Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Enjin Honda Accord Hybrid Masuk Senarai 10 Enjin Terbaik Wards 2019
Auto Terkini

Enjin Honda Accord Hybrid Masuk Senarai 10 Enjin Terbaik Wards 2019

Abang HirataBy Abang Hirata15/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA sebut pasal Honda, pasti terbayangkan enjin VTEC. Enjin dengan injap variabel itu sebenarnya sudah berusia lebih tiga dekad, tetapi masih kekal dikagumi sampai sekarang. Pelbagai evolusi berlaku hingga hari ini dikenali sebagai VTEC Turbo.

Honda menggunakan enjin VTEC dalam pelbagai kenderaan, daripada jentera dua roda seperti superbike, kereta urban hingga kenderaan utiliti sukan (SUV) besar, Passport yang baru saja dilancarkan. Teknologi VTEC turut digunakan untuk enjin bot.

BACA >>> Honda Passport (2019) Muncul Kembali, SUV Berkuasa dengan Ciri Off-Road

Adakah itu saja kerja Honda?

VTEC MESRA ALAM?

Tidak, Honda sebenarnya sudah membangunkan enjin VTEC versi mesra alam pula. Buktinya, Honda memasarkan enjin VTEC dengan motor hibrid secara besar-besaran seawal 1999 melalui model Insight generasi pertama. Enjin SOHC VTEC  ialah jenis 3-silinder dengan sesaran 1.0L dan dipadankan sistem hibrid Bantuan Motor Bersepadu (Integrated Motor Assist – IMA).

BACA >>> Honda Dedah Imej Prototaip Insight (2018), Tampil Gabungan Rekaan Accord, Civic

Malaysia antara negara istimewa kerana tidak perlu menunggu lama. Honda pada 2007 memperkenalkan Civic Hybrid ke pasaran dan selepas itu ialah sejarah. Honda hari ini melambakkan banyak model hibrid untuk pengguna Malaysia daripada Insight, CR-Z, dan City termasuk dua generasi Jazz.

Ya, tidak semua negara diberi kelebihan ini dan kita harus menghargai dan berbangga. Tetapi, apakah kemuncak teknologi hibrid Honda?

ENJIN TERBAIK WARD 2018

Tahukah anda, trenkuasa Accord Hybrid (2019) dengan dua motor hibrid memasuki senarai 10 Enjin Terbaik Wards 2019, dan anugerah Enjin Terbaik Wards ini ialah penghargaan prestij untuk enjin-enjin terbaik dunia.

Enjin dengan motor hibrid itu dipilih dan dipuji atas kemampuan kecekapan bahan api terbaik selain memberikan prestasi responsif dan kelancaran operasi, termasuk harga menarik. Accord Hybrid (2019) dikuasakan trenkuasa Honda generasi ketiga dengan dua motor hibrid yang dipadankan bersama enjin 2.0L DOHC i-VTEC dan motor elektrik berkuasa 212hp dan tork 314Nm.

Menariknya, Accord Hybrid (2019) dipasarkan pada harga berpatutan yang lebih rendah daripada Civic Type-R. Varian paling asas ditawarkan pada harga AS$26,215 (RM109,769), manakala premium AS$35,885 (RM150,249).

BACA >>> Was-Was Mahu Beli Kereta Hibrid? Honda Malaysia Beri Waranti Bateri Hingga 8 Tahun!

Anugerah 10 Enjin Terbaik Wards Anugerah 10 Enjin Terbaik Wards 2019 Auto Terkini Honda Honda Accord Honda Accord Hybrid Honda Accord Hybrid (2019) Roda4 Sedan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.