Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Feely 450 – Sportbike dari China pada Harga Moped
Roda2

Feely 450 – Sportbike dari China pada Harga Moped

AryonBy Aryon09/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI model motosikal menarik dari China yang saling tidak tumpah seperti Honda CBR250RR walaupun nama jenama itu boleh membuatkan kita rasa hendak ketawa – Feely. Jauh sekali garangnya seperti Ducati dan Honda yang setidak-tidaknya berbunyi motosikal.

Model ini ialah Feely 450 yang sekali tengok memang boleh tahan juga rupanya. Nampak saja macam sama CBR250RR, tetapi tidaklah serupa. Kalau ada keburukan paling ketara pun ialah jenama pengeluar, dan strip fairing (bertulis ‘Never Stop’) yang entah apa motifnya dan nampak benar seperti dihasilkan air tangan pereka amatur atau pelatih dari universiti tempatan.

Sebenarnya, sebelum 450, Feely ada mengeluarkan model Phantom 450 sekitar Mac lalu yang dikatakan paling mirip dengan CBR250RR (lihat gambar bawah paling kanan). Apa yang berbeza antara 450 dan Phantom 450 ialah rupa ekzos, penutup enjin (hitam untuk 450) dan brek cakera serta perincian fairing. Mungkin juga kedua-dua model itu sama saja sebenarnya.

Tidak banyak yang boleh dipuji tentang Feely 450, tetapi hala tuju rekabentuk motor ini boleh dikatakan berada atas landasan betul, terutama jika kita melihat ia sebagai produk pengeluar automotif dari China yang hampir pasti tiada dalam kamus hidup seorang mat motor di Malaysia.

ENJIN 450CC

Perincian penuh jentera ini tidak didedahkan, mungkin tidak lama lagi. Tetapi laporan menyebut motosikal ini dijana enjin kembar 450cc penyejukan cecair buatan Zongshen, iaitu antara pengeluar motosikal ternama dari Negara Tembok Besar itu. Ya, sama seperti kereta, China juga ada banyak pengeluar motosikal.

Dari segi prestasi. Feely 450 dengan enjin Zongshen itu mampu menghasilkan kuasa kuda sekitar 36hp dan tork 35Nm. Harga Phantom 450 ialah ¥20,763 (RM12,700). Jadi 450 dianggarkan berharga sama. Apapun, mana lagi hendak cari sebuah sportbike 450cc pada motosikal moped?

BACA >>> Perbandingan Rupa – Kawasaki Ninja 250 (2018) vs Honda CBR250RR vs Yamaha R25

Berdasarkan maklumat, Feely sebenarnya sedang merancang menghasilkan beberapa lagi model selain 450. Antaranya ialah jentera advencer dengan enjin silinder kembar 471cc yang menggunakan enjin Loncin (kelakar juga nama ni). Jangan tidak tahu, enjin ini terkenal dengan gelaran Honda CB500 versi fotostat.

Lagi model lain ialah jentera silinder tunggal 320cc untuk motosikal advencer dan naked roadster, juga carbon copy kepada CB300R. Berminat?

 

SUMBER: VisorDown

450 Phantom 450 Advencer adventure bike China Feely Feely 450 Feely Motor roda2 Zongshen
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.