Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ezpeleta Beri Sebab Kenapa Kawasaki Tidak Boleh Masuk MotoGP Guna Wild Card?
Roda2

Ezpeleta Beri Sebab Kenapa Kawasaki Tidak Boleh Masuk MotoGP Guna Wild Card?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIKA menjelaskan senarai dan kedudukan pasukan yang akan turut serta dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2020, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta mendedahkan Kawasaki pernah memohon untuk beraksi dalam kejuaraan kelas premier itu secara wild card.

Wild Card ialah istilah khas dalam dunia sukan yang merujuk kepada ganjaran atau pelepasan yang diberikan kepada individu atau pasukan untuk menyertai sesuatu pertandingan tanpa mengikut syarat kelayakan sebenar.

BACA >>> Kawasaki Tangguh Bikin ZX-10RR Teknologi MotoGP Sebab Jadi Juara WorldSBK

Kawasaki baru-baru ini ada jumpa saya minta slot wild card untuk berlumba dalam MotoGP dengan superbike. Tapi saya cakap tak boleh sebab wild card hanya dibenarkan untuk jentera MotoGP (dengan enjin patuh regulasi), sedangkan ZX-10RR guna enjin pengeluaran massa,” katanya.

Menurutnya lagi, MotoGP kini ada enam pasukan ternama (Honda, Yamaha, Suzuki, Ducati, KTM, dan Aprilia), dan agak sukar pengeluar baharu untuk mencelah masuk dalam senarai tersebut.

Sebagai contoh, jika BMW atau Kawasaki berminat mahu menyertai MotoGP, dua pengeluar itu perlu mematuhi regulasi teknikal kejuaraan tersebut dan buat masa ini hanya boleh masuk sebagai pasukan persendirian (private) dan bukan pengilang (factory). Situasi tersebut boleh disamakan apa dihadapi Aprilia yang tidak diiktiraf sebagai pasukan pengilang dan dianggap pasukan persendirian kerana masih bergabung dengan Gresini.

Ezpeleta berkata, Aprilia pun ada memohon mahu menjadi pasukan pengilang menjelang 2022. Jadi, satu-satunya pilihan yang ada buat Kawasaki dan BMW jika mahu menyertai MotoGP adalah bergabung dalam pasukan persendirian ataupun menunggu salah satu pasukan pengilang sedia ada menarik diri.

BACA >>> Juara WSBK 5 Kali, Rea Mengaku Pernah Kencing dalam Sut Sebelum Berlumba

Walaupun ramai mungki  beranggapan lebih banyak penyertaan adalah lebih bagus, tetapi faktanya, pasukan berstatus satelit pun memerlukan dana pelaburan sekurang-kurangnya €6 juta (RM26 juta).

“Adakah mudah untuk saya buat penambahan? Inilah pertimbangan (pemberian dana) yang saya kena lakukan,” kata Ezpeleta.

Jelasnya lagi, kontrak dengan pasukan MotoGP akan tamat pada 2021. Setahun kemudian barulah Dorna akan mengemas kini maklumat jika ada sebarang penambahan pasukan. Contohnya, setiap satu jentera sesebuah pasukan ada kenaikan dana. Pasukan satelit misalnya, bertambah daripada €1 juta (RM4.5 juta) kepada €1.5 juta (RM6.7 juta).

Penambahan itu juga menjadi punca Dorna enggan menambah peserta MotoGP kerana jumlah 24 pelumba ketika ini sudah cukup ideal buat masa sekarang, iaitu 12 pelumba pengilang (6 pasukan) dan 12 pelumba satelit (6 pasukan).

BACA >>> Regulasi MotoGP (2020) Diperbaharui, Peranti Swingarm Kini Boleh Digunakan

SUMBER: GPOne

2020 MotoGP Carmelo Ezpeleta Kawasaki Kejuaraan Dunia MotoGP Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) MotoGP roda2 WSBK
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP2027: Quartararo Sertai Honda HRC, David Alonso Turut Sah Jadi Pelumba Kilang

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.