Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Streetfighter V4 S, V4 2025 Diperkenal dengan Enjin Panigale V4 Baharu
Roda2

Ducati Streetfighter V4 S, V4 2025 Diperkenal dengan Enjin Panigale V4 Baharu

Abang HirataBy Abang Hirata03/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUSULAN pengenalan Panigale V2 dan Streetfighter V2 2025 yang juga merasmikan enjin baharu, Ducati memperkenalkan pula Streetfighter V4 S dan V4 2025 terbaharu.

Menurut Ducati, Streetfighter V4 adalah paling mirip dengan Panigale V4 berbanding sebelum ini dengan konfigurasi enjin sama. Perbezaan 2hp disebabkan perbezaan pada ambilan (intake).

Buat kali pertama, Ducati memindahkan terus teknologi dan prestasi Panigale V4 (foto atas kiri) kepada sebuah streetfighter.

Enjin Ducati Streetfighter V4 2025 disesuaikan daripada Panigale V4, yang mana unit Desmosedici Stradale hampir menyamai jentera lumba Ducati MotoGP dengan berkongsi beberapa penyelesaian teknikal seperti deruman ekzos mirip Desmosedici GP.

Berikut beberapa fakta mengenai Ducati Streetfighter V4 dan V4 S 2025:

  • Enjin Desmosedici Stradale menghasilkan output kuasa 214hp @ 13,500rpm dan tork 120Nm @ 11,250rpm.
  • Penunggang boleh menikmati lebih kuasa atau 226hp di litar dengan ‘menyarung’ ekzos lumba Ducati Performance by Akrapovič.
  • Diagram kawalan injap Desmosedici Stradale dirombas dengan syaf memiliki profil berbeza dan nilai angkatan lebih tinggi.
  • Alternator dan pam minyak sama seperti Panigale V4 R dan dram gear sama digunakan pada Superleggera V4.
  • Buat kali pertama Streetfighter V4 menggunakan trumpet dengan ukuran variabel 25mm pada bahagian pendek dan 80mm untuk bahagian panjang yang meningkatkan kuasa maksimum serta tunggangan.
  • Dari segi rekabentuk, rupa depan Streetfighter V4 (foto atas kiri) sama seperti Streetfighter V2 (atas kanan).
  • Namun dua model iti berbeza pada bahagian sisi. Bukan saja panel badan, madgad juga berbeza. Senang kata, V2 tidak akan tertukar dengan V4 kerana masing-masing tampil dalam gaya tersendiri.
  • Sayap sisi memiliki daya mendap 17kg pada halaju 270kmj berbanding model terdahulu. Selain itu, bengkokan hendal ditarik ke belakang, iaitu 10mm lebih dekat dengan penunggang.
  • Peg kaki lebih rendah dan ke depan yang diletakkan 10mm  ke dalam. Secara keseluruhan, Ducati sudah menambah baik posisi tunggang dan ergonomik.
  • Mengenai casis, frem depan lebih ringan 3.47kg berbanding 4.42kg, manakala penggunaan swingarm Ducati Hollow Symmetrical meningkatkan cengkaman ketika keluar dari selekoh dan keyakinan ketika memecut.
  • Rekaan rim aluminium aloi Streetfighter V4 S ala Desmosedici GP dengan berat 2.95kg di depan dan 4.15kg (belakang).
  • Penggunaan kaliper depan Brembo Hypure 60gram lebih ringan berbanding Stylema sebelum ini.

Ducati Streetfighter V4 S 2025

  • Enjin 4-lejang Desmosedici Stradale 90º V4 1,103cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI)
  • Transmisi manual 6-kelajuan dengan klac basah multi-cakera
  • Output kuasa 214hp @ 13,500 rpm, dan tork 120Nm @ 11,250rpm
  • Berat tanpa petrol 189kg
  • Kapasiti tangki alumininum 16 liter
  • Sistem suspensi elektronik Ducati Electronic Suspension (DES) 3.0
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) Öhlins NIX-30 43mm boleh laras penuh dengan mod kawalan Öhlins Smart EC 3.0 (depan), dan monoshock Öhlins TTX 36 dengan mod kawalan Öhlins Smart EC 3.0 (belakang)
  • Damper hendal Öhlins dengan mod kawalan Öhlins Smart EC 3.0
  • Rim aluminium tempa
  • Bateri litium
  • Sistem brek cakera kembar semi-apung 330mm dengan kaliper monoblok radial Brembo Hypure 4-piston (depan), dan brek cakera 245mm dengan kaliper 2-piston (belakang)
  • Tayar Pirelli Diablo Rosso IV Corsa 120/70 ZR17 (depan) dan 200/60 ZR17 (belakang)
  • Sayap disepadu pada panel sisi.
  • Unit Pengurusan Inersia (IMU) 6D IMU, Race eCBS dengan fungsi belok, kawalan traksi Ducati Traction Control (DTC), kawalan gelincir Ducati Slide Control (DSC), kawalan wheelie Ducati Wheelie Control.
  • Kawalan luncur Ducati Power Launch (DPL), anjakan gear pantas Ducati Quick Shift (DQS) 2.0, Kawalan Brek Enjin (EBC), Ducati Vehicle Observer (DVO).
  • Panel meter TFT 6.9 inci dengan nisbah 8:3
  • Mod tunggang: Race, Sport, Road, dan Wet
  • Ducati Data Logger (DDL) dan sistem multimedia Ducati Multimedia System (DMS) – tambahan
  • Warna Ducati Red (merah), frem Urban Grey (kelabu), rim hitam, madgad hitam kusam

Ducati Streetfighter V4 2025

  • Berat tanpa petrol 191kg
  • Sepit udang (chain adjuster) Showa Big Piston Fork (BPF) 43mm boleh laras penuh
  • Fork Sachs boleh laras penuh
  • Damper hendal Sachs
  • Rim aloi ringan
  • Bateri asid plumbum
Ducati Streetfighter V4 S 2025
Copyright GDS
Ducati Streetfighter V4 2025

 

Ducati Ducati Streetfighter Ducati Streetfighter V4 Ducati Streetfighter V4 2025: Ducati Streetfighter V4 S 2025 Ducati Streetfighter V4 S roda2 streetfighter
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions
    Sukan Permotoran

    Hafizh Syahrin Raih Tempat ke-10 Lenovo Race of Champions Ducati, Bulega Muncul Juara

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.