung dan menghasilkan 1.3 megawatt (MW).

Selepas penutupan loji trigeneration (elektrik, air panas dan sejuk), e-building akan dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga boleh baharu dari sumber dalaman dan luaran.

Ferrari turut menggunakan semula tenaga dan air hujan di dalam kitaran pengeluaran.

Sebagai contoh, lebih 60 peratus tenaga untuk ujian bateri dan motor akan dijana kembali di dalam penumpuk (accumulator) dan disalurkan semula untuk menguasakan proses baharu.

Satu lagi amalan industri masa kini ialah kebajikan pekerja dan Ferrari meletakkannya sebagai keutamaan dalam reka bentuk e-building yang mempunyai ruang latihan khusus.

e-building dilengkapi stesen kerja ergonomik, kawasan rehat, keselesaan akustik dan visual dan gabungan pencahayaan asli dan buatan yang bersesuaian.

Robot disesuaikan mengikut keperluan pekerja dan kembar digital yang menghasilkan replika digital (contoh/model maya) produk dan proses.

Tidak hanya bahagian dalam, pembinaan e-building turut melibatkan laluan basikal berjarak 1.5 kilometer yang menghubungkannya dengan rangkaian bandar terdekat.

Mukaan dan bahagian dalaman utama direka oleh Mario Cucinella Architects. e-building direka dalam bentuk segi empat, berbeza daripada lenggokan badan kereta Ferrari.

Bangunan dengan ketinggian 25 meter itu mempunyai empat aras dan berkeluasan 42,500 meter persegi.

Ciri-ciri e-building Ferrari:

  • Tempoh pembinaan: 2 tahun
  • Jumlah pekerja tapak pembinaan: 350
  • Luas permukaan: 42,500 m²
  • Aras: 4
  • Tingkat bawah: Sistem umum
  • Tingkat satu: Pemasangan kenderaan dan logistik
  • Tingkat dua: Sistem umum, pejabat
  • Tingkat tiga: Pemasangan kenderaan, enjin dan perkakasan
  • Kakitangan: Lebih 300
  • Sistem solar: Lebih 3,000 panel solar dengan kuasa 1.3MW
  • Infrastruktur digital: Wi-Fi 6.0, Ultra-wideband (paparan komponen 3D, pencegahan pelanggaran)
  • Rawatan air: Tangki simpanan 200 m³ untuk pengumpulan air hujan, rawatan dan guna semula, tangki laminasi 1,000 m³ untuk kawalan limpahan
  • Kawasan hijau: 200 pokok
  • Tempat letak kereta: 1,400 – lebih daripada cukup dan mengurangkan kesan pada tempat letak kereta awam
Ferrari Ferrari e-building
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.