Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Effeffe Berlinetta, Mampukah Kereta Baharu Gaya Klasik Ini Pikat Pembeli?
Autotainment

Effeffe Berlinetta, Mampukah Kereta Baharu Gaya Klasik Ini Pikat Pembeli?

Han OthmanBy Han Othman15/04/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

kereta-baharu-gaya-lama
EFFEFFE BERLINETTA kemungkinan besar mendapat ilham daripada model Alfa Romeo pada era 1960-an, tetapi pengasas perniagaan pembinaan-koc, Leonardo dan Vittoria Frigerio menyatakan kereta ini ialah hasil rekaan mereka sendiri dan bukan meniru model klasik Alfa Romeo. Kereta baharu gaya klasik ini melakukan debut pada pameran Top Marques Monaco yang bermula pada 14 (semalam) – 17 April ini.

Ketika Effeffe Berlinetta diperkenalkan pada 2014, model ini ialah kenderaan pra-pengeluaran sekali saja dan kini rekabentuk final dan spesifikasi kejuruteraan sudah sedia dimuktamadkan.

Sasaran perniagaan dua saudara Frigerio ini adalah untuk menyemarakkan hasil seni pembinaan koc. Menurut mereka, Effeffe Berlinetta direka menggunakan sistem rekabentuk berbantu komputer (CAD) terkini dan dihasilkan dengan cara sama seperti kereta baharu lain. Namun, setiap bahagian kereta dihasilkan secara buatan tangan, sekali gus menjadikan ia tampil berbeza dan tersendiri.

Perincian model ini sangat teliti. Keseluruhan badan kereta ialah aluminium yang ditempa menggunakan tangan menjadi bentuk-bentuk diinginkan. Malah, grid badan, jalur frem, hendal pintu dan bonet juga buatan tangan. Kemasan kulit pada ruang dalaman dijahit menggunakan tangan, manakala material karpet diperbuat daripada bulu biri-biri asli.

Walaupun enjin diambil daripada Alfa Romeo 2000, tetapi ia dibina semula oleh sebuah bengkel kejuruteraan popular yang cukup dikenali dalam dunia automotif. Bagaimanapun, kedua-dua beradik itu enggan mendedahkan nama bengkel tersebut.

Rim desain roda wayar (wire wheel) bersaiz 15×6 inci, dan anda boleh buat bayaran ekstra jika mahu memiliki set bagasi dan golf sepadan yang ditempah khas. Terdapat juga rekabentuk tayar dan roda lain yang kesemuanya datang dengan gaya klasik. Fungsi penyaman udara dan pemanas pula ialah ciri opsyen yang perlu diminta berasingan. Tiada sebarang maklumat mengenai harga sebenar kereta ini, atau bila pengeluaran akan bermula. Mungkin tidak lama lagi.

Persoalannya, apakah anda bersedia menbeli sebuah kereta jenama baharu yang digayakan dan dibikin dalam bentuk klasik, atau anda mahu beli saja sebuah kereta klasik dan memulihnya (restore) supaya berkeadaan baik? Harga kereta baharu klasik ini boleh jadi sangat mahal berdasarkan proses pembuatan dinyatakan dalam laman web jenama berkenaan.

Alfa Romeo autotainment Effeffe Berlinetta kereta baharu gaya klasik kereta buatan tangan kereta klasik Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

01/05/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

30/04/2026
PHEV

#AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

29/04/2026
PHEV

#AutoChina2026: Jetour T2 di China Ada Versi Hibrid, Bakal Masuk Malaysia?

29/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.