Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Evolusi Yamaha YZF-R15 [Siri 2]: Generasi Kedua (2011-17)
Roda2

Evolusi Yamaha YZF-R15 [Siri 2]: Generasi Kedua (2011-17)

ZYBy ZY16/08/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


REKABENTUK superbike, enjin kapcai!

Mungkin ramai ketawa dengan idea asal kewujudan jentera sebegini, tetapi tidak bagi kebanyakan peminat motosikal India. Logiknya mudah diterima; anda cuma mahukan sebuah sportbike bergaya yang boleh ditunggang setiap hari dalam jarak dekat. Apa guna berhutang bertahun lama untuk memiliki superbike 1,000cc yang kemudian hanya mampu ditunggang hujung minggu atau hujung bulan saja. Itu pun berkonvoi ke kenduri kahwin semata-mata.

Jadi, Yamaha YZF-R15 dengan nadi 4 lejang 150cc cuma dilancarkan di India, 10 tahun lalu, sebelum menyusul ke negara lain yang memiliki jumlah penunggang terbesar Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand, beberapa tahun kemudian bermula versi kedua. Jika belum baca lagi artikel pertama tentang model v1.0, boleh klik pautan di bawah ini:

BACA >>> Evolusi Yamaha YZF-R15 [Siri 1] – Generasi Pertama (2008-11)

Apakah perbezaan versi kedua (v2.0) berbanding versi pertama (v1.0) yang dilancarkan di India? Teruskan membaca.

YAMAHA YZF-R15 GENERASI 2 (2011-2017)


Seperti dijelaskan dalam artikel sebelum ini, R15 v2.0 dilancarkan pada 2011 sebagai jawapan kepada kritikan pengguna ke atas model generasi pertama.

BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?

Bagi pemilik R15 v1.0, jika sedang menunggang di jalan raya India ketika itu, anda mungkin tersalah sangka itu R15 yang sama jika sekadar melihat cermin sisi. Cuma selepas dipintas, barulah sedar itu ialah R15 v2.0 yang jauh lebih bergaya!

Dari depan memang nampak sama.

Ini kerana bahagian depan masih mengekalkan rupa asal, cuma saiz tayar dipertingkat kepada 90/80-17. Bagaimanapun, perubahan sisi boleh dilihat pada fairing tepi dengan sirip udara yang dihubungkan seterusnya ke bahagian ekor, manakala pelana direka terpisah yang kini lebih tinggi, runcing dan tonggek.

BACA >>> Perbezaan Yamaha R15 v3.0: India vs Indonesia, dan Ramalan Versi Malaysia?

R15 v2.0 tampak lebih kontemporari seperti sportbike lain sezaman yang lebih berkuasa. Malah sekali pandang nampak seperti Yamaha R6. Setuju?

Pandangan dari belakang, rupa kedua-dua model nampak sangat jauh berbeza

Tidak cukup itu saja, saiz rim dan tayar dilebarkan dengan tayar MRF Revz-S 130/70-17 yang membaluti rim 10-jejari corak bintang lima yang dipegang  swingarm aluminium ‘banana’, juga baharu.

Selain tayar lebih besar dan swingarm ‘sporty’, menurut Yamaha India, perhatian turut diberikan kepada jarak roda yang dipanjangkan lagi sebanyak 55mm bagi memberikan lebih kestabilan dalam halaju tinggi dan juga ketika mengambil selekoh.

BACA >>> Indonesia Lancar ‘Baby R6’, Ketahui 5 Fakta Tentang Yamaha YZF-R15 v3.0

Selebihnya ialah trenkuasa yang tidak banyak perbezaan daripada R15 v1.0. Masih mengekalkan asas enjin sama, cuma diberikan talaan ECU berbeza dan juga nisbah sproket sedikit lebih tinggi, 15/47 depan-belakang (3.133) daripada 14/42 (3.0) yang memberikan lebih daya pecutan pada setiap gear.

SENARAI PERUBAHAN DAN NAIK TARAF:

  • Jarak roda lebih panjang, daripada 1290mm kepada 1355mm
  • Pelana lebih tinggi, daripada 790mm kepada 800mm
  • Ukuran keseluruhan lebih pendek, daripada 1995mm kepada 1970mm
  • Brek cakera belakang lebih besar dengan radius 220mm
  • Ukuran tayar lebih besar, 130/70 belakang dan 90/80 depan
  • 5kg lebih berat pada 136kg berbanding model sebelum ini
  • Perubahan talaan ECU memberikan lebih ‘pikap’
  • Swingarm aluminium lebih panjang
  • Nisbah sproket lebih tinggi, 15/47 (3.133) daripada 14/42 (3.0)
  • Rekaan semula seksyen tengah dan ekor, termasuk pelana
  • Naik taraf klac dan terotel (kabel terotel kembar)
  • Rekaan rim aloi baru
  • Hon dwi-tona yang lebih kuat
  • Visor sedikit gelap
  • Balutan pelana lebih lekap, menyokong penunggang untuk ‘hanging off’ di selekoh

Dengan begitu banyak perubahan (tidak termasuk strip dan skema warna baharu), sudah pasti dijangka R15 v2.0 lebih mahal. Pada harga atas jalan INR107,000 (RM6,250) menjadikan model ini INR 10,000 (RM584) lebih mahal daripada R15 v1.0 yang asalnya ditawarkan pada INR 97,000 (RM5,700).

Tidak sampai RM600 pun untuk senarai perubahan yang berjela-jela, kagum tak?

Yamaha R15 v2.0 terbukti sportbike 150cc paling berjaya yang pernah Yamaha hasilkan. Tanpa perubahan ketara selama lebih 7 tahun di pasaran, sportbike itu tetap mendapat sambutan jualan yang baik. Malah, turut diperkenalkan secara rasmi di Indonesia yang juga menjadi antara sportbike 150cc paling berjaya sejak diperkenalkan 4 tahun lalu.

Bagaimanakah Yamaha menambah baik Yamaha R15 v2.0 dengan R15 v3.0 yang baru saja dilancarkan untuk pasaran Malaysia hujung Julai lalu? Ikutan sambungan siri ini pada masa akan datang!

SPESIFIKASI YAMAHA R15 v2.0

JENIS ENJIN: Silinder tunggal, 4 lejang, 149.8cc SOHC, penyejukan cecair
GEREK x LEJANG: 57 x 58.7 mm
KUASA MAKSIMUM: 16.8hp @ 8,500rpm
TORK MAKSIMUM: 15Nm @ 7,500rpm
NISBAH MAMPATAN: 10.4:1
SISTEM BAHAN API: Petrol, Suntikan Bahan Api (Fi)
PELINCIRAN: Takungan Basah
TRANSMISI: Sirat malar; 6-kelajuan
PACUAN AKHIR: Rantai
SUSPENSI: Teleskopik (depan) : Linked-Type Monoshock (belakang)
BREK: Cakera Tunggal  267mm (depan); Cakera tunggal 220mm(belakang)
TAYAR: 90/80 – 17 (depan); 130/70 – 17 (belakang)
PANJANG x LEBAR x TINGGI : 1,970 x 670 x 1,070mm
TINGGI PELANA: 800mm
JARAK RODA: 1,345mm
BERAT (BASAH) : 136kg
KAPASITI PETROL: 12 liter
KAPASITI MINYAK ENJIN: 1 liter
EKONOMI BAHAN API: 40km/liter (purata)
KELAJUAN MAKSIMUM: 131kmj
HARGA: INR 10,07,000 (RM6,250)
TAHUN KELUARAN: 2011 (India), 2014 (Indonesia)

GALERI

SUMBER: iambiker

Hong Leong Yamaha Malaysia roda2 sejarah yamaha r15 sportbike yamaha 150cc Yamaha FZ150i yamaha india Yamaha R15 yamaha r15 2008 yamaha r15 v1 yamaha sport 150
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

WMOTO Island 150, WMOTO Hawk 200i Rasmi Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM6,688, RM7,888

11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

11/02/2026
Auto Terkini

Triumph Scrambler 400 XC Tiba Mac Ini, Harga RM34,200

11/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.