Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Edisi Terhad Honda City X, Jazz X Kurang 800 Unit Dijual, Tawar Pakej Nilai Wang
Auto Terkini

Edisi Terhad Honda City X, Jazz X Kurang 800 Unit Dijual, Tawar Pakej Nilai Wang

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

honda-city-x-jazz-x
MAHU tampil eksklusif dan tersendiri? Nah, Honda Malaysia semalam menampilkan model City dan Jazz edisi terhad dengan tanda nama X yang membawa maksud ‘eXclusivity’ (eksklusiviti). Kedua-dua model itu disebut sebagai Honda City X dan Honda Jazz X.

Fitur tambahan seperti lampu siang (DRL) ditawarkan kepada semua model bagi menyerlahkan penampilan serba bergaya, termasuk dilengkapi kerusi semi-kulit dengan lambang X yang pastinya memberikan lebih keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Malah, model X juga didatangkan dengan pelapik but sebagai kemudahan tambahan buat pelanggan.

The X Edition models comes with a Trunk Tray for customer convenience

MODEL POPULAR

Honda City dan Jazz ialah model popular Honda di Malaysia yang menyumbang kepada 50 peratus jualan keseluruhan Honda Malaysia tahun ini. Sejak dilancarkan pada 2014, hampir 87,000 unit City dan lebih 34,000 unit Jazz terjual setakat Julai 2016 dengan kekal menerajui segmen masing-masing hingga Julai lalu. Ini jelas memberikan perakuan populariti dua model itu di kalangan pelanggan di Malaysia.

City X dan Jazz X dikuasakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC bersama transmisi pembolehubah berterusan (CVT) yang dibangunkan di bawah Earth Dream Technology, di mana pemandu berpeluang menikmati pecutan kereta yang lancar dan kecekapan bahan api terbaik.

TEMPAT DUDUK KHAS, CIRI LAMA KEKAL

X Edition models fitted with Half-Leather Seats to provide extra comfort
Honda Jazz X memuatkan kerusi signatur Ultra Seat yang boleh dilipat kepada empat mod versatil berbeza bagi memenuhi keperluan gaya hidup pemilik, manakala Honda City X menawarkan kapasiti but 536L, yakni terluas dalam segmennya yang juga mudah dan praktikal.

Malah, dua model edisi X itu masih mengekalkan fitur lain yang ada pada model biasa seperti Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Daki Bukit (HSA) dan Signal Henti Kecemasan (HSS) untuk ketenangan pemanduan, serta port USB dan soket kuasa untuk memenuhi keperluan teknologi setiap orang dalam kereta.

Harga atas jalan tanpa insurans Honda City X ialah RM86,100, manakala Honda Jazz X, RM82,500. Tempoh menunggu bagi model X ialah sebulan. City X dan Jazz X terdapat dalam unit terhad, termasuk opsyen warna. Pengeluaran adalah sebanyak 450 unit City X, dan ditawarkan dalam warna Modern Steel Metallic (perak) dan Dark Ruby Red Pearl (merah), manakala 300 unit Jazz X boleh dibeli dalam warna Modern Steel Metallic atau Carnival Red.

Lihat sendiri model edisi X sekarang di 88 pengedar Honda yang sah di seluruh negara dan jadilah antara pemilik eksklusif pertama memiliki Honda City X dan Jazz X. Maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my

GALERI

1.5 DOHC i-VTEC Auto Terkini CVT Honda Honda City X Honda edisi terhad Honda Jazz X Honda Malaysia Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

01/07/2026
Lesen memandu vokasional GDL, PSV
Auto Terkini

Selamatkan Nyawa Di Jalan Raya, ‘Pilot Darat’ Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh

01/07/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

01/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

30/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.