Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»F1 2021: Verstappen Pula Menang GP Monaco, Saingan Juara Semakin Sengit
Auto Terkini

F1 2021: Verstappen Pula Menang GP Monaco, Saingan Juara Semakin Sengit

TalibBy Talib24/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERSAINGAN pendahulu keseluruhan antara Lewis Hamilton dan Max Verstappen semakin menarik berikutan keputusan tidak dijangka dalam aksi Formula Satu (F1) di GP Monaco, Ahad lalu.

Perlumbaan di litar Monte Carlo itu memang sukar buat kebanyakan pelumba F1 untuk cuba memintas lawan dan memerlukan konsentrasi tinggi kerana ruang trek sempit dan banyak selekoh tajam. Pelumba juga sukar memotong di selekoh pendek berikuta ketiadaan ruang yang cukup luas.

BACA >>> F1 2021: Strategi Pintar Mercedes Letakkan Hamilton Juara GP Sepanyol
BACA >>> F1 2021: Hamilton Menang lagi di Portugal!
BACA >>> Pusingan Kelayakan Pecutan Dijangka Bangkitkan Keterujaan F1

Bagaimanapun, segalanya lancar buat pasukan Red Bull Racing Honda dan pelumbanya, Verstappen yang meraih kemenangan kedua musim ini. Apa yang lebih menarik, dia dan pasukan berjaya memintas kedudukan pendahulu keseluruhan ketika ini, iaitu Hamilton daripada Mercedes AMG Petronas.

Perlumbaan hujung minggu lalu tidak berlangsung baik buat Hamilton apabila gagal mencatatkan masa terpantas dalam pusingan kelayakan. Pelumba British itu bermula di kedudukan keenam selepas Charles Leclerc (Scuderia Ferrari) gagal memulakan perlumbaan di kedudukan pertama apabila syaf pacu sebelah kiri jenteranya rosak, dan tiada masa mencukupi untuk dibaik pulih sebelum aksi bermula.

Ferrari asalnya dapat memastikan tiada kerosakan teruk, tetapi ketika sesi percubaan sebelum perlumbaan bermula, Leclerc merasakan jenteranya sememangnya bermasalah.

BACA >>> MotoGP Ganti Kemeriahan F1 Sebagai Sukan Permotoran Nombor Satu Malaysia?

Masalah Leclerc

Sejak penglibatan Leclerc dalam F1, dia masih belum berjaya menamatkan perlumbaan di litar tersebut. Situasi itu seakan dapat diubah apabila dia berjaya mendahului catatan pusingan kelayakan terakhir.

Namun, malang tidak berbau apabila jentera terlanggar pengadang tepi di selekoh sebelum merempuh tebing pengadang di selekoh berikutnya. Situasi itu meninggalkan impak besar ke atas pelumba lain, terutama Hamilton yang gagal menambah baik catatan masa. Litar kemudian ditutup dan pusingan kelayakan dihentikan berikutan bendera merah dan hitam dikibarkan.

BACA >>> Regulasi Formula Satu (F1): Apakah yang Baharu untuk Musim 2020?

Permulaan Baik

Kedudukan semua pelumba dianjakkan ke atas yang mana Verstappen berada di kedudukan paling depan walaupun berada di petak kedua. Apabila perlumbaan bermula, pelumba Belgium-Belanda itu bermula baik dengan mendahului pelumba lain di selekoh pertama.

Vallteri Bottas (Mercedes AMG Petronas) gagal memintas Verstappen dan tiada aksi dramatik ketika permulaan perlumbaan di Monaco. Semua jentera bermula baik dan hanya berlaku aksi memintas dilakukan Mick Schumacher (Haas Ferrari) terhadap rakan pasukan Nikita Mazepin di selekoh ‘hairpin’.

Strategi Mercedes Tidak Berjaya

Mercedes cuba meningkatkan kedudukan Hamilton dengan melakukan hentian pit di pusingan ke-30. Hentian pit berjaya dilakukan sepantas 2.2 saat. Namun, strategi itu tidak berjaya dan dia masih berada di belakang Pierre Gasly (Scuderia Alpha Tauri) apabila pelumba itu turut melakukan hentian pit dengan masa cuma 3 saat.

Namun Hamilton masih gagal memintas pelumba Perancis itu. Dia juga meluahkan rasa kecewa di radio pasukan dengan mengatakan, kenapa masih di belakang pelumba tersebut?

Lebih teruk, Hamilton kehilangan kedudukan keenam selepas Sebastian Vettel (Aston Martin) memintas kedudukannya dan Gasly. Dia yang berada di belakang Gasly terus gagal memintas dan terpaksa lebih berhati-hati supaya dapat memungut mata dan menamatkan perlumbaan.

Malang tidak berbau Bottas kerana gagal meneruskan perlumbaan walaupun berada di kedudukan kedua. Puncanya tayar kanan depan jenteranya tidak dapat ditanggalkan dan tersangkut ketika berhenti di hentian pit kerana nat tayar dikatakan terbenam pada gandar roda.

Jadi, tiada apa yang mampu dilakukan, dan dia terpaksa mengundurkan diri. Situasi seperti itu sebenarnya bukan kali pertama menimpa Mercedes AMG Petronas musim ini. Menurut Bottas, pasukannya perlu menyelesaikan masalah tersebut dan memberikan kualiti terbaik buat jenteranya untuk perlumbaan akan datang.

Dia juga meminta pasukannya tidak hanya mencari salah sesiapa dan terus berusaha meningkatkan keupayaan pasukan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Fungsi Setiap Punat Pada Stereng F1?

Aksi-Aksi lain

Sergio Perez (Red Bull Racing) merekodkan catatan masa sepusingan baik ketika mendahului perlumbaan selepas semua pelumba melakukan hentian pit.

Ruang masa panjang dan hentian pit yang baik dilakukan pada pusingan ke-36 berjaya meletakkan dia di kedudukan ke-4. GP Monaco boleh dianggap antara perlumbaan terbaik buatnya selepas memulakan perlumbaan di kedudukan ke-8.

Trek sempit menghalang usaha Perez memintas Norris.

Perez juga berusaha mendapatkan kedudukan podium ketiga dengan cuba mengejar Lando Norris (McLaren). Seperti semua sedia maklum, trek Monte Carlo memang sukar dan tiada peluang terbuka untuk seseorang pelumba memintas lawan di depan.

Semua pelumba memandu baik dan sekadar mengharapkan kemunculan kereta keselamatan pada lewat perlumbaan. Namun tiada sebarang aksi dramatik berlaku, termasuk bendera kuning pun tidak dikibarkan, iaitu sesuatu yang kali pertama berlaku sejak 2009.

Perlumbaan agak hambar. Sepanjang menanti saingan tamat, setiap pasukan mengingatkan pelumba masing-masing untuk kekal fokus bagi menghabiskan baki perlumbaan.

Jurang masa dicipta Hamilton memberikan peluang untuk dia sekali lagi masuk ke hentian pit bagi menukar set tayar baharu bagi mendapatkan satu mata bonus tambahan menerusi catatan masa terbaik dilakukannya.  Ini sedikit sebanyak mengurangkan jurang mata antara dia dan Verstappen sebanyak 4 mata sahaja.

BACA >>> F1 McLaren Milik Lewis Hamilton Ini Bakal Dilelong! Bidaan Dijangka Cecah RM29j

Vertsappen akhirnya menamatkan perlumbaan, disusuli Carlos Sainz (Scuderia Ferrari) dan Norris (McLaren). Kombinasi podium itu juga kali pertama berlaku untuk ketiga-tiga pelumba. Ini pencapaian yang baik buat pelumba muda tersebut yang pasti merancakkan lagi persaingan F1 tahun ini.

Pusingan GP Azerbaijan dijadualkan berlangsung dua minggu lagi, sama-sama kita nantikan apa yang bakal berlaku di sana.

Auto Terkini F1 Formula Satu (F1) GP Monaco Lewis Hamilton Max Verstappen Mercedes-AMG Petronas Red Bull Racing-Honda sukan permotoran
Talib

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.