Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Fattah, Janna antara Selebriti Dapat Lesen Lumba, Siap Berentap dalam Vios Challenge
Auto Terkini

Fattah, Janna antara Selebriti Dapat Lesen Lumba, Siap Berentap dalam Vios Challenge

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEBRITI tanah air antara 24 pemandu yang berjaya menamatkan kelas perlumbaan di Sekolah Perlumbaan Vios Challenge yang melayakkan mereka menerima sijil Toyota Racing Development (TRD). Lebih menarik, semua peserta akan tampil berentap dalam perlumbaan sulung Vios Challenge pada 12 dan 13 Ogos ini.

Dalam kursus itu, peserta diajar perkara asas seperti protokol keselamatan dan perlumbaan, teknik betul mengendalikan kenderaan serta cara terbaik mengekalkan garisan lumba. Ini termasuk pengetahuan yang diperlukan supaya setiap peserta dapat berlumba dengan selamat pada perlumbaan sebenar di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, bulan hadapan.

FATTAH, JANNA ANTARA SELEBRITI DAPAT SIJIL

Antara selebriti yang juga peserta yang menamatkan pengajian dan menerima sijil ialah pelakon, Fattah Amin, Diana Danielle, Shukri Yahaya dan Janna Nick, penyanyi Geraldine Gan dan Danny Koo, penulis blog, Venice Min serta beatboxer Shawn Lee.

Turut menerima sijil sama ialah Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama yang akan menyertai kumpulan selebriti dalam Kategori Promosi ketika perlumbaan Vios Chellenge nanti.

Bercakap pada majlis pentauliahan itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy percaya sukan permotoran adalah satu cara berkesanmembangunkan bakat seseorang individu dan keupayaan jentera.

Mencapai kejayaan dalam litar perlumbaan adalah tentang mengetahui batas antara individu dan jentera.

“Dengan melengkapkan semua pemandu dengan skil berlumba, kami harap mereka dapat memanfaatkan kelebihan dan potensi sebenar kereta lumba Toyota Vios dengan selamat dan bertanggungjawab.”

– RAVINDRAN KURUSAMY, Presiden UMW Toyota Motor

Vios Challenge akan dibahagikan kepada tiga kelas perlumbaan supaya perlumbaan lebih adil dan selamat kepada semua pemandu, selain memberikan pengalaman menonton yang lebih mengujakan.

Seramai 10 pelumba akan bersaing dalam kategori Super Sporting, manakala 17 pelumba lagi bersaing dalam kategori Sporting. Baki 10 orang pelumba lain akan menyertai kategori Promosi. Setiap kategori mempunyai dua pusingan, dan mata diberikan kepada pelumba kedudukan tertinggi bagi setiap pusingan.

SEPERTI LITAR SEBENAR

Sesi pembelajaran diadakan di Litar Antarabangsa Sepang

Trek mengikut arah pusingan jam sepanjang 1.65km di Stadium Batu Kawan adalah litar rekaan khas yang berkonsepkan stereng lumba. Ada sembilan selekoh perlu ditempuhi pelumba, termasuk laluan lurus sepanjang 156m.

Perlumbaan Vios Challenge ialah acara utama pada Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) yang dijadualkan bermula 12 dan 13 Ogos nanti di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Festival tersebut dibuka percuma kepada umum dengan menampilkan aneka acara dan aktiviti menyeronokkan seperti pertunjukan drift, persembahan selebriti, trak makanan, sesi pandu uji dan penampilan istimewa model Toyota terbaharu akan datang, C-HR.

Perkembangan dan maklumat terkini berhubung Vios Challenge boleh diketahui dengan melayari laman web Toyota GAZOO Racing Malaysia atau ‘Like’ laman Facebook disediakan.

Orang ramai juga boleh menyemak dan mengetahui promosi terkini semua model Toyota di bilik pameran berdekatan seluruh negara. Toyota sejak Julai lalu melancarkan promosi ‘Beli & Menang’ yang menawarkan pemenang bertuah peluang memenangi percutian ke Pameran Motor Tokyo.

GALERI

Auto Terkini Ravindran Kurusamy Toyota Toyota Gazoo Racing (TGR) Toyota Racing Development (TRD) Toyota Vios Challenge UMW Toyota Motor
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun โ€“ Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru โ€“ Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.