Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Evolusi 16 Tahun Honda CBR 150R, Pernah Menjengah Malaysia Suatu Masa Lalu
Auto Terkini

Evolusi 16 Tahun Honda CBR 150R, Pernah Menjengah Malaysia Suatu Masa Lalu

ZYBy ZY19/10/20187 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, Boon Siew Honda pernah menawarkan sportbike 4-lejang 150cc untuk pasaran Malaysia tidak lama dulu?

Bagi generasi muda sekarang, mungkin lebih mengenali Honda melalui kapcai 150cc, iaitu RS-150R selain model legenda seperti EX5 dan Wave/Dash yang masih terjual hingga ke hari ini. Tidak seperti Yamaha FZ-150i, atau Suzuki Belang R150, sportbike 150cc Honda yang satu ini hanya ditawarkan dalam tempoh masa yang sangat singkat hingga sangat sukar atau tidak langsung kelihatan di pusat atau wakil jualan sekarang berbanding dua pesaing tadi.

Mula ditawarkan di pasaran tempatan pada awal 2008. Berbeza FZ150i dan Belang R150, CBR 150R membawakan gaya sportbike sebenar dengan fairing penuh dan berkuasa tinggi hasil janaan enjin 4-Lejang DOHC 150cc yang masih dilengkapi karburetor, lantas memudahkan tuning dilakukan. Namun hayat ‘baby Rabbit’ ini tidak lama apabila jualan dihentikan sekitar 2009, lebih kurang setahun saja di pasaran.

Bagaimanapun, situasi itu cuma terhad di Malaysia, di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia khususnya, CBR 150R terus berevolusi hinggakan kelihatan jauh berbeza daripada apa yang pernah dilihat di negara ini. Cuma sayang sekali, tiada satu pun model atau generasi terbaharu CBR 150R dibawa masuk ke pasaran kita.

Apakah evolusi dan generasi yang diperkatakan? Lihat senarai di bawah:

1. HONDA CBR 150R – GENERASI 1 (2002-2009)


Anda mungkin rasa rekabentuk model pertama ini agak ketinggalan zaman. Ini kerana CBR 150R dilancarkan seawal 2002 di negara asalnya, Thailand sebagai pengganti kepada sportbike 2 lejang, NSR 150. Jadi, apabila mula ditawarkan di Malaysia pada 2008, model ini sudah pun di penghujung hayat. Tidak hairanlah juga ia didatangkan dengan enjin karburetor, berbanding pesaing ketika itu, Yamaha FZ150i yang dilengkapi teknologi suntikan bahan api (Fi).

Namun, apa yang membuatkan CBR 150 masih mampu menarik perhatian pembeli tempatan ketika itu ialah kuasa dijanjikan. Dengan kuasa 17hp daripada enjin DOHC silinder tunggal 150cc, CBR 150R menjadi pilihan mereka yang mahukan sportbike 150cc berkuasa, yang mana penjimatan minyak bukan keperluan utama, sama seperti mereka yang memilih Yamaha FZ150i.

Di Malaysia, CBR 150R cuma ditawarkan dalam versi ini sahaja dengan pilihan skema warna biru-merah sebelum ditamatkan keluaran pada 2009 dengan harga atas jalan sekitar RM10,300.

2. HONDA CBR 150R – GENERASI 2 (2010-SEKARANG)


Pasti ramai tersalah anggap ini ialah CBR 250R. Ini kerana untuk generasi seterusnya, kedua-dua sportbike 150cc dan 250cc Honda berkongsi rekabentuk sama ketika mula dilancarkan pada 2010 di Thailand, sekali gus menggantikan CBR 150R generasi pertama yang ditamatkan pengeluaran pada 2009.

Mengambil ilham rekabentuk Honda VFR 1200 ketika itu yang kelihatan lebih gagah, perbezaan utama lain ialah aspek pencucuhan yang mana sportbike 150cc ini dinaik taraf kepada sistem suntikan bahan api Honda, Programmed Fuel Injection (PGM-Fi). CBR 150R generasi kedua ini turut ditawarkan di rantau Asia lain seperti India dan Indonesia.  Malah, di Thailand dan India, model sama masih ditawarkan hingga sekarang dengan sedikit perubahan warna dan grafik sahaja.

Bagaimanapun, Thailand dikira beruntung kerana walaupun tidak menerima naik taraf seperti di Indonesia, tetapi peminat motosikal di sana ditawarkan model CB150R ExMotion, iaitu jentera naked neo-retro, yang kami anggap lebih menarik berbanding CBR 150R.

BACA >>> Honda CB150R ExMotion – Motosikal Neo-Retro 150cc Pertama Honda Dilancarkan di Thailand

3. HONDA CBR 150R K45 – GENERASI 3 (2014-2015)


Tidak mahu terus bergantung kepada import dari Thailand atas faktor harga, Honda Indonesia melancarkan CBR 150R versi domestik pada 2014 dengan rekabentuk sangat mirip kepada superbike CBR 1000R – atau CBR 250R generasi kedua.

Selain enjin yang masih mengekalkan spesifikasi oversquare model terdahulu dan sistem PGM-Fi daripada generasi kedua, hampir semua ditampilkan jentera dengan kod nama K45 ini adalah serba baharu. Selain perubahan rekabentuk, frem model ini digantikan kepada jenis trellis (berbanding diamond ala deltabox pada generasi terdahulu).

BACA >>> Bagaimanakah Kenali Karakter Motosikal Berasaskan Gerek (Bore) x Lejang (Stroke)?

Ini termasuk suspensi belakang dinaik taraf kepada jenis Pro-Link. Bagaimanapun CBR 150R generasi ketiga tidak bertahan lama, dan sekali lagi dirombak. Tidak sampai 2 tahun berikut.

4. HONDA CBR 150R K45G – GENERASI 4 (2016-SEKARANG)

Bagi generasi ke-4, Honda Indonesia melakukan perubahan besar-besaran dengan tumpuan utama adalah menjadikan CBR 150R generasi terbaharu sebagai jentera lebih agresif sama ada dari segi rekabentuk dan prestasi.

Masih dibekalkan nadi 150cc DOHC 4-lejang, sportbike ini bagaimanapun tidak lagi membawakan karakteristik enjin oversquare generasi terdahulu yang hanya kuat pada rev tinggi. Sebaliknya CBR 150R dibekalkan enjin baharu dengan ukuran square lebih seimbang yang mana tarikan pada rev rendah dan pertengahan masih bertenaga. Menarik untuk anda tahu, CBR 150R menggunakan enjin sama seperti dimiliki kapcai RS-150R. Bezanya cuma talaan semula yang dilakukan.

BACA >>> Honda RS150R (2017) Terima Warna, Strip Baharu – Lebih Sporty dan Ganas

Rekabentuk menjadi tarikan utama CBR 150R generasi ke-4 ini. Selain gaya lebih tajam, ergonomik tunggangan sportbike junior ini turut diberi perhatian. Kali ini posisi tunggang lebih condong ke depan seakan jentera lumba. Ditawarkan sekitar Rp33 juta, pasti ramai tidak percaya CBR 150R cuma bernilai RM10,000 di Indonesia. Murahkan?

Kapcai guna enjin sportbike. Pemilik RS-150R bangga tak?
Boon Siew Honda Honda honda cb 150r exmotion Honda CBR 150R honda cbr 150r indonesia honda cbr 150r malaysia honda cbr 150r thailand roda2 sportbike
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: Honda Integra Type R DC2 Oleh Tolman Engineering, Konsep Standard Kilang!

13/04/2026
Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
Auto Terkini

Kerajaan Tempatkan Polis di 151 Stesen Minyak Berisiko Tinggi

14/04/2026
CAAM jadi badan berkanun bebas
Auto Terkini

Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

14/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

13/04/2026

7 Comments

  1. Wak on 17/05/2018 13:59

    Sy masih menggunakan cbr150r kuda biru first edition.
    nak cari spare part payah sikit.

    Reply
    • Irfan on 28/10/2018 18:21

      Apakah masalah yang kerap dihadapi dengan CBR150?

      Reply
  2. Enil Sunil on 12/11/2018 22:54

    Cbr 150 R bila masuk pasaran malaysia

    Reply
  3. Mohd Redzuan Othman on 15/04/2019 22:36

    Kalaulah cbr150r ni generasi ke 4 ni ada di malaysia…..
    Pasti saya akan tak sabar untuk memiliki……
    Wow….

    Reply
  4. Mohd Redzuan Othman on 21/04/2019 06:41

    Minta tolong pada pihak honda untuk lancarkan moto ini di Malaysia….
    Sy memang teringin sangat nak memiliki motor ini.
    Terutama yang mempunyai sistem brek ABS

    Reply
  5. Md on 29/06/2019 17:20

    Nk tunggu suzuki keluar model up gred 150 memang x la…jangankan nk beranak….pengedar pon dah bekubur …

    Reply
  6. Murali on 03/11/2019 01:10

    2019 saya masih guna jentera saya ni…masih gah walaupun dah 10 tahun. Spare part memang susah nak cari…yang baca comment saya dan memiliki jentera sama boleh share cerita cbr ye di email saya. yelarum@gmael dot kom

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.