Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Superleggera V4 Siri #001 daripada 500 Unit Edisi Terhad Sudah Siap!
Auto Terkini

Ducati Superleggera V4 Siri #001 daripada 500 Unit Edisi Terhad Sudah Siap!

Abang HirataBy Abang Hirata19/06/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI Superleggera V4
ialah satu-satunya motosikal di dunia dengan frem, swingarm dan rim daripada gentian karbon yang diluluskan untuk untuk tunggangan atas jalan raya awam. Motosikal buatan Itali itu hanya dikeluarkan 500 unit dan unit #001 sudah pun siap dipasangkan di kilang Borgo Panigale.

Setiap unit motosikal didatangkan dengan sijil ketulenan dan nombor siri sama, manakala nombor casis dipaparkan pada steering head dan kunci penghidup.

BACA >>> CEO Ducati: Superleggera V4 ke Litar Nardo untuk Fasa Pengeluaran Akhir

Pemilik Superleggera V4 siri 001/500 bertuah itu dijemput ke Borgo Panigale dan dijadualkan menerima motosikal daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali

Penggunaan bahan komposit pada frem, subfrem, swingarm dan rim menjimatkan berat 6.7kg berbanding Panigale V4 biasa. Bagi memastikan kualiti dan standard keselamatan tertinggi, semua komponen dikawal 100 peratus teknik canggih daripada industri aero angkasa seperti termografi, pemeriksaan ultrabunyi dan tomografi.

Sejumlah komponen Superleggera V4 dibuat daripada gentian karbon yang dimodelkan daripada bentuk aerodinamik termaju. Antaranya fairing yang mempunyai tahap kecekapan lebih tinggi berbanding jentera MotoGP sedia ada yang dihadkan peraturan teknikal semasa.

BACA >>> Ducati Hypermotard 950 RVE dengan Grafik Badan Graffiti dan Ciri Dipertingkat

Penggunaan sayap atau winglet aerodinamik yang diilhamkan daripada jentera lumba MotoGP Ducati 2016 pula menyumbang kepada beban vertikal (vertical load) sebanyak 50kg daya mendap (downforce) pada halaju 270kmj. Daya itu 20kg lebih tinggi berbanding apa dihasilkan winglet Panigale V4 (2020) dan V4R.

Daya mendap membantu mengurangkan potensi berlaku situasi wheelie selain meningkatkan kestabilan ketika membrek.

Dari segi penampilan, rekaan grafik dipengaruhi Desmosedici GP19 yang diberikan olahan semula, set tayar khas daripada Pirelli Diablo Supercorsa SP dengan strip merah pada dinding tayar. Warna merah dan karbon adalah tema utama untuk motosikal ini.

BACA >>> Inilah 5 Superbike Paling Seksi 2020!

CIRI UTAMA DUCATI SUPERLEGGERA V4

  • Dijana enjin Desmosedici Stradale R paling ringan dan berkuasa, V4 90° 998cc.
  • 2.8kg lebih ringan daripada enjin V4 1,103cc V4.
  • Ekzos Akrapovic meningkatkan kuasa kepada 224hp (lulus tetapan jalan raya, homologasi EU).
  • Ekzos Akrapovic versi trek meningkatkan kuasa kepada 234hp yang didatangkan bersama kit lumba untuk setiap pembelian.
  • Kit lumba terdiri daripada: ekzos Akrapovic titanium, penutup klac terbuka gentian karbon, penutup gentian karbon dengan slider titanium, kit ganti lampu depan dan juga lampu lain, kit ganti pemegang nombor pendaftaran, kit ganti tongkat sisi, penutup lubang cermin aluminium daripada bilet, Penganalisis Data Ducati + GPS (DDA + GPS), penutup tangki minyak perlumbaan, pelitup motosikal, topang (stand) depan belakang dan pengecas bateri.
  • Paparan RaceGP khas untuk kegunaan litar diambil daripada paparan Desmosedici GP20 yang direka mengikut indikasi pelumba Ducati, Andrea Dovizioso.
  • Selain penggunaan bahan gentian karbon, pengurangan berat disumbangkan material lain seperti titanium, magnesium dan lain-lain seperti bilet aluminium.
  • Berat dengan penggunaan kit lumba menurun kepada 152.2kg daripada 159kg, manakala kuasa meningkat kepada 234hp.
  • Ada tiga mod tunggangan: Race A, Race B dan Sport.
  • Ada data koordinat garisan penamat litar Laguna Seca, Mugello, Jerez, Sepang and Losail.
  • Menawarkan pakej elektronik terbaharu, EVO 2 untuk Kawalan Traksi Ducati (DTC) dan Quick Shifter Ducati (DQS) naik/turun.
  • Dipasangkan suspensi Öhlins ringan dan absorber dengan gegelung titanium.
  • Brek Brembo dengan pam radial MCS yang didatangkan bersama alat kawalan untuk melaraskan jarak tuil dan kaliper Stylema R, semua eksklusif untuk Superleggera V4.

Superleggera V4 ialah superbike ekstrem yang direka untuk prestasi di litar dan pada masa sama masih mudah dan reliabel  untuk ditunggang atas jalan raya. Membaca spesifikasi motosikal ini pun sudah menggerunkan dan mungkin lebih selamat untuk diidamkan berbanding memilikinya, atau jika memilikinya, sanggupkah pula motosikal ini dilenjan secukupnya?

BACA >>> 3 Sebab Kenapa Tunggang Kapcai di Lorong Kiri, dan Had Laju 70kmj Tidak Praktikal?

GALERI
Auto Terkini Claudio Domenicali Ducati Ducati Superleggera V4 roda2 Roda4 superbike
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    18/03/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026

    1 Comment

    1. Jan on 19/06/2020 11:11

      betul persoalan yang dikemukakan, bagi yang sanggup beli, adakah sanggup nak lenjan motor ni?

      mengenai material carbon, walaupun kita semua sedia maklum ianya lebih ringan dan mempunyai tensile strength yang lebih tinggi berbanding material keluli, adakah ianya cukup kuat untuk menerima hentakkan jika ditunggang atas jalan raya? kalau accident pula macam mana? boleh crack ke?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.